Skip to main content

Review Filem: Dr. Strange




Dalam November yang lalu, tiba-tiba kawan ajak keluar, nak belanja tengok wayang katanya. Kebetulan time tu memang teringin sangat lah nak layan Dr. Strange ni.

Yelah tengok trailer dia pun phew~ Memang menepati citarasa dan genre yang saya suka ;D Action, mystery, fantasy. Hehe.  Btw, anda-anda semua minat movie genre apa je ye? Curious gak. hehe. Okay , itu baru trailer. So macam mana pulak full story kan? So, here's my review.



Review Filem: Dr. Strange




Synopsis :

Dr. Stephen Vincent Strange merupakan seorang neurosurgeon yang sangat genius, namun terlalu angkuh dan sombong orangnya. Dia juga turut memandang rendah pada doktor-doktor lain dan memperlekehkan kebolehan mereka.

Tanpa disangka, kemalangan yang tidak diingini melibatkan lamborghini mewahnya meragut kebolehan Dr. Strange sebagai neurosurgeon sekaligus kerjayanya.


Harta yang banyak & kehidupan yang mewah semuanya hilang begitu sahaja. Hanya Christine yang stay di sisi dia. Namun, dia memperlekehkan kehadiran Christine dan menganggap wanita itu hanya bersimpati dengannya.

"Only time will tell how much I love you," Kata Christine, hampa sebelum berlalu pergi setelah kena halau dan kena hina dengan Dr. Strange

Dan selepas itu, hidup Dr. Strange mula berubah apabila dia membawa diri ke Nepal untuk cuba mencari penawar kepada kerosakan saraf tangannya. Di mana dia mula belajar tentang kehidupan, kesabaran, mula menghormati orang lain dan menghadapi pelbagai pengalaman luar biasa.








Nak tahu lebih lanjut? Kenalah tengok sendiri. So far if nak download ada CAM version jelah, HD tak tahu mana nak cari. My adik-adik dah mintak tolong downloadkan. 

Wokay, so overall jalan ceritanya memang best, sometimes kelakar dan annoying dengan sikap dr strange ni. Selain itu, turut terselit mesej-mesej positf yang boleh dijadikan pengajaran serta sinemografi dan efek 3D yang sangat cantik dan nampak real. Kira memang puas hatilah tengok dan takdalah indah khabar dari rupa sahaja kan. :D So saya rate 4/5 untuk movie ni.

Wokay, setakat ini sahaja. Moga happy selalu. Babai 


Comments

  1. One of the movie yang siqah nak tengok! Tapi tak sempat lagi. Takde lagi kat Astro Best rasanya.

    Siqah pun suka genre filem sama macam nadhie. Paling penting bukan genre seram. Hehe. Sangat tidak akan ditonton..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqa, movie seram pun saye layan gak. tgk yg best2 je macam insidious, the conjuring. So far rasa taklah seram mana. Setakat ni paling seram bagi saye munafik. Memang rasa feel dia. hehe

      Delete
  2. memang strange la kiranya. tq review ni nadhie

    ReplyDelete
  3. Salah satu movie marvel yang cuba lati dari istilah cookie cutter 😃
    .
    Jalan cerita lebih kurang je.
    .
    Cuma tukar watak dan nama 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. cookie cutter? haha. tapi, for me yang ni best. hehe

      Delete
  4. Singgah sini.. Tak pasti dah follow ke belum kat sini.. Senarai followers tak keluar..

    ReplyDelete
  5. 270 lapor diri. mohon support newbie =D

    ReplyDelete
  6. dh lame tak tengok wayang semenjak dah ade anak nie.. kite beli cd jelaa.. huhu

    ReplyDelete
  7. mcm best je. cuma sejak menjadi bapa 5 anak ni x sempat nak tgok movie..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  8. follow sis! :) #274
    http://sayesyadiya.blogspot.my/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda