Skip to main content

Tips Move On Dan Melepaskan Seseorang Sepenuhnya Dari Hati Anda (Part2)




Masa ini terlalu singkat untuk dibazirkan. Penuhilah waktu yang ada untuk sentiasa meningkatkan prestasi diri, menghargai insan-insan yang sentiasa bersama kita saat susah & senang, juga menggunakan masa dengan sebaiknya. Oleh itu, dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan, bila kita tahu sesuatu perkara itu tidak baik untuk kita, bila kita tahu sesuatu perkara itu diluar kawalan kita, dan kita sedar yang sesuatu perkara itu hanya membuatkan kita murung sahaja, kita perlu ada mindset untuk SENTIASA MOVE ON.

Move on ke peringkat yang lebih baik. Move on to be a better person, increase your knowledge, improve your personality & also your variety of skills.


Sebelum ini saya pernah share Cara-cara move on dengan cepat dan berkesan (Part 1- self care) yang bertujuan lebih untuk membina kekuatan dan jati diri buat seseorang yang sedang menghadapi kehilangan. Ia juga merupakan teknik dan cara untuk move on dengan cepat dan berkesan. Ya, terlebih dahulu carilah kekuatan dalaman. 


Dan pada hari ini ingin saya kongsikan sambungan dari artikel pertama tersebut, iaitu Tips Move On Dan Melepaskan Seseorang Sepenuhnya Dari Hati Anda (Part2) yang bertujuan untuk membuang segala rasa cinta yang mungkin masih bersisa di hati seseorang. Buang untuk selama-lamanya. No more you in my life!


Cara Move On Dan Melepaskan Seseorang Sepenuhnya Dari Hati Anda (Part 2 - Melupakan Sepenuhnya)




1.Busy kan Diri Dengan Pelbagai Aktiviti


Percaya atau tidak, ini lah yang dikatakan peluang! Mungkin selama ini kita asik terperap sahaja dan membuang masa memikirkan seseorang, tetapi kini tidak lagi. Pelbagai aktiviti dan peluang sentiasa terbentang luas di hadapan mata. 

Tetapi anda sahaja yang mungkin tak perasan. Contohnya, ambil peluang yang ada untuk pergi belajar bahasa mandarin, korea, jepun, perancis, arabic etc. Setelah ituambik pula sijil kelayakan untuk bahasa tersebut secara profesional. 

Selain itu, boleh juga cuba aktiviti lasak yang lain seperti pergi hiking, paragliding, horse back riding, arching, sukarelawan dan aktiviti kemasyarakatan. Bina jua kemahiran dan kejayaan baru serta macam-macam lagi. Letak milestone dan target bila anda akan mencapai kejayaan tersebut. 

Dengan menyibukkan diri dengan macam-macam aktiviti, anda bukan sahaja boleh melupakan insan tersebut, malah perbaiki banyak kelemahan seperti improve soft skill, communication skill dan juga dapat tambah kawan-kawan baru!


Busy kan diri dengan pelbagai aktiviti.

Menyamar jadi nadhielisa contohnya XD


2. Fikirkan Segala Kelemahan Dan Kekurangan Dia. 


BUKAN GURAUAN. Bunyinya kejam, tetapi berkesan. Untuk melupakan seseorang dan membuangnya dari hati kita buat selama-lamanya, anda haruslah Fikirkan segala kelemahan dan kekurangan orang tersebut. 

Ya, fikirkan segala kelemahan dan kekurangan manusia tersebut. Ini benar, bukan tipu. This is really works! Sis pernah bagi nasihat macam ni juga dekat kawan-kawan. Pernah jugak dekat insan yang meminati sis suatu ketika dahulu. Sis terlalu muda ketika itu & meminta beliau memikirkan keburukan serta kelemahan sis untuk melupakan sis. 

Bagaimana untuk memikirkan kelemahan dan keburukan seseorang? Caranya mudah sahaja. Setiap hari selepas bangun tidur dan sebelum tidur, gali dan ingat balik sikap buruk orang tersebut yang korang nak lupakan tu dan sebut satu per satu sikap buruk dia dalam hati korang. 

Contohnya "Sudah lah mulut berbau, badan berbau ada hati pulak nak dekat aku dulu. Eeee.. tak layak!". "Sudahlah miskin, lepastu berlagak kaya. Depan rezeki pun asyik merungut je kerja kau." Haa... contohnya. Contohnya begitulah. hihi.

Fikirkan segala kelemahan dan kekurangan dia



3. Seranah Dia Setiap Hari Meskipun Hanya Di dalam Hati


Jangan tak percaya. Dengar macam ridiculous,  tetapi berkesan jugak tau.  Apapun sis tak suruh tau pergi seranah insan tersebut depan-depan, call dan sebagainya. Tidak sama sekali. Just seranah dalam hati je okay! Seperti point di atas, setiap hari selepas bangun tidur dan sebelum tidur atau pendek kata setiap kali korang teringat je pada makhluk yang korang nak lupakan tu, SERANAH je dia! 

Contohnya nama dia Kasmadi *nama ni contoh je tau. Maafkan sis kalau ada yang nama Kasmadi atau keluarga nama macam ni baca artikel ni.*

Okay contohnya macam ni, korang sebutlah selalu "Aku benci kasmadi! Aku benci kasmadi." "Kasmadi perangai buruk! "Aku benci Kasmadi sampai bila-bila!" Ulang setiap kali teringat, selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Percayalah bahawa ianya berkesan.

Tahu kenapa sis suruh seranah? Untuk kebaikan anda juga. Kerana selama ini anda terlalu memuji dia di dalam hati, terlalu melihat sudut yang membuatkan anda rasa dia sempurna. Tetapi, realitinya tidak. Tiada yang sempurna. Setiap orang ada kelemahan. Tetapi, disebabkan cinta mungkin anda jua yang membutakan mata anda dari melihat kelemahan itu. So, ingat balik segala kelemahan dia dan sebutkan ia SETIAP HARI! Yeah! Percayalah selepas dari itu, perasaan cinta itu akan beransur-ansur hilang sehingga umpama tak wujud langsung!


Seranah dia setiap hari walaupun di dlm hati.


4. Pergi Tempat Yang Sama & Cipta Kenangan Bersama Orang Lain


Disebabkan kita pernah pergi tempat tersebut dengan manusia tersebut, bila dah patah hati terus tak nak pergi lagi ke?OH, MEMANG TIDAK LAH! A BIG NO OKAY!! Memang taklah disebabkan dia korang dah tak nak pergi lagi tempat tu. Pastikan ini tidak akan berlaku.

So, cara paling mudah untuk anda terus kekal bahagia dan datang balik ke tempat tersebut adalah dengan mencipta kenangan bersama orang lain! Ya! Pergi je tempat yang anda pernah pergi dengan manusia itu, lalu cipta kenangan baru yang lebih indah dengan orang lain. Sejurus itu, anda hanya akan teringat kenangan yang indah-indah sahaja yang baru dicipta itu.


Cipta kenangan baru di tempat yg sama dengan org baru


5. Hargai Diri & Puji Diri Di Hadapan Cermin Setiap Hari


Tanamkan dalam diri yang hidup ini harus bahagia dan yang memilih untuk bahagia adalah anda! You hold the keys of your happiness.  So, let go of something you can't control and be happy. Find ur happiness and appreciate yourself more than anything. Most importantly is know your worth!

Selalu ingatkan diri kita yang kita ni berharga! Puji diri setiap hari & katakan yang baik-baik sahaja.  Contohnya "Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh memiliki aku." Ceh! Haha. Yang penting korang tahu & sedar diri korang tu sangat berharga ya. 


Me amor so beautiful & cute.
I love me. Muahh


6.Buka Hati Dan Terima Insan Lain Di dalam Hidup Anda


Akhirnya, tiba masa pula untuk anda membuka hati & memberi pada orang yang baru. Bukalah hati anda dan beri peluang pada insan-insan yang dah sekian lama menunggu untuk memilikinya.

Tetapi, kali ini pilih lah yang betul-betul. Yang betul-betul bersungguh mahukan anda, hargai anda & akan mencintai anda selamanya. Jika seseorang itu dah serious mahukan anda, minta dia masuk meminang segera. Sekaligus boleh menguji kesungguhan beliau samada mahu menghalalkan anda ataupun tidak. Secara tak langsung boleh mengelakkan anda dari jatuh cinta & putus cinta berkali-kali.  Semoga suatu hari nanti saya doakan semoga anda-anda semua yang sedang diuji dengan dugaan ini, akan dipertemukan dengan orang yang tepat, diberkati selalu dan bahagia hingga ke syurga. Amin!

Sekian.

Would you marry me? kekeke


Maaf jika ada salah & silap atau terkasar bahasa pada artikel ini. 
Semoga bermanfaat.  Terima kasih sudi baca!




Comments

  1. haha alahai comelnya kartun nadhie xD

    ReplyDelete
  2. mengikut logik akal..

    cara nak move on ialah cari pengganti.

    yang lama akan boleh lupa secara automatik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, seperti yang saya ada sebutkan dekat atas. tetapi tidak haruslah terburu-buru dan main terima macam tu je. Kena lah hati2 dan bila yakin he's the one, barulah proceed to the next stage.

      tak heranlah lelaki bila wife dah takda, cepat je cari penganti? ye tak? upppss 🙊 #mohonjangankecam

      Delete
  3. haha ada yg lawak ada yg ada betulnya. nak pi baca part 1 termiss plak.

    ReplyDelete
  4. Kita terhibur tengok katun Nadhie tuh...hehehe! Ape pun..tips yang sangat menarik dan mampu milik untuk semua golongan. Hahah!

    ReplyDelete
  5. sis cuba hope berkesan and thanks for the tips

    ReplyDelete
  6. Shida benci shamil21 July 2019 at 02:31

    Waaa srsly jadi walaupun terluka

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    Sy sedang cuba untuk ikhlaskan perpisahan yang terjadi.
    Sy sedang berusaha untuk melepaskan dia sepenuhnya..
    Sakitnya Ya Allah.. Ya sy mohon kepada Allah, hilangkan rasa sakit ini..
    Kuatkan hati sy untuk terus menerima segala ujian yg mendatang,
    Sy cuba terima…
    Allah sy sayangkan sy kan, sebab itu Allah uji sy..
    Allahuakbar….

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda