Skip to main content

Kali Kedua Mendapatkan Rawatan Laser Di Premier Clinic



With Dr. Michelle Lai



Pada entri sebelum ini saya pernah menceritakan tentang "Pengalaman Mendapatkan Rawatan Aesthetic Di Premier Clinic" untuk remove milia degil pada kulit. Alang-alang dah datang ke Premier clinic, selain daripada bertujuan untuk membuang milia, saya juga mengambil kesempatan ini untuk membuang birthmarks dan mole yang terdapat pada kulit. 



Biasanya, selepas menjalani rawatan pertama, akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu ke atas untuk proceed dengan rawatan seterusnya. Rawatan pertama seperti pada links yang telah dikongsikan di atas telah dijalankan pada bulan May, so dalam bulan June tulah kena pergi balik untuk proceed dengan 2nd treatment. 


Premier Clinic


Dan disebabkan kekangan masa yang sangat mustahak *sob sob* Nak tak nak terpaksalah iolss pergi dalam dua hari sebelum raya tu. Sobs. Bukan apa, biasanya lepas buat sebarang aesthetics atau laser treatement ni, kita tidak dibernarkan bermakeup selama seminggu. Tsk. 



Seperti biasa, Dr bertugas akan mendiagnosis dulu kondisi bahagian yang telah dilaser sebelum ni pada rawatan pertama. Then sekali lagi Dr Michelle Lai bertanya samada nak proceed dengan rawatan atau tidak disebabkan lagi dua hari nak raya. if raya memang takleh makeup lol. Tapi, sejujurnya saya memang dah prepare dah dengan semua kemungkinan ni. So proceed je lah


Bilik treatment yang kemas dan selesa



Setelah giliran saya tiba, saya terus masuk ke dalam treatment room. Dan prosedur bermula apabila beautician membersihkan terlebih dahulu sebarang jenis makeup mahupun kotoran pada wajah. Setelah itu, numb cream akan disapukan pada kawasan yang hendak di laser. Kemudian kawasan tersebut akan di wrap kan dalam masa setengah jam. 



Sebab keletihan sangat, sempat lah terlelap sekejap dalam setengah jam tu. Apatah lagi bilik tu pun macam samar-samar & selesa semacam. XD *mengantuk katakan* Beautician kat situ siap cakap yang dia dengar zis berdengkur sekali. krohh. krohh.. adess malu betul dibuatnya. Yang penting tidur cukup. lols.

Premier Clinic


Then, treatment laser pun bermula setelah cukup setengah jam numb cream dipakaikan. Mula-mula biasalah rasa macam nervous sikit kan , lagi-lagi still nak kena inject lagi sebelum di laser. Takdalah sakit sangat, macam kena gigit semut je pun. Then, bila nampak kita macam nervouse semacam je, Dr Michelle Lai kerap tanya. "You okay tak? You sakit ke?" Padahal sis nervous je lebih. Takdalah sakit mana pun. tskk. Kendian, tahu-tahu dah siap.



So, lepas habis treatment, Dr Michelle memberitahu bahawa kita kena pakai sunblock dalam masa dua minggu. Kira takleh lah keluar rumah redah gitu. Then dalam 10 hari lepas treatment barulah sapu cream untuk hilangkan scar gitu. So far masih baru lagi buat treatment dan sedang dalam proses untuk menghilangkan scar. 



Namun, kebiasaannya, untuk treatment membuang birthmarks atau mole, kena pergi rawatan susulan kali kedua ketiga sehinggalah birthmarks or mole tersebut betul-betul hilang. Bergantung pada jenis dan besar mana. So far memang tak menyakitkan and recommended pada sesiapa yang teringin untuk menghilangkan birthmarks.  So, untuk info selanjutnya, boleh rujuk maklumat dibawah ni.




Alamat TTDI:
Cawangan TTDI
31, Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur

Waktu beroperasi:
Selasa - Sabtu : 10am-7pmTutup: Ahad, Isnin dan Cuti Umum
Contact: HP: +60-12-662 5453   //   Tel: +60-3-7732 5552




Alamat Bangsar:
Cawangan Bangsar
40, Jalan Telawi,
Bangsar Baru,
59100,Kuala Lumpur

Waktu beroperasi:
Isnin: 2pm-7pm
Selasa - Sabtu: 10am-7pm
Tutup: Ahad
Contact: HP: +60-12-662 4278   //   Tel: +60-3-2282 2263




Alamat Puchong:
G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 4, 
Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, 
Selangor 
(same row as RHB Bank and Papparich Restaurant)

Waktu beroperasi:

Isnin: 2pm-7pm
Selasa - Sabtu: 10am-7pm
Tutup: Ahad
Contact: HP: +60-16-706 0101   //   Tel: +60-3-8080 3828




Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi

Website 

Facebook :

Instagram : 

Youtube: 



Comments

  1. Milia tu macam kutil kulit ke nad.. susah jugak bila naik kat muka.. nak jugak nampak kulit smooth kan ..bertuah nad hiii .. tapi tu lah banyak plak pantang larang x leh make up naper

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak mcm kutil, tapi lain sbb dia mengandungi minyak. Memula kecik, then makin lama makin besar n keras, risau dibuatnya. Alhamdulillah lega dapat buang time 1st treatment tu. Sekali remove je. Mcm birthmark atau mole ni je susah cket kena 2-3kali datang. Aah memang takleh mekap selama seminggu, kebiasaan aesthetic treatment. Ada sebab2nya tu. hehe

      Delete
  2. Wah makin cantik lah kulit dia skrg ni. Kak ana takut nk inject2 dekat muka ni. Inject tempat lain ok lagi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg dia inject tu ada sekali dua je sbb nak bg tahan sakit. rasa cam gigit semut je. Then selebihnya guna laser

      Delete
  3. Nadhie...nampak kurus sangat tuh. Adakah anda berdiet? hehehe.. Nak tengok hasil after laser treatment tuh. Ploless tak? HAHAH! sedap kan tidur dalam bilik treatment. Suasana die memang sangat conducive gituuu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. manede kurus. time2 raya ni makin mengembang adalah. XD Wokay nanti saye update hasilnya. insyaAllah. Aah nyenyak betul tidur time tu dengan suasana yang samar-samar romantik gitu. XD

      Delete
  4. Kos nya berapa? Boleh explain tak Nad?

    ReplyDelete
  5. Mahal tak? Tapi mesti hrga berbaloi dgn hasil kan. Nti share lagi ye.

    Seram pulak bila inject2 ni.huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga tu boleh la affordable. hehe. inject tu takde la seram

      Delete
  6. tempat treatment situ nampak selesa sangat. kalau Ain pun konfem tertidur berjam2. Hihihi

    ReplyDelete
  7. Teringin juga nak ke salon kecantikan tapi seram seabb takut tak sesuai dengan muka. Huhu.

    ReplyDelete
  8. Takda pulak branches dekat dgn kita. Anyways, cantiklah sis. hehe.

    ReplyDelete
  9. nie untuk buang yang lebihan kulit kecik-kecik tu ea nadhie?

    ReplyDelete
  10. bagus ada rawatan begini...mungkin ada yang sangat memerlukan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda