Skip to main content

Selesai Sudah CCNA1 Final Exam Dan PT Final Exam




Bulan Mei sudah pun melabuhkan tirainya, maka bermulalah bulan Jun yang merupakan bulan final exam. Lega rasanya bila dah settle dengan CCNA1 Final Exam & Packet Tracer Final Exam. Kemudian, barulah rasa boleh fokus untuk menyiapkan tasks dan assignment lain pula. Dan boleh focus study untuk final exam network dan subject lain juga. Huhue. Semangat nak beraya tu mengurus sedikit sebab kena jawab final exam dalam bulan puasa ni+ dekat nak raya pun ada lagi. Wish me luck k! 



Apa itu CCNA Exam?







Duhai... semangat je tengok salary range dia..  Credit pic : Simplilearn.com


Cisco Certified Network Associate


Pada yang tidak tahu apa itu CCNA, secara ringkas adalah Cisco Certified Network Associate, yang merupakan exam network yang mendapat pengiktirafan Antarabangsa. Exam ni bertujuan untuk menguji knowledge dan skills yang ada pada setiap candidate untuk install, operate dan troubleshoot dari small to medium size enterprise branch network. 


Contoh soalan objective di CCNA (credit pic : firewall.cx)


UKM Tawarkan CCNA1 Untuk Subject Computer Network


Biasa CCNA exam ni jarang sekali atau tidak ditawarkan dalam universiti, institusi pengajian awam tempatan mahupun swasta. Kena ambil sendiri biasanya dan bayar dengan cost yang agak mahal. Syukur rasanya bila UKM telah menawarkan CCNA1 ni dalam subject Computer Network. Takdalah rasa rugi kan bila tak transfer kredit. Dan rasa menarik untuk mendalami ilmu networking.





Tidak Jadi Transfer Kredit Untuk Subject Computer Network


Ikutkan pernah je ambil subjek network masa HND dulu, sebab tu rasa macam nak transfer kredit je. Senang tak payah susah-susah nak jawab exam lagi. Lagi-lagi result terdahulu buat kita rasa selesa kan. Risau pulak kowt amik lagi tak perform dan macam-macam lagi 

Namun, disebabkan UKM menawarkan CCNA1 Exam dalam subject Network ini, membuatkan saya merubah fikiran.  Apa taknya, peluang begini susah nak dapat. Selalu CCNA ni kena ambil sendiri dan bayar dengan cost yang agak mahal. Apatah lagi iollss pun suka dengan dak-dak class yang sekarang ni & takmau berpisah dengan mereka. hihi.


Apapun alhamdulillah. Syukur dapat buat yang terbaik dan lega bila CCNA1 ni settle dah. Tak sia-sia study & mengadap buat exercise packet tracer ni berhari-hari 24/7. Thank you sahabat yang saya dah susahkan sepanjang nak jawab soalan-soalan ni. 24/7 layan je kerenah kita. hihi. Settle CCNA1 ni, then tinggal nak focus untuk final exam network ni pulak.




Contoh simulation Packet Tracer platform


Kandungan Exam Dalam CCNA1


Selain itu, CCNA1 ini mengandungi 1 pretest exam, chapter 1- 11 exams, chapter 6 skills assesment packet tracer, practice skills assessment PT, practice Final & final exams. Dijawab secara online dari portal Netacad dan perlu diawasi oleh instructor ketika menjawab setiap exam.  Bagi yang berminat nak ambil CCNA1 ni saya cadangkan agar selalu buat latihan simulasi packet tracer, fahamkan dan hafal command, cara-cara nak configure, pengiraan subnet dan sebagainya. Selain itu, selalulah buat contoh latihan objective, quiz yang disediakan di dalam portal netacad mahupun secara online. Semoga berjaya.

Contoh CCNA certificate. Indahnya lah kalau dah dapat ni. Wish me luck k!


Selepas CCNA1, ada lagi stage-stage CCNA yang seterusnya sebelum betul-betul dapat certificate CCNA. Masih jauh lagi perjalanan. Apapun doakan saya ya agar berjaya untuk menjawab setiap soalan final exam bagi subject-subject lain juga sepert Theory of Computer Science, Compiler dan Networking di university pula! Okay setakat ini sahaja! Semoga bermanfaat. Bubye!


Comments

  1. akk engineer. power la. byk2 yg saya faham cisco je. watak dalam the flash haha btw all the best in your exam

    ReplyDelete
  2. Good luck untuk exam. Hebat ni

    ReplyDelete
  3. good luck dik. hidup student memang tak boleh lari dari exams kan? semoga berjaya dalam exams seterusnya. amiiinnn :)

    ReplyDelete
  4. goodluck dear nadhie.! Sentiasa doakan yg terbaik utk nadhie. Amin.. =)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah selesai dah exam ye. InsyaAllah semuanya akan pass with flying color. :)

    ReplyDelete
  6. aduhh tgk pun dah pening kepala haha. tp mesti best belajar benda ni kann.

    ReplyDelete
  7. Goodluck nadhie.... Selamat menyambut bulan Jun.

    ReplyDelete
  8. Wow hebatnya ye ccna ni. Gus luck. Dari mama. Mama doakan nnti mashie wueen berjaya capai salary kaler biru tu nanti bolehlah blanje mama 😀

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah syukur.. Moga nanti dapat result cemerlang

    ReplyDelete
  10. Serius Siqah tak boleh hadam benda camni. Hehe. Apapun, good luck Nadhie in your exam! Chiayok =)

    ReplyDelete
  11. Good luck! semoga lulus dengan cemerlang :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda