Skip to main content

Ibu Adalah Anugerah Yang Tidak Semua Orang Punya


Assalamualaikum & Hi!



"Air matanya bergenang. Perasaannya sukar dibendung. Entah mengapa perasaan kagum, marah dan cemburu menjadi satu di hatinya. Dia kagum melihat cikgunya melayan anak-anaknya dengan baik, supportive, menyokong minat & cita-cita anak-anaknya, memberi kasih sayang yang mencukupi, mengambil setiap kali pergi dan balik sekolah dan menyayangi anaknya sepenuh hati. Sungguh dia jua ingin punyai ibu seperti itu. Yang sentiasa berada disisinya, melindungi dirinya, menyayanginya sepenuh hati dan tempat untuk dia meluahkan kasih sayang. Jauh di sudut hati, dia mula membayangkan betapa indahnya seandainya cikgunya adalah ibunya.



Jauh di sudut hati, dia begitu cemburu melihat anak-anak gadis cikgunya itu punyai seorang ibu yang cukup penyayang, lemah lembut dan sempurna. Tetapi kenapa bukan dia? Kenapa? Apa salah dia sehingga ditakdirkan untuk hidup begini? Tanpa kasih sayang seorang ibu? Semua itu membuatkan dia marah dan kesal dengan takdir yang telah ditetapkan untuknya. 



Bukan. Dia bukan anak yatim piatu, tetapi dia adalah anak yang tidak diakui oleh ibu kandungnya sendiri. Dia dibuang di dalam semak ketika masih bayi lagi sehingga terdamparnya dia di situ. Sehingga dia sendiri berjaya menjejak kembali wanita yang tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan itu. Dan masih, wanita itu tetap tidak mengakuinya sebagai darah dagingnya sendiri. Membuatkan dia akhirnya sepi sendiri." - Bersambung..





Ya, begitulah situasinya jika seseorang itu tidak punyai ibu, tidak diakui anak meskipun ibu kandungnya masih wujud di muka bumi ini. Disebabkan itu, apa yang saya mampu kongsikan sempena hari ibu yang telah berlalu semalam,  ibu merupakan anugerah terindah dari Allah SWT yang tak semua orang punya, yang tak semua orang rasa dan memilikinya. 



Oleh itu, hargailah ibu anda. Yang sekian lama telah bersusah payah membesarkan anda dari kecil hingga dewasa, yang tidak pernah berputus asa mahupun mengambil mudah terhadap kita, yang sentiasa ada disaat susah dan senang kita, yang punyai naluri yang kuat seandainya sesuatu yang buruk mengganggui anaknya, yang punyai deria rasa, detik hati jika sesuatu yang buruk mahupun baik mendekati anaknya. 



Dan alhamdulillah, Allah swt kurniakan saya anugerah itu. Menghadirkan seorang wanita jelita yang telah bersusah payah mengandungkan saya , mengasuh, membesarkan dan mendidik saya dengan sempurna. :) Anugerah yang tidak semua orang punya. Di mana jasanya tidak akan mampu dibalas sepanjang hayat ini. 



credit gambar : Courtesy of google

Apa yang saya, awak dan kita semua mampu lakukan adalah dengan melayan mereka sebaik-baik mungkin, mendengar setiap tutur kata, nasihat dan pendapat mereka dengan hati yang terbuka, menyenangkan hati mereka semampunya, membantu meringankan beban dan sentiasa mendoakan untuk kesihatan dan kesejahteraan mereka. Sama-samalah kita mensyukuri & menghargai nikmat ini. :) Dan jangan lupa, sesekali hadiahkan sesuatu yang bermakna buat mereka, sebagai tanda ingatan dan kasih-sayang. Meskipun tidaklah sebesar mana, namun mereka pasti menghargainya..



Jenguk-jenguklah mereka selalu selagi hayat dikandung badan. Dan bak kata permaisuri saya, "Berbuat baiklah kepada kedua orang tuamu. Usah meninggikan suara dalam berbicara. Layanlah mereka dengan baik, kerana tak lama mana pun masa yang kita ada untuk bersama mereka."  Dan semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekian :)


Win a Calvin Klein Watch this Mother's Day 2017. Click here for more info.

Comments

  1. I can't even imagine if I lost her. T^T

    ReplyDelete
  2. hari-hari kena hargai ibu kita :)

    ReplyDelete
  3. Memang jelita sangat mak Nadhie. :D

    Sama-samalah kita hargai insan yg sgt istimewa dan besar pengorbanan kepada kita ni. Walaupun mereka memberi tanpa sedikitpun meminta balasan. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tqq :) Yup betul! setuju sangat. mereka tidak pernah meminta balasan, namun sama2 kita berusaha dan menghargai mereka sebolehnya. Moga Allah swt permudahkan semua. amin!

      Delete
  4. Alhamdulillah masih di kurniakan ibu di sisi kita. Hargai dan sayangi mereka sepenuh hati kita. InsyaAllah senang hidup kita di dunia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sis :) Sama2 kita usahakan :)

      Delete
  5. Awww..sedey pulak baca entry Nadhie ni. Semoga ALLAH S.W.T mengampuni dosa kedua ibu bapa kita, dan mengasihani mereka seperti mana mereka mengasihani ku semenjak kecil lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan dan semoga syurga adalah tempat mereka. InsyaAllah. Amin :')

      Delete
  6. setuju dengan artikel ni. alhamdulillah mama masih ada disisi

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah masih diberi peluang memeluk mak :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Moga Allah swt panjangkan usia keduanya dan diberi kesihatan yg baik. amin!

      Delete
  8. Comenya NW anak beranak....
    Beruntung kan masih punya ibu, masih ada orang yg mendoakan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. terima kasih sis :) yup beruntungnya kita. syukur sangat2. nikmat ni tak semua orang miliki. iaitu punyai ibu yang tidak pernah berputus asa terhadap mereka dari kecil hingga dewasa. semoga kita juga begitu. moga Allah swt permudahkan semuanya dan moga kita diberi peluang utk berbakti kepada keduanya. insyaAllah. Aminn :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda