Skip to main content

Review Filem: Miss Peregrine's Home For Peculiar Children


Muka excited dapat tengok muvie^^


Miss Peregrine's Home For Peculiar Children | Apa khabar semua? Sihat ke? Heh, btw lama dah tengok movie ni dalam Oktober 2016 rasanya, tetapi baru ni lah nak tulis sedikit review mengenainya. Macam biasa bila datang mood nak tengok movie, pasti filem-filem macam ni yang akan disambar terlebih dahulu. Hoho. Takmau bercakap banyak, meh nak citer cket apa review dia.



Synopsis & Review Miss Peregrine's Home for Peculiar Children


Filem ini merupakan adaptasi dari Novel Miss Peregrine's Home for Peculiar Children yang ditulis oleh Ransom Riggs dan diarahkan oleh pengarah Hollywood terkenal Tim Burton, yang juga merupakan pengarah filem Alice in Wonderland, Alice in Wonderland 2 : Through the looking glass. (my fave) ^^


Masa mula-mula start movie  Miss Peregrine's Home For Peculiar Children ni, rasa macam seram sejuk la environmentnya, macam dalam cerita seram. Dalam samar-samar kegelapan malam, jalan yang berkabus dan berasap, seorang lelaki misteri yang muncul di tengah-tengah jalan. Dan tahu-tahu bila sampai je rumah, Jake Portman (Asa Butterfield) dan ibunya mendapati datuknya, Abe Portman (Terence Stamp) akhirnya telah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan misteri, tiada mata dan mendukacitakan. 




Namun, sebelum itu datuk Jake seolah-olah tiba-tiba sedar dan seakan memberi klu mengenai kematiannya. Phew, memang seram part ni bila dia tiba-tiba pegang tangan Jake dan bercakap sesuatu. Disebabkan Jake sangat rapat dengan datuknya dan pemergian datuknya agak memberi tamparan pada Jake membuatkan keluarganya membawa Jake berjumpa dengan pakar psikiatari. 


Di atas saranan pakar psikiatari itu, Jake dan bapanya Franklin Portman (Chris O'Dowd) berkunjung ke sebuah kepulauan kecil di perairan Wales dan bertujuan untuk menyiasat semula asal usul dan sejarah keluarganya. Cerita dongeng dari datuknya tentang seorang penjaga budak yang merupakan penjaga kanak-kanak ganjil yang mempunyai kuasa luar biasa tidak pernah dipercayai Jake. Namun, semua itu berubah apabila dia senyap-senyap melawat ke sebuah rumah tinggal. Dari situ bermacam kisah ganjil dan kanak-kanak ganjil yang punyai pelbagai karakter telah ditemuinya.




Penjaga yang boleh mengawal masa, gadis yang boleh mengawal udara dan terapung, budak lebah, remaja lelaki yang boleh menghidupkan objek , budak halimunan dan banyak lagi. Dalam masa yang sama mereka juga diburu oleh seorang lelaki jahat yang inginkan kuasa eternal. Bermacam dugaan terpaksa sama-sama diharungi demi melundungi diri mereka. 


Overall bolehlah jalan ceritanya menarik, efek visual yang sangat cantik dan nampak real, ada part humour, but macam ada something missing. Not sure apa dia. But apapun masih menghiburkan! Wokay setakat ini sahaja. Kalau nak tahu lebih kenalah tengok sendiri. 

Wokay, have a great day everyone! Babai!






Comments

  1. Sy suka cerita ini. Best juga. Suka tgk bila dorg guna kuasa dorg. Plus, laki jahat tu kadang kelakar juga. huhu.

    ReplyDelete
  2. Saya suka cerita macam ni.... Nanti saya boleh cari, thanks review...

    ReplyDelete
  3. Trus rasa nak beli buku dia bila tgk crita ni. hehe.

    ReplyDelete
  4. Mesti sis suka movie bergenre fantasy kan. Hihihi, boleh la ajak anak buah tengok online je nanti, mai tak minat sgt cerita fantasy, boleh tengok jela, hehe/

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu sis. hehe. mai minat tgk citer apa je? :)

      Delete
  5. Wow cam best jer nad. Suka jalan cerita yang fantasi macam ni haaa...

    ReplyDelete
  6. bestnyaa. suka cerita cerita macam ni.

    ReplyDelete
  7. Waaa mcm Best je citer nie.. Boleh la tgk pasni...

    ReplyDelete
  8. Memang best sangat cerita ni! Nad masa memula keluar wayang dulu tak expect cerita dia akan best camni.

    ReplyDelete
  9. Citer ni mmg ada dlm list nk tonton... Tp kbtulan msing2 x sihat.. Hold dlu la.. Bln 3 ni beauty n the beast 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah tak sabar nak tunggu beauty n the beast ni

      Delete
  10. nak cari jugalah citer ni 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. leh try carik kat yifi atau mkvcage ☺

      Delete
    2. ok 😉👌 beres. terima asih Nad 😄

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda