Skip to main content

Cara Semak Status Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia (Kads1m) Anda




Selepas membuat permohonan, pasti ramai pelajar yang akan tertunggu-tunggu dengan email balas dari pihak bank rakyat. Sejujurnya ada yang dapat dan ada yang sehingga kini masih belum tahu status permohonan samada lulus atau tidak. Bila lah nak ambik kads1m ni kan?


So, ada ke yang macam saya? Sehingga kini masih belum dapat sebarang maklum balas mahupun email? Jika ya, jangan risau. Ada cara mudah untuk korang check status permohonan korang. Mesti jenuh kan selama ni call no hotline bank rakyat 1300805454 tak pernah berangkat, line sentiasa busy. Bila semak secara online di website ini  pun sama, seakan tidak berfungsi.



Cara paling mudah adalah dengan call terus ke cawangan bank rakyat di tempat korang register untuk mengambil kads1m korang. Just tekan 1 untuk bahasa dan pilih untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan. Biasanya bila call no cawangan akan lebih cepat respondnya berbanding dengan no hotline. 




Biasanya mereka akan meminta IC dan maklumat pengesahan butir peribadi korang. Seterusnya no account bank rakyat korang akan diberi . No inilah yang korang kena berikan kepada pekerja kaunter bank rakyat untuk mendapatkan kads1m korang. Jangan lupa bawak IC dan student ID sekali! Okay setakat ini sahaja. Semoga bermanfaat!

Comments

  1. Seronok tgk student zaman skrg. Mcm2 kemudahan dpt kan. Ptptn pun siap ada pelepasan kalau result excel. Zaman sis dulu takde Semua tu. Ni yg duk gigih byr hutang. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap semoga lebih banyak kemudahan diberikan dalam sistem pendidikan kita ni. sbb masih ramai lagi student yg susah dan memerlukan bantuan kewangan. setakat rm250 setahun ni mmg taklah menyenangkan, tp bolehlah dijadikan duit saku student daripada takda langsung kan. :)

      Delete
  2. ohh. harap dapat jawapan lah dengan no cawangan lepas ni. thank you

    ReplyDelete
  3. Hmm kena rajinkan diri telefon jugaklah ni. Tunggu punya tunggu macam krik2 je~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. kena call. tulah kata tu call no cawangan je senang. takdalah tunggu lama kan.

      Delete
  4. thanks sharing :D adik mellya entah dah ambil ke belum kad dia haha

    ReplyDelete
  5. thanks share .. sampai sekarang tak dapat dapat lagi

    ReplyDelete
  6. sister kalau takde akaun bankrakyat, blh x kalau nk buat kad siswa?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda