Skip to main content

Xiaomi Redmi 4A Tawarkan Harga Mampu Milik!



Xiaomi Redmi 4A Tawarkan Harga Mampu Milik!



XIAOMI REDMI 4A Fungsi Dual Apps Dalam Satu Smartphone Yang Sama | Baru-baru ini, pada 18 Februari 2017 yang lalu, saya telah menerima jemputan event iaitu ‘Redmi 4A Official Launch” yang bertempat di Bronx IV, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. 

Masa mula-mula sampai. Belum ramai lagi tetamu yang hadir


Event yang merupakan kolaborasi tiga company besar ini iaitu Mi (Redmi), Involve Asia dan Lazada telah bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.  Seronok je rasa apabila menerima jemputan dari tiga Company ternama ini untuk memeriahkan lagi event official launch of Redmi 4A.

Cantik dan kemas sahaja reka bentuknya


Lega apabila saya tiba lebih awal dari jangkaan. Dalam pukul 1.45 petang tu , terus mendaftar di kaunter untuk pengesahan kehadiran. Sebaik sahaja mendaftar terasa excited  pula untuk mengusik redmi 4A yang sedang dipamerkan (sementara event belum bermula) apatah lagi disebabkan Xiaomi Redmi adalah jenama yang cukup dikenali kerana keunikan dan kelainannya yang tersendiri.

Cantik dan kemas sahaja reka bentuknya




Dalam masa yang sama masih menawarkan harga yang affordable dan berbaloi untuk dimiliki, iaitu hanya RM459 sahaja untuk Xiaomi Redmi 4A ini yang merupakan keluaran terbaru mereka! Sangat murah bukan? Heh, tapi murah bukan sebarang murah. Kualiti dan fungsi-funsgi Xiaomi Redmi 4A ini juga sangat mengagumkan. Nak tahu apa dia? Meh sini. hehe



Apa yang unik & Menariknya Xiaomi Redmi 4A ni?



  •    Dual 4G Sim & Dual Apps

Sebab ada fungsi yang kita mungkin tak akan jumpa pada smartphone jenis lain, tetapi ada pada Xiaomi Redmi 4A ni. Sebagai contoh fungsi dual apps dalam satu smartphone yang sama. Bila adanya fungsi Dual Sim, haruslah ada fungsi Dual Apps jugak kan? Barulah dua-dua nombor fone kita boleh pakai dua whatssapp dalam satu fone yang sama kan? Kalau tak macam takda makna je nak letak dual sim ni







  • ·        5 “ Display Dengan Kenipisan Screen Adalah 8.55mm

Mempunyai 5” Display dan kenipisan sebanyak 8.55mm (slim & compact) , Xiaomi Redmi 4A yang punyai berat 131.5g ini adalah sangat sedap dan selesa dipegang. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.  Memang selesa je seperti apa yang saya rasa. Terletak je dekat tangan dan tak adalah rasa macam nak tergelincir kan. Selain itu, 5” display juga membuatkan kita seronok je untuk menonton video kesukaan yang rata-rata boleh dilihat dengan kualiti 5” HD display.  





  • ·       Didatangkan Dengan Dua Warna, Gold & Rose Gold

Warna yang ditawarkan juga sangat cantik dan menarik. Iaitu warna gold dan rose gold kan. Lambang kemewahan katanya. Siapa yang tak suka kan? Sesiapa yang melihat pasti rasa inlove je



  • ·        13Mp Camera & 5mp front camera
Meskipun harga yang ditawarkan affordable, namun kualiti kameranya memang boleh tahan. 13Mp bagi kamera belakang, manakala 5mp bagi kamera hadapan.  






  • ·        Capacity Battery Yang Tahan Lama

Siapalah yang tak suka capacity battery yang boleh tahan lama kan? Apapun diingatkan ikutlah arahan yang dipinta macam mana nak charge fone dengan betul dan sebagainya.




  • ·        2GB RAM & 16GB Storage up to 128GB 

Setiap kali nak beli fone baru, ini adalah aspek utama yang saya akan tengok. Storage dan RAM besar mana. RAM penting untuk mengukur kelajuan sesebuah fone, lagi-lagi bila kita bukak banyak apps dalam satu masa. Even 1GB RAM pun sudah mencukupi, 2GB RAM bersama 16GB storage yang boleh up hingga 128GB storage membuatkan saya sangat teruja untuk membelinya! Ha , kat mana nak beli? Boleh click sini.


  • ·        Full Spec & Features of Xiaomi Redmi 4A

Dengan 64-bit processor Snapdragon 425 Quad-core dan 2GB RAM untuk sebuah smartphone menjadikan prestasi Redmi Xiaomi 4A ni laju dan tidak mudah hang. So, tak perlu lah kita risau tentang fone yang mudah hang , mudah lag dan sebagainya.

Sekali lagi rasa macam tak percaya je yang harga yang ditawarkan hanyalah RM459 untuk fungsi-fungsi / features seperti di atas. ^^ Rasa happy dan teruja je untuk menjadikan Xiaomi Redmi 4A ini sebagai fone kedua saya^^






  • ·        Hanya Berharga RM459 Sahaja!



Sekali lagi rasa macam tak percaya je yang harga yang ditawarkan hanyalah RM459 untuk fungsi-fungsi / features seperti di atas. ^^ Rasa happy dan teruja je untuk menjadikan Xiaomi Redmi 4A ini sebagai fone kedua saya

Kat mana nak beli?

Okay don’t worry , Redmi Xiaomi 4A ini sudah pun boleh di dapati di LAZADA
Atau click je link di bawah ini untuk dapatkan Xiaomi Redmi 4A anda terus k!
 



Setelah beberapa sesi taklimat, kata-kata aluan dari pihak penganjur dan sesi fotografi, majlis yang berjalan secara santai-santai ini pun berakhir dengan bergambar kenangan bersama semua tetamu yang hadir. :) Okay, setakat ini sahaja. Jangan lepaskan peluang k untuk mendapatkan smarphone yang berbaloi dan sesuai dipakai untuk jangkamasa lama



Apapun harap anda enjoy!
Okay setakat ini sahaja. Babai! 



This Lazada x Mi event was organized by Involve Asia. Lazada voucher sponsored by ShopCoupons.


Comments

  1. WAH HEBATNYA NADHIE DPT GI PELANCARAN PRODUK SYKT TERNAMA..BAGI YG NK TUKAR HPBOLEH CUBA JENAMA NI...

    ReplyDelete
  2. menarik..harga pun affordable..suka kaler rose gold..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh. kan! suka part dual apps tu sis ☺

      Delete
  3. ehhh, betul ke harga tu? 😱 dah lah skrg ni sy bajet nak beli fon baru. fon skrg ni retak sejuta dah 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. betui2. Aiseh acaner leh retak sejuta tu?

      Delete
    2. ntah berapa kali dah thempas kat lantai 😢 jatuh dr katil dua tingkat pun prnh. effect memula kat camera. bila dah selalu jatuh, effect kat memory plak. tapi skrg ni, masih boleh guna lg 😉

      Delete
  4. Terbeliak jap mata tengok harga. Serious lah? Like serious laaahhh?? Hahahahahaha k, jap nak godek Lazada. 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. serious2. hehe. memang excited je tgk tau! :)

      Delete
  5. Memang menarik phone ni, harga pon okay. :)

    Jalan-jalan sini dan follow :)

    ReplyDelete
  6. bestnye! dual apps tu.. harga pun berpatutan sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tulah part dual apps tu yang paling saye suka. sbb selama ni pun penah pakai yg dual sim macam takda function je. sobs

      Delete
  7. menarik dual apps tu, tapi tak pernah cuba xiaumi ni

    ReplyDelete
  8. Waaaa syoknya dapat pergi event macamni! untunglah hehehe.

    ReplyDelete
  9. Wow murah sangat2 tu, dulu harga tu dapat phone cikai je. Terbaiklah camera & batteri tu. Nasib baik Oppo masih sihat lagi, kalau tidak dah angkat satu dah, haha.

    ReplyDelete
  10. Lawanya! Design dia lebih kurang macam iPhone juga. Petak gitu.

    ReplyDelete
  11. Baru tahu ada phone yg dual apps. Bestnyaaa and yg penting harga mampu milik! Thanks for sharing. :)

    ReplyDelete
  12. Wow!Harga murah dan berkualiti tinggi

    ReplyDelete
  13. uiiii menggoda la hp niiii adezzzz ;-)

    ReplyDelete
  14. Harga macam tak percaya masa memula Mrs. A tengok kat Lazada terus recomment pada member office yang sedang survey nak beli phone.

    Suka color pinkroses tu macam color aipon.

    Wah! syoknya dapat pergi event

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda