Semalam selepas habis je kelas, dalam tengahari tu saya terus gerak dari UKM Bangi ke Berjaya Times Square Hotel untuk menghadiri satu jemputan event. Lega jalan tak jam.
Biasa datang times square tak pernah lagi parking dalam tu dan tak pernah nak ambik tahu berapa parking rates dia. So, sebelum nak pergi tu memang jenuh jugaklah nak cari parking rates dia. Tapi tak jumpa pulak -_-"
Harga Parking Berjaya Times Square KL
Oleh itu, dekat sini saya nak kongsikan berapa harga bayaran ticket parking di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur sebagai rujukan pada yang masih tidak tahu lagi. Jadi, awal-awal bolehlah buat preparation ke apa kan.
Harga parking basement di Berjaya Times Square
Ingin saya ingatkan bahawa jaga ticket parking anda sebaiknya, kerana sekali hilang habis tak pasal-pasal kena denda sampai RM50.00. Sobs. Selain itu jika hendak menggunakan touch n go, pastikan dah topup secukupnya. Tak boleh pakai if touch and go kurang dari RM20.00.
Haritu iolls kena sampai RM9.00 untuk masa selama 4 jam 8 min. Rasa macam mahal jee. Tapi standard lah tu KL kan lagi-lagi time weekends kan.
If nak murah boleh parking dekat luar building, ada public parking kat situ. Mereka charge RM7 selama 12 jam kalau tak silap.Tapi nak ke sana kena jalan kaki n lintas jalan lah pulak & my friend pun suggest parking kat dalam je. Apapun pilihan di tangan anda. Kalau rasa okay je parking je la kat luar building tu.
Okay setakat ini sahaja! Musim-musim panas ni minum air banyak-banyak k! *Habis je event semalam terus rasa macam nak pitam je sebab kurangnya minum air. huhu* Stay hydrate & selamat berhujung minggu semua!
.
SLMT BERHUJUNG MINGGU NADHIE PARKING CHARGE MMG MHL YA..TAPI BYR JELA
ReplyDeleteYup. betul tu kak . nak tak nak bayar jelah. semua benda mahal dah skrg ni T_T Tol lagi lah. huhue
Deleteokay lagi tu. kalau dekat NU Sentral tu 2 jam sahaja dah 10 ringgit. cekik darah betul.
ReplyDeletemak aihhh nape lagi mahai dari Airport ni? Kalau dekat KLIA tu sejam rm4. masuk 2 jam 1 min teruih rm8. Sobs
DeleteParking luar jauh pulak ye. Kalo nk cpt better park dlm je. Happy weekend. 😊
ReplyDeleteHa.. taw takpa. kita2 ni pulak jenis yang nak cepat je. Cepat + mudah. So dalam jelah jawabnya. hiks.
DeleteAkak pun kena lebih kurang arituh. Jadi lama sebab tunggu asar. Lepas tuh, gi beli sushi pulak tapau. Then, sesat cari parking. HAHAHAH! tak jumpa jalan pintu masuk masa memula sampai. Nasib guard tolong carikan. Tade la susah sangat. Sebab tak cam kan betul2 kedai kat situ masa memula masuk tuh kan.
ReplyDeleteOwh yaka. Aah. besar pulak tu. Memang jenuhlah nak jalan n carik lagi-lagi kalau tak biasa kan. tapi if dah biasa okay je boleh cam kan. hehe
DeleteHaah Nadhie. parking kat BTS memang mahal! Huhu. kalau takde hal, memang takdelah nak ke situ. huhu.
ReplyDeletehahaha. taw takpa. salu kalau hangout dgn kawan2 pun mmg takkan drive sendiri. naik public je. hehe
DeleteStandard harga KL kan, tapi rabak juga poket setakat bayar untuk parking je..
ReplyDeletetulah pasal. sedeh tol 😪
Deletepernah kena masa 10 tahun lepas. hehehe dekat rm16 jugak fuhh pengsan
ReplyDeletedari dulu mahal. skrg apatah lagi 😂 bertabah jelah jawabnya. huhue
DeleteBTS ni..kalau gi selalu naik monorel je, tp kalau ramai2 oklah naik keta, boleh tong-tong harga parking..boleh berjimba-jimba lama2..hehe..
ReplyDeleteaah betui2. kalo tak kejar masa mmg saye lagi prefer public transport je. hehe
Deletepernah pergi kat satu mall ni yg jaraknya beratus dari BTS. x tersangka akan hilangkan tiket parking �� dah puas cari di setiap tingkat (gigih kan), cari di setiap kedai yg kami singgah tetap tak jumpa. buat report kat guard, dorg suh cari lagi sebab dorg pon nak elakkan kami dr dikenakan denda. bila dah putus asa, terpaksalah bayar 30 henggit �� tapi salute dgn guard kat mall tu, sudi tlg cari tiket tu berhampiran dgn kaunter dorg
ReplyDeletemak aihh sedehnya tak jumpa. gigih carik ramai2 kan. tapi tabiklah guard tu sungguh2 nak tolong. sian tak jumpa jugak. sobs. tapi apapun semua ni pengajaran kan. hee ☺️
Delete🤔🤔🤔
ReplyDeleteAlahai.. Xpelah..dh xde rezeki..
ReplyDeleteWonderful sharing. If you're planning to travel soon and want to save extra money then book meet and greet at Birmingham and save money.
ReplyDelete