Skip to main content

Tips Hilangkan Pedas Dengan Cepat Dan Berkesan

Tips Hilangkan Pedas Dengan Cepat Dan Berkesan
cr image: iStock



Pernah tak anda termakan something yang terlalu pedas dan ambik masa yang lama untuk 'recover' daripada kepedasan tu? 

Sebagai seorang penggemar makanan pedas dan suka mencuba pelbagai jenis makanan pedas, so memang tak sahlah kan kalo tak pernah terkena dengan makanan yang pedas melampau. Btw, trust me k Samyang spicy ramen yang terkenal dengan kepedasannya tu memang tidaklah terlalu pedas bagi saya. Still boleh makan dengan santai-santai lagi.

Pernah terkena dengan kepedasan yang sangat dasyat. Tak tahu lah berapa banyak cili padi diletaknya, so kita yang kuat pedas ni pun boleh 'berasap telinga' dibuatnya. Sobs.

So, anda buat apa je bila kepedasan? ke biar je sampai ianya hilang sendiri? Btw , if anda anda takda apa-apa tips, bolehlah ikut tips yang kita bagi ni yee. hihi




Cara Cepat Dan Berkesan Hilangkan Pedas Dan Pijar Pada Lidah


1. Minum air panas/suam

Percaya atau tidak dengan meminum air panas atau suam secara tak langsung pedas tu akan hilang. Mula-mula memang akan rasa 'menderita'. Yalah... dah pedas , tetiba panas pulak kan. Tapi trust me k! cara ni lah paling cepat dan berkesan untuk menghilangkan pedas. Konsepnya macam ni 'derita sekejap' dan pedas tu pun hilang.



2. Gosok gigi

Selain daripada meminum air suam, menggosok gigi juga merupakan salah satu cara berkesan untuk menghilangkan pedas. So, kalau rasa tak tahan minum air panas tu, boleh try cara ni utk menghilangkan pedas.



3. Makan gula-gula

Okay, makan gula-gula pun boleh la dikatakan berkesan jugak untuk menghilangkan pedas. Tapi, tak selalu amalakan sebab gula-gula ni kan manis. Takuut kincin manis. hihi





Elakkan Melakukan Ini Ketika Kepedasan


1. Minum ais/air sejuk

Bila minum air sejuk memang sekelip mata rasa macam hilang pedas, tetapi bila habis je air sejuk tu diteguk, sekelip mata rasa pedas tu akan timbul balik . Yang lebih kesian rasa pedas/pijar tu lebih dasyat daripada sebelum meminum air sejuk tersebut. So, be careful k

***

Wokay setakat ini sahaja tips yang tak seberapa ni daripada saya.
 Moga ianya turut berkesan buat anda!



Comments

  1. KAK MMG XTAHAN PEDAS SEMUA MKNAN PEDAS MESTI DIELAK.

    ReplyDelete
  2. tp Unni makin pedas makin best..hihihii.. btw nice info.. blh suruh adik cuba ni

    ReplyDelete
  3. Pernah try yang minum air suam tu sis.. memang berkesan hilangkan pedas..

    ReplyDelete
  4. selalunya mmg minum air sejuk huhuhu

    ReplyDelete
  5. aah kena minum air panas baru cepat hilang pedas. :)

    ReplyDelete
  6. Selalu mkn gula hilang' juga

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda