Assalamualaikum & Hi Semua!
20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan |
Menurut research yang dibuat oleh University of Virginia, semakin meningkatnya usia seseorang, maka semakin merosotnya kemahiran kognitif (daya ingatan seseorang). Namun usah risau, ada berita baik yang boleh menghindarkan proses ini dan meningkatkan lagi daya ingatan seseorang iaitu dengan cara mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pakar-pakar
kognitif telah menggariskan beberapa kaedah bagi meningkatkan daya ingatan yang boleh kita ikuti iaitu dengan cara : -
1. Senaman dan Aktiviti Fizikal
Senaman dan aktiviti fizikal seperti berjalan, berjogging, naik tangga secara rutin ini dikatakan dapat menyihatkan jantung, mengurangkan risiko obes dan diabetes kerana senaman ini
dapat memperbaiki aliran darah ke otak, meningkatkan kosentrasi dan menyebabkan kurangnya pengecutan
otak.
2. Menukar Rutin Harian
Membuat
rutin harian atau melihat perkara yang sama setiap hari menjadikan otak kita
kurang berfungsi secara maksimum kerana tidak perlu berfikir. Ini menjadikan
otak kurang aktif dan akan mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan.
Contoh aktiviti mudah yang boleh kita lakukan adalah dengan cara menukar wallpaper pada handphone, laptop secara rutin. Selain itu selalulah ikut jalan berlainan untuk pergi
ke tempat biasa atau tempat kerja supaya otak lebih peka dan berfikir.
3.Tidur Sebentar Pada Waktu Siang
Kelebihan
tidur sekejap waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, sudah menjadi
sunnah Rasulullah SAW sejak lebih daripada >1430 tahun yang lalu. Kini,
kelebihan tidur sekejap waktu siang juga telah diakui oleh pakar dari German kerana ia
dapat mempercepatkan proses yang membantu otak menguat dan menyimpan ingatan
bagi tempoh yang lama. 6 minit untuk short term recall, manakala 90min untuk long term recall.
20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan |
4.
Minda Fotograf
Setiap bits data dan ingatan
diproses dan disimpan di kawasan berlainan dalam otak. Oleh itu, bagi membantu
menguatkan daya ingatan, amalkan minda fotograf iaitu dengan cara tangkap gambar di
minda menggunakan deria yang ada, seperti deria penglihatan (lihat dan ingat
apa-apa yang anda lihat, perhatikan warna, tekstur, rupa bentuk yang unik, dsb.
yang boleh mengingatkan anda sesuatu yang pernah dilihat.), deria bau (camkan
bau-bau tertentu), deria rasa (camkan rasa tertentu) dan lain-lain. Menggunakan
minda fotograf ini dapat membantu anda mengingati sesuatu dalam tempoh yang
lama.
5.
Kurangkan Makan atau Pengambilan Kalori Berlebihan
Kajian University of Munster (Germany) menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak
30% dapat skor ujian memori lebih baik 20% berbanding sebelumnya. Ini mungkin
disebabkan oleh pengurangan tahap insulin dihasilkan kerana ia kurang
diperlukan untuk memproses makanan yang berkurangan jumlahnya, dan juga
pengurangan protein C-reaktif yang berkait dengan keradangan. Kedua-dua faktor
ini dapat memperbaiki daya ingatan.
Kajian Columbia University Medical Center juga mendapati orang yang makan dengan diet Mediterranean iaitu makanan yang
kaya dengan sayuran, kekacang, ikan dan minyak monotepu (seperti minyak
zaitun), daging dan produk tenusu kurang lemak mempunyai risiko paling rendah
menghadapi masalah kognitif dan penyakit Alzheimer.
6.Cuba Permainan Latih Otak
Penyelidik dari Standford University berkata, masalah lemah daya ingatan boleh menurun sebanyak 30-50% hanya dengan melakukan aktiviti mental seperti permainan
latih otak seperti brain training gym, brain training apps (software), sudoku, teka silang kata, membaca buku, surat khabar, dan dapat membantu
menguatkan daya ingatan dan melambatkan kemerosotan daya ingatan.
20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan |
7. Meluangkan Masa Melayari internet
Beri
masa bagi melayari internet dalam tempoh tertentu bagi melatih otak semasa
mencari maklumat. Pakar neurologi yang bernama Gary Small (Pengarah di UCLA
Memory & Aging Center, USA yang juga pengarang buku iBrain mengatakan
bahawa melayari internet untuk mendapat sesuatu maklumat juga dianggap sebagai
kursus latihan otak, terutamanya bagi orang-orang yang berumur antara 55 hingga
76 tahun. Ini dapat membantu mereka dalam membuat keputusan kerana maklumat
yang banyak dalam minda/otak.
8.
Atasi Depresi (Kemurungan)
Depresi
yang tidak dirawat boleh mengganggu memori/daya ingatan. Jika anda mengalami
depresi, segera dapatkan nasihat dan rawatan doktor.
9. Berhenti Sebentar Untuk Minum Teh Atau Kopi
Teh hijau dan teh hitam memberi kesan perlindungan ke atas ingatan dengan cara mempengaruhi dan merangsang enzim di dalam otak supaya berfungsi. Kafein yang banyak dalam kopi pula meningkatkan konsentrasi. Namun begitu, jangan minum kafein secara berlebihan jika mahu mendapatkan manfaatnya, terutamanya bagi melambatkan fenomena nyanyuk pada hari tua.
20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan |
10.
Amalkan Multi-Tasking (kerja pelbagai)
Multi-tasking
atau kebolehan melakukan pelbagai kerja/tugas dalam satu masa boleh
meningkatkan daya ingatan. Contohnya, dengar muzik atau radio sambil belajar.
Dengan cara ini, ingatan boleh dikembalikan atau ditajamkan dengan mengingati
sesuatu melodi tersebut. Jika tidak boleh membuat beberapa kerja dalam satu
masa, anda perlulah belajar dan praktiskan.
11.
Kawal Tahap Gula Dalam Darah
Kajiaan
menunjukkan fungsi otak menjadi perlahan apabila tahap gula dalam darah naik.
Ini kerana salur darah yang membekalkan darah ke otak rosak. Jika anda pengidap
diabetes Type-2, tahap gula dalam darah perlu dikawal. Jika sekiranya anda
bukan pesakit diabetes, berat badan yang normal perlu dijaga dengan mengamalkan
diet seimbang dan kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat bagi mengurangkan
risiko mendapat diabetes.
12. Buat Senaman Mata
Gerakkan
bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat sebagai senaman mata. Ini dapat
membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak
dapat berkomunikasi dengan baik, maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan
atau dikeluarkan.
20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan |
13.
Makan Lebih Sayuran Hijau
Kekurangan
folate dan vitamin B12 akan meninggikan risiko nyanyuk. Sayuran hijau pula
merupakan sumber folate yang baik (contohnya, sayur salad, bayam, asparagus,
parsley, brokoli, cauliflower (bunga kobis), beets dan sayur kacang) bagi mengurangkan
nyanyuk. Selain itu, suplemen seperti vitamin C, gingko biloba, vitamin E dan
kismis juga digalakkan.
14.
Tangani Apnea Tidur
Penyelidik dari UCLA telah melaporkan bahawa, orang
yang mengalami apnea semasa tidur (iaitu keadaan yang melibatkan laluan udara
tersumbat semasa tidur menyebabkan pernafasan terhenti sebentar) akan
menyebabkan keadaan tisu di otak yang menyimpan memori akan merosot.
15. Pelajari Sesuatu Yang Baru
Dalam
kehidupan seharian, banyak perkara atau aktiviti baru yang boleh dipelajari,
selain daripada aktiviti yang biasa dilakukan secara rutin. Contohnya,
permainan latihan minda yang baru, belajar bahasa baru, belajar melukis, paintball dan sebagainya dapat membantu menguatkan lagi daya ingatan.
16.
Berhenti merokok
Perokok
mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Alzheimer lebih awal daripada bukan
perokok.
17.
Makan Dark Chocolate
Dark choklat yang mengandungi sebatian epicatechin memberi kesan peningkatan daya
ingatan seseorang kerana ia membantu pembinaan salur darah. Makanan lain yang
mengandungi epicatechin ialah blueberries, anggur dan teh.
20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan |
18.
Letak Barang-barang Pada tempatnya
Ingatan
kita juga perlu kepada sesuatu kedudukan barang yang biasa bagi membolehkannya
berfungsi dengan baik. Contohnya, letakkan kunci, cermin mata, payung, remote
control atau sebagainya di tempat yang sama setiap masa, jangan selalu
diubah-ubah sana sini. Jika selalu ubah barang-barang yang digunakan setiap
hari, boleh memeningkan kepala untuk mencarinya, terutama sekali kalau hendak
cepat. Jika tenang dan fikirkan semula urutan kejadian tanpa gopoh, otak mampu
berfungsi mengingatinya.
Bagi
memudahkan diri sendiri mengingati sesuatu perkara, temu janji atau peristiwa,
buatlah nota peringatan.
19. Elakkan Bersara Awal
Jika
anda gembira dan merasai kepuasan dengan kerja yang dilakukan, janganlah
bersara awal. Bekerja akan membantu mengekalkan daya ingatan dan tidak cepat
menjadi pelupa atau nyanyuk. Jika bersara anda akan berhenti terus berfikir
mengenai kerja kerana anda hanya lakukan kerja rutin yang tidak perlu
menggunakan fikiran yang tajam, dan ini akan mempercepatkan lagi seseorang itu
menjadi pelupa.
20.
Majlis Sillaturrahim Bersama Keluarga & Rakan
Mengadakan
majlis perjumpaan, majlis ilmu dan bersilaturrahim sesama rakan-rakan dapat
meningkatkan daya ingatan, terutamanya bagi warga emas dan mampu melambatkan
risiko kemerosotan daya ingatan.
20 Cara Dan Teknik Mudah Dalam Meningkatkan Daya Ingatan |
Okay , sekian sahaja tips-tips yang dapat saya kongsikan. Moga boleh diikuti dan diamalkan buat kita semua. Jika hendak diikutkan, sebetulnya hanya mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, menjaga pemakanan dan kalori intake dan sebagainya. Tak susah bagi mereka yang dah terbiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Moga sama-sama kita amalkan dan semoga bermanfaat!
PERKONGSIAN YG SGT BERMENFAAT
ReplyDeletePatutlah ingatan saya tak kuat... huhu...
ReplyDeleteNice sharing.
ReplyDeleteMrs. A rajin juga pelupa nih! hahahhaa...
Selalunya lupa mana letak glasses kekadang punyalah cari satu rumah rupanya glassses tu ada kat atas kepala jer... hadoiii!!! lahai.
Selain dark coklat, kismis pun bagus juga untuk daya ingatan.
Kena makan kismis tiap-tiap hari
Kena makam banyak dark choc la ni ya :P
ReplyDelete(alasan peminat choc)
belajar sesuatu yg baru tu yg paling best...main games kt hp/laptop..berjam-jam pun boleh..huhu...tapi yg lebih manfaat, cuba buat hafalan surah2 Al-Quran, terbaik utk latihan minda..
ReplyDeletesuka la yang makan dark coklat tu
ReplyDeleteSiqah paling follow "letak barang pada tempatnya". Senang nak cari sebab Siqah pun pelupa jugak. Ada jugak kadang2 terletak merata cermin mata, jenuhlah nak cari, dahlah rabun. Hii
ReplyDeleteAnyway, good sharing :)
Okey, skang baru GV tahu kenapa kadang GV cepat lupa. Good info kat Nadhie. :D
ReplyDeleteoo peminat makan dark chocolate erk., hehe2
ReplyDeleteHello, I enjoy reading through your article. I like to write a little comment to support you.
ReplyDelete