Xiaomi Redmi 4A Tawarkan Harga Mampu Milik! XIAOMI REDMI 4A Fungsi Dual Apps Dalam Satu Smartphone Yang Sama | Baru-baru ini, pada 18 Februari 2017 yang lalu, saya telah menerima jemputan event iaitu ‘Redmi 4A Official Launch” yang bertempat di Bronx IV, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Masa mula-mula sampai. Belum ramai lagi tetamu yang hadir Event yang merupakan kolaborasi tiga company besar ini iaitu Mi (Redmi), Involve Asia dan Lazada telah bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Seronok je rasa apabila menerima jemputan dari tiga Company ternama ini untuk memeriahkan lagi event official launch of Redmi 4A. Cantik dan kemas sahaja reka bentuknya Lega apabila saya tiba lebih awal dari jangkaan. Dalam pukul 1.45 petang tu , terus mendaftar di kaunter untuk pengesahan kehadiran. Sebaik sahaja mendaftar terasa excited pula untuk mengusik redmi 4A yang sedang dipamerkan (sementara event belu