Skip to main content

Sebab-sebab Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah





Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah? Pasti sudah ramai yang pernah mendengar mahupun membaca tentang tajuk ini. Namun, ingin saya kongsikan sekali lagi dan menyatakan pendapat saya tentang perkara ini.



Sebenarnya banyak sebab dan hikmah yang saya nampak setelah kita dipertemukan dengan orang yang salah. Jika kita tidak dipertemukan dengan insan yang salah, mungkin kita juga tidak akan bertemu dengan insan-insan terkini yang hadir dalam hidup kita dan betapa kita sangat mensyukuri kehadiran mereka. 



Mungkin jika kita tidak dipertemukan dengan orang yang salah, kita tidak akan mengambil langkah berani untuk mengubah haluan hidup kita, di mana akhirnya kita dipertemukan dengan insan-insan hebat yang banyak memberi tunjuk ajar dan membimbing kita ke arah kejayaan dunia akhirat. Dan mungkin jua kita tidak akan sebahagia ini, sepertimana yang kita rasai kini. Syukur alhamdulillah Allah tahu apa yang terbaik buat kita.



Usah mengeluh dan berkata 'kau benda buruk yang pernah hadir dalam hidup aku..' dan berhenti menyesali ' aku kesal sebab benarkan diri aku kenal dengan orang macam kau,'. Yup, berhenti menyesali semua itu. Yang lepas biarkan lepas. Tutup buku lama serapat-rapatnya, tanam, campak jauh-jauh dari hidup kita atau bakar sahaja sehingga hilang jejaknya dan abu-abunya, lantas binalah hidup baru. Tulis sebuah permulaan yang indah, yang bahagia buat diri kita. Kita layak untuk bahagia, untuk merasai bahagia dan mengenali insan-insan baru yang bakal membahagiakan hidup kita, Yakin yang apa yang berlaku semuanya ada hikmahnya. 



Berikut ingin saya kongsikan antara sebab-sebab kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah, yang telah saya rujuk dari blog ini.





9 Sebab Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah?



  • 1.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • 2.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  • 3.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  • 4.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • 5.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
  • 6.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • 7.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • 8.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • 9.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


Inilah antara sebab-sebab Kenapa Allah SWT menemukan kita dengan orang yang salah, yang dapat saya kongsikan. Semoga bermanfaat. 


Comments

  1. :)..memang sengaja ALLAH temukan kita dengan orang yang salah agar kita beringat hanya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.moga nadhie menemui orang yang terbaik dalam hidup nad dan beroleh jodoh yang mampu membawa nad semakin dekat dengan ALLAH.aaamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul :) kadangkala pertemuan itulah yg menjadi punca kita dipertemukan dengan org yg lebih baik :) hihi. Saje share sbb rasa menarik dan sekadar ingin berkongsi pendapat. Apapun thanks atas doa. insyaAllah amin. 😘

      Delete
  2. Semoga awak bertemu dengan orang yang baik2 dan membawa kita ke jalan yang diredhai Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga awak juga dipertemukan dengan orang yang baik2 :) amin..

      Delete
  3. Suka entri ni :)

    Sampai suatu masa kita akan tersedar sendiri hikmahnya kenal dengan masa silam yang salah ...

    ReplyDelete
  4. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA

    ReplyDelete
  5. i ni jarang jumpa org yang salah. kebanyakannya, MASYALLAH... tp pernah sekali terjumpa dan memang menyakitkan. ramai yang cakap kenapa putuskan hubungan.. tapi i tau i patut melarikan diri dari org2 macam ni. hati kita lebih senang, lebih gembira.

    ReplyDelete
  6. Allah lebih tahu, hikmahnya apabila kita bersabar

    ReplyDelete
  7. Walaupun kita jumpa orang yang salah, banyak benda yang kita dapat dari mereka sebenarnya. Banyak benda yg kita boleh belajar. Yg penting ambik yg positif2 je, yg negatif tu cubalah redha dan lupakan. :)

    ReplyDelete
  8. Siqah percaya kita jumpa orang yang salah untuk menguji kita dan juga untuk memberi pengalaman kepada kita agar boleh digunakan di kemudian hari. Tak semua orang yang salah bawa mudarat gak. Yang penting, ambil yang positif dan buang yang negatif :)

    TQ Nadhie for sharing this :)

    ReplyDelete
  9. setiap yg berlaku ada hikmah yg tersendiri..sebaiknya kita muhasabah diri dan move on with our life..pengalaman hidup, sekolah kehidupan..

    ReplyDelete
  10. Betul.. dgn bertemu orang yg salah,orang yg kutuk kita, org yg tak suka kita, maka kita jd lebih sabar dan jiwa kita lebih bergntung kuat pada ALLAH

    ReplyDelete
  11. Pernah berkawan dengan orang yang salah, jenis tikam belakang. Dari situ, sy belajar menilai seseorang utk dijadikan kawan. Alhamdulillah, jumpa dengan mereka sahabat susah senang 😄

    ReplyDelete
  12. To me, every choice is an opportunity to get closer to your life purpose, including meet up with someone yang salah.

    ReplyDelete
  13. rasa berdosa bila mempertikaikan qada qadar Allah. smemoga hati ini lebih kuat. jika dugaan sebegini boleh dapatkan tiket ke syurga, aku redha ya Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda