Review Filem : Hijabstar Ballet

Assalamualaikum & Hi!



Sebelum ini saya telah dijemput oleh pihak produksi Hijabstar Ballet untuk menyaksikan tayangan perdana filem Hijabstar Ballet di Finas yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Namun, bertuahnya rasa apabila pihak produksi memberi peluang untuk kami menonton keseluruhan filem ini sehingga penamatnya. 



So, apa yang menariknya hijabstar Ballet ni kan? Cerita mengenai apa? Dengar tajuk pun mesti macam dah rasa pelik je. Mesti macam terfikir-fikir apa pulak kaitan hijab dengan ballet kan? Haha. Kalau itu yang bermain difikiran anda, jom baca review ni. :D








Review Filem : Hijabstar Ballet

Bersama pihak produksi, otai-otai seni, wartawan-wartawan, social influencer & 
rakan-rakan blogger sepanjang tayangan perdana tempohari. 



Hijabstar Ballet adalah filem yang mengetengahkan isu yang lain dari lain, iaitu mengenai seorang gadis yang cuba berjuang untuk menyatukan ballet dan hijab yang baru dipakainya. Kisah bermula apabila Adele Syakiri mendapat hidayah untuk memakai hijab dan cuba berjuang untuk menyatukan hijab dengan ballet, impiannya yang telah dikejari selama ini.



Penghijrahannya untuk berhijab dan menyatukan hijab dengan ballet adalah sesuatu yang sangat mustahil. Kerana ballet dan hijab merupakan "dua dunia" yang berbeza. Lantas, apa yang dilakukannya itu mendapat tentangan daripada hampir semua orang termasuklah kedua ibu bapanya dan cikgunya yang selama ini sangat dipercayai. Kawan baiknya juga seolah-olah turut tidak menyokong niat murninya itu.


Bila kawan baik pun mula menjauhkan diri, apa lagi yang mampu diperkatakan? huhue


Namun, sebenarnya bagi Adele, dia cuba mengambil inspirasi daripada atlet-atlet wanita di luar sana yang tetap mengenakan hijab dan telah membuktikan mereka berjaya mengejar impian meskipun berhijab. Adele mahu masyarakat diluar sana tahu bahawa hijab bukanlah penghalang untuk mengejar impian. 



Perjuangan Adele bertambah sukar apabila keselamatannya juga turut terancam oleh seorang psycho yang terlalu taksub dengan agama, yang bukan sahaja mengecam tindakannya, malah mula berdendam dan berniat untuk melakukan sesuatu terhadapnya.  Hah, begitu sekali kan perjuangan seorang gadis yang baru sahaja berhijrah untuk berhijab dan dalam masa yang sama cuba untuk terus mengejar impiannya. 


Lepas habis tayangan dekat FINAS haritu. Time ni dah pukul 11pm dah. 


Apakah yang akan berlaku seterusnya? Mampukah Adele Syakiri untuk tetap terus dengan pendiriannya? Mampukah hijab dan ballet disatukan? Semuanya akan terjawab di dalam "Hijabstar Ballet". Hijabstar Ballet telah pun ditayangkan di pawagam bermula 3 Ogos yang lalu. So, jom pergi ke pawagam berhampiran untuk menonton filem yang penuh pengajaran ini! Semoga enjoy! :)

Comments

  1. FILEM YG MENARIK UTK DITONTON TU

    ReplyDelete
  2. Idea yang menarik. I think I would watch it.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  3. Eh da keluar da,.tak perasan..macam menarik je cita ni. nanti nak tengok kat pawagam la :)

    ReplyDelete
  4. Idea filem ni menarik. Tambah lagi zaman sekarang, yang pelbagai benda baru muncul. Boleh tengok juga nie.

    ReplyDelete
  5. Adoii... tak tahu pun ada cerita ini.
    Thanks for sharing Nadhie.
    Mungkin demam #kauyangsatu masih menebal huhuhu...

    ReplyDelete
  6. wow macam best je lagi lagi part psycho tu. hahaha Masheh share

    ReplyDelete
  7. wow..baca sini baru tahu psl filem ni

    Review saya amalkan Set Hamil Shaklee sepanjang hamilkan Lutfi

    ReplyDelete

Post a Comment