Assalamualaikum & Hi!
Dalam hujung bulan Mac yang lepas, saya dan Bff sempat menaiki penerbangan Air Asia X ke Langkawi dan bercuti beberapa hari di sana. Dan salah satu tempat menarik di Langkawi yang ada dalam itinerary kitorang adalah 3D Art Museum yang terletak di Oriental Village. Oriental village ni lah tempat yang kita boleh naik cable car pesuma. Tapi, sedih ritu , time datang cable car ni kena maintenance. So memang tak dapat naik lah jawabnya. sob sob
Haa btw siapa yang tak suka kan 3D Art Museum? Yang bila bergambar menjadikan gambar-gambar kita nampak kreatif , cantik dan menarik. Lagi-lagi effect 3D yang menampakkan gambar kita seolah-olah real. Dan semestinya ramai yang nak pergi kan?
Nak masuk 3D Art Museum ni boleh amik package, atau beli single ticket je. Ikutkan satu ticket berharga RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak, tapi bila amik package & boleh main lagi 5 benda lain (6D movie, Movie Dome, skytrex, etc) dia jadi murah. RM 45 rasanya haritu ktorang masuk untuk access ke 5 tempat termasuk 3D Art Museum. Okay, takmo bebel panjang lagi, jom tengok apa yang best kat sini! :)
p/s: Semua ini hanyalah sekadar gurauan, moga takda yang ambik serious. Lagi-lagi part pengembaraan yang dipenuhi dengan aktiviti tidur, berangan, haiwan yang cepat jinak dan etc etc. Yang penting korang enjoy dengan gambar-gambar dekat 3D Art Museum ni kan? hahaha. XD Hokay babai
Okay kat atas ni merupakan jadual showtime indoor projection mapping+3D mural. kreatif sangat
Nak masuk 3D Art Museum ni boleh amik package, atau beli single ticket je. Ikutkan satu ticket berharga RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak, tapi bila amik package & boleh main lagi 5 benda lain (6D movie, Movie Dome, skytrex, etc) dia jadi murah. RM 45 rasanya haritu ktorang masuk untuk access ke 5 tempat termasuk 3D Art Museum. Okay, takmo bebel panjang lagi, jom tengok apa yang best kat sini! :)
Gambar- gambar Menarik di 3D Art Museum Langkawi
Gambar- gambar Menarik di 3D Art Museum Langkawi
Nak dengar sebuah kisah tak?
Mempersembahkan :
"Nadhie in Wonderland " hahaha XD .
Hi, semua. Aku seorang Nadhie. Tiba-tiba termasuk ke dalam sebuah tempat pelik yang menarik ini. Dan dari sini bermulalah kisah aku.
"An apple a day, keeps the doctor away," bisikku dalam hati sambil mengosok-gosok epal itu, lantas kugigit epal itu tanpa belas kasihan. Tahu-tahu kan, sekejap kang aku meninggi, sekejap kang aku memendek. Ala-ala cerita Alicia in Wonderland tu. XD
Sedar-sedar aku dah sampai dekat sini. Sebuah istana yang tersergam indah terpampang diruang mata. Nampak macam dekat, tetapi jauh rupanya. Dan untuk kesana, pelbagai rintangan serta onak dan duri harus aku tempuhi.
"The biggest adventures you can take is to live the life of your dreams," bisik aku lagi dalam hati , memetik quotation itu, sambil sempat membayangkan yang aku bakal menjadi seorang maharaja di Istana itu suatu hari nanti. Diulangi MAHARAJA hokay! bukan ratu, tetapi Maharaja! XD
Letih menghadapi segala rintangan dan onak duri, aku sempat merehatkan diri di sebuah pepantai yang tidak jauh dari istana yang tersergam indah itu.
Anak beranak beruang kutub kelihatan ceria bermain dan bergurau senda sesama mereka. Manakala sang penguin berkicau riang tanpa henti.
"Owh tenangnya saat ini" detik hatiku sendirian sebelum terlelap seketika.
Sedar-sedar dari lena yang panjang, tahu-tahu aku dah jadi mermaid.
"Duhai, dugaan jenis apa pulak ni?" soalku sendiri, runsing.
Tetapi, tiba-tiba aku rasa enjoy pulak berenang-renang di dalam laut sambil melihat keindahan alam ciptaan Ilahi. Udang-udang yang berkeliaran, ikan-ikan yang berenang riang, seolah-olah mahu berkawan denganku.
Sedang berenang-renang di lautan, tiba-tiba aku terserempak dengan pemburu ikan duyung. Mujurlah ada tiram ajaib di situ. Cepat-cepat aku bertegur sapa dan beramah tamah dengan tiram ajaib sebelum meminta izin untuk menyorok di dalamnya.
Yelah risaulah kowt-kowt pemburu ikan duyung tu nampak aku. Sedar-sedar, bila pemburu ikan duyung tu dah blah, dan tiram ajaib itu dah terbukak semula untuk bagi aku keluar, eh aku dah tak jadi mermaid lagi.
"Memang ajaiblah tiram ajaib ni" kataku tanpa segan silu di hadapan tiram ajaib itu.
Selepas jadi manusia semula, aku terlompat tinggi dari dasar lautan dan tiba-tiba mendarat dekat sini. Indah betul kawasan ni. Penuh kehijauan flora dan fauna, serta suasana yang tenang dan bersih. Bunyi air yang mengalir seolah-olah mendamaikan hatiku.
Sempatlah aku bertegur sapa dan berbual mesra dengan Zirafah dan Cheetah sambil mengusap kepala zirafah dan diperhatikan oleh skunk yang malu-malu kucing. Dengan mereka, aku menceritakan pengembaraanku yang penuh rintangan dan onak duri demi untuk menjadi seorang maharaja. XD
Cheetah dan Zirafah itu kedua-duanya menganguk tanda faham. Skunk pula tersipu-sipu malu sambil menjeling mesra ke arahku.
Setelah itu, aku meneruskan lagi pengembaraanku. Terkejut beruk aku apabila terdengar bunyi seolah-olah gempa bumi.
Rupa-rupanya seekor gajah mengamuk telah meruntuhkan dinding. Lalu, aku mengajaknya untuk berbicara sambil memujuknya untuk terus bersabar.
Jinak dia lepas tu. Lalu aku meneruskan lagi pengembaraanku.
Pengembaraanku diteruskan sehingga aku terjumpa seekor T-Rex yang sedang mengamuk sakan dan sedang meruntuhkan dinding. Sekali lagi terkejut beruk aku dibuatnya.
'Herbivor karnivor ni asal mengamuk memang runtuhkan dinding je ke?' Sempat hatiku menyumpah.
Ketakutan mula bermaharajalela di dalam hatiku.
Namun, apabila mengenangkan cita-cita aku untuk menjadi seorang maharaja, lantas ketakutan yang sedang bermaharajalela itu seolah-olah hilang.
Sempat aku terberangan betapa indahnya bergelar maharaja sehingga membuatkan aku tiba-tiba terasa mengantuk dan letih. Tanpa sedar, aku termelepak kat dalam mulut T-rex yang sedang mengganas itu. Terus dia jinak. Lalu aku pun terlelap di situ. hahaha XD
Dari jauh lagi, aku sudah nampak bayangan istana aku yang semakin menghampiri. Semua itu membuatkan aku terasa bahagia. Tak sangka segala onak dan duri dengan mudahnya berjaya aku tempuhi. Semua itu, membuatkan aku memuji diri tanpa henti.
Lantas, aku melelapkan mata lagi, sambil melepak dalam belon tepi jalan, sempat aku berangan-angan betapa indahnya bila aku dah kuasai dunia nanti. hahaha XD
Dan tak sangka akhirnya aku berjaya tiba di destinasi. Ya! Di sinilah aku sambil disambut mesra oleh beramai-ramai photographer dan reporter sebelum berlakunya aktiviti penyerahan takhta. Berbaloi sangatlah dengan segala rintangan dan lautan api yang telah aku tempuhi tadi. XD Sekejap lagi aku akan menjadi seorang maharaja! Yeayyy!
Okay setakat ini sahajalah kisah aku.
Happy Ending.
Moral of the story, jangan pernah berhenti berangan-angan :p, mesra dan berbuat baiklah dengan semua makhluk flora dan fauna :p & paling penting biar lambat asal selamat XD
p/s: Semua ini hanyalah sekadar gurauan, moga takda yang ambik serious. Lagi-lagi part pengembaraan yang dipenuhi dengan aktiviti tidur, berangan, haiwan yang cepat jinak dan etc etc. Yang penting korang enjoy dengan gambar-gambar dekat 3D Art Museum ni kan? hahaha. XD Hokay babai
The first few paragraphs already made me laugh. Seronok membaca entri kali ni.
ReplyDeleteMmg cantik gambar 3d kt sini
ReplyDeleteCantik gambar gambarnya...tuan dia plak pandai posing...cun...hihi
ReplyDeletebesar tak muzium nie nadhie? e'in pegi yang kat thailand tu tak besar pun.. huhu
ReplyDeleteMenarik. Kalau berpeluang ingin jugak singgah situ.
ReplyDeleteThanks sebab baru tau ni.
memang menarik muzium ini....pernah sampai satu hari
ReplyDeletetak pernah pegi, harap ada rezeki ke langkawi
ReplyDeleteawwwww cantik gambar, orang pun cantik. hehe
ReplyDeletePernah gak datang sini. Mermaid tu nampak real!!
ReplyDeletewow...cantik dan menakjubkan gambar -gambar 3D
ReplyDeleteWah cuti sakan dia tak tahu lah bila nak sampai ni.. tak tahan jadi ikan duyung haaa
ReplyDeletenak pegi lagi 3d museum Langkawi ni 😄 3 jam x cukup nak gambar bgaya dengan semua art 😂
ReplyDeletemenarik..mcm2 gaya sesuai dgn gambarnya..boleh cipta citer fantasi lg, mcm Alice in Wonderland..#akusuka..
ReplyDeleteMenarik lah tempat ni..ada masa boleh bercuti disana nanti
ReplyDeleteowh Langkawi, ingatkan kat Penang nak terus pi ja
ReplyDeleterealistik benar lukisannya.. macam hidup
ReplyDelete