Skip to main content

Sebab-sebab Kenapa Lelaki Suka Menyakat Atau Mengusik Perempuan



Sebab-sebab Kenapa Lelaki Suka Menyakat Atau Mengusik Perempuan


Lelaki memang terkenal dengan sikap suka menyakat. Kadang-kala sakatan mereka boleh meriuhkan suasana dan membuatkan kita tertawa tanpa dipinta, tetapi kadang-kala melampaui batas pun ada. Dan apabila asyik orang yang sama disakatnya dan seolah-olah macam takkan pernah habis, musykil jugak dibuatnya. Kenapa asik aku je yang kena sakat dengan kau ni? Dah kenapa kau suka dekat aku ke?



Paling tak boleh belah sikap si penyakat ni, siap boleh tinjau dari tepi pipi kau samada nak tengok kau gelak senyap-senyap ke tak time kena sakat tu. Lagi-lagi bila kau serious dan ignore segala ketakmatangan. Pun begitu, adakalanya juga mereka seolah-olah macam nak buat kau marah dan mencabar kesabaran kau. Membuatkan hati tertanya-tanya. 'Apa yang mereka nak sebenarnya?' Ada masa pula kau rasa sampai tahap merimaskan pun ada, hingga hati pun terdetik. 'Eee.. dia ni bilalah nak pergi tempat lain? Tetapi kadang-kala kalau mereka tak ada, boring jugaklah. hehe. 




Lagi-lagi apabila bekerja atau belajar di environment yang ramai lelaki atau kurangnya wanita, oleh itu bukan sorang je kaki menyakatnya, malah ramai pulak yang turut serta. Lelaki ni dia gagah bila geng dia ramai. Cuba perempuan ramai, lelaki kurang? Menikus je kau kat situ kan? haha




Buat wanita dekat luar sana yang turut mengalami situasi macam ni, hati kena kental beb dan jangan cepat melatah. Cara nak survive ingat tiga benda ni- Hati kental, mental kuat, mulut padu. hehe.  Oleh itu, jom kita tengok apa pula punca-puncanya mereka ini suka menyakat perempuan. 





Sebab-sebab Kenapa Lelaki Suka Menyakat Perempuan


1. Memang dah tabiat semula jadi


Menyakat, mengusik, mengenakan orang sudah menjadi amalan wajib dia untuk mendapat 'kasih sayang' dan perhatian orang sekeliling. Hidup ini sungguh membosankan jika tiada siapa yang menjadi mangsa sakatannya dalam sehari. Motif wajibnya setiap kali selepas baru bangun tidur adalah haruslah mengenakan orang dalam sehari! Kalau tak hidupnya seolah-olah tiada kelengkapan. Tidak kira lelaki atau perempuan, semua suka diusik, disakatnya. Melihat orang yang disakat/diusiknya menjadi marah merupakan satu kepuasan dan matlamat yang dapat dicapainya setiap hari.

kebosanan yang amat bila tiada mangsa usikan



2. Sengaja Hendak Menceriakan Suasana


Kadang-kala bosan pulak kan bila suasana sunyi je, oleh itu perlu lah menyakat sikit bagi menceriakan suasana. Tak nak lah asik serious je kan. Dari menyakat sikit, lama-lama makin dikembangkan bakatnya itu. Lantas terus menjadi menyakat banyak. Bertambah banyak apabila semakin ramai geng-geng sejantina yang bersatu dengannya pada ketika itu. Kalau lawan 1-1 memang confirm dia kalah pada seorang wonder woman tersebut.

sengaja hendak menceriakan suasana



3. Berkenan/Suka Dekat Orang Yang Diusik/Disakatnya


Dah berkenan tapi malu nak mengakui, malu nak menunjukkan perasaan suka, malu untuk bertegur sapa. Oleh itu menyakat adalah teknik tertentu bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan insan yang diminati. Bila dah menyakat ni secara tak langsung boleh mengurangkan kemaluan yang dirasainya itu.

Selain itu, kalau perasan lelaki suka sangat menyakat wife atau girlfriend mereka. Pendek kata orang yang mereka suka. Tetapi yang tak fahamnya entah apa yang mereka suka bila tengok reaksi wanita tersebut kadangkala cemas, marah dan suka. Kata sayang? Tetapi itulah hakikatnya. Siapa kata lelaki itu simple? Dari sini kita boleh nampak sikap lelaki tu complicated sebenarnya. 

p/s: Teringat pulak ada someone ni, masa baru masuk tempat kita, nak dekat sebulan dia tak tegur kita. Macam lah pemalu sangat kan. Then, bila dia start berani tegur je, memang menyakat je la keje dia. Hari-hari. Kelakar betullah karakter yang macam ni. Memang bizarre. So, kepada tukang sakat sekalian dah suka tu mengaku jelah. Tak yah nak sorok sangat. hahaha!


suka dekat orang yang diusik



4. Sebab Cantik Dan Mereka Suka Melihat Dia Tersenyum Mahupun Tertawa


Ni lagi satu alasan tak masuk akal! Disebabkan beliau cantik menjadikan mereka pun suka menyakatnya, semata-mata nak tengok dia tersenyum. Kalau dia tak tersenyum dalam sehari tak sah. Hidup mereka seolah-olah rasa macam tak lengkap. Pendek kata mereka juga suka melihat pelbagai reaksi dan respon daripada si dia. Phew~

p/s: Ye boleh dan tak salah pun jika kau nak tengok dia tersenyum. Tetapi time menyakat tu cubalah berpada-pada sikit. Usah dibuat lawak bodoh, menyakitkan hati dan tanpa tapisan. Karang bukan senyuman yang korang dapat, sebaliknya amukan godzilla wanita.

suka tengok dia tersenyum atau tertawa

Kemarahan godzilla wanita yang kena usik 



5. Sengaja Nak Buat Dia Marah


Hah, ni lagi satu sejenis sikap tak suka tengok orang lain senang. Tetapi menurut satu sumber, lelaki ni sengaja membuatkan seseorang perempuan tu marah sebab mereka suka dekat perempuan tu dan sebab perempuan tu nampak comel ketika marah katanya. Kalau tak suka tak adalah mereka nak menyakatnya kan? Lagi-lagi bila sakatan mereka ni dapat maklum balas 'positif' dari insan yang disakat/diusik mereka.

Dan antara sebab lain pulak, sebab perempuan tu garang! Jadi mereka terhibur bila tengok perempuan tu marah. Hak aduh, camni punya perangai pun ada kan. Memang betullah sejenis tak boleh tengok orang lain senang ni.  

Teringat aku salah satu punca aku mengamuk besar adalah selepas dituduh kejam oleh Ajeman*bukan nama sebenar tanpa sebab. Sobs* (sambil tok dan im terkebil-kebil tengok aku, selalu control cun dan cool je agaknya, kali ni kantoi garang.  ) Tak lama tu tiba-tiba Zarif terus whatsapp dan buat pengakuan yang mereka sebenarnya sengaja mengenakan aku. Lepas kami beredar je dari situ, kata Zarif mereka terus tergelak besar sebab berjaya buat aku marah. Heh, camni pun ada ke. Mujurlah lepastu zis move on dan cool cool je dengan mereka. 


Sengaja nak buat dia marah kan? Nah ambik!





Dan perempuan biasalah, kalau dah kena sakat , kena kutuk tu ingat nak senyap je ke? Mesti nak lawan balik! Lawan balik! Kalau tak macam tak lengkap je rasa. haha. Namun ada jugak perempuan kental yang kalau disakat macam mana pun, dia tetap berlagak tenang dan sedikit pun tidak terkesan dengan usikan itu. Sis tabik betullah dengan karakter yang macam ni.  Cayalah!

Jadi begitulah antara sebab-sebab mahupun punca-punca kenapa seorang lelaki suka mengusik/menyakat seorang wanita yang telah zis perolehi berdasarkan pembacaan-pembacaan di forum-forum dan juga pengakuan lelaki itu sendiri, terutamanya kawan-kawan.

Mungkin ada yang benar, mungkin ada yang terkurang. Jadi apa kata anda? Sejauh manakah kebenaran sebab-sebab di atas? Atau mungkinkah ada lagi sebab-sebab lain yang tidak dinyatakan di sini? Sila berjujur dan kemukakan pendapat anda. haha.

Kepada wanita-wanita yang selalu kena sakat tu, bertabahlah dan hati kena kental. Mungkin benar mereka malu, dan hanya dengan cara ini sahaja mereka berani untuk berkomunikasi dengan kita kan. Hewhew.


Okay, setakat ini sahaja. Jumpa lagi di entri yang lain. Massh sudi singgah.



Comments

  1. Saya tak pernah menyakat perempuan so sebab di atas tu saya tak tau tepat ke tidah. Pada saya kalau dia cantik, biarlah dia cantik. Kenapa nak disakat.

    Kalau nak ceria pergi main drum kat tepi laut. Hihihi

    ReplyDelete
  2. soalnya wanita itu cantik
    jadi kepingin menggodanya

    ReplyDelete
  3. Akak tak pernah ada pengalaman kena sakat, so tak taulah kenapa diorang suka menyakat.

    ReplyDelete
  4. kak rumah, kak ana yg paling kuat menyakat. tak cukup dengan syafi, habis adik2 kak ana kena sekali. sampai dorang marah dan rasa annoying.lagi dorang marah lagi kak ana buat. best tau menyakat org. boleh rapatkan silaturrahim dan boleh jadi gaduh juga kadang2. hahaha

    ReplyDelete
  5. haha ni selalu berlaku dekat kawan Nisha. Muka dia memang serius comel bila kena sakat dgn classmate lelaki lol XD

    ReplyDelete
  6. laaaaaa..... saya dah komen rupanya

    ReplyDelete
  7. kalau pompuan sakat laki2 cmne lak awak..hihi...salam kenal awak, jom la ke blog saya https://cararesepi.blogspot.my/.. Kalau tak kisah, masukkanlah blog saya dalam senarai bloglist awak.huhu

    ReplyDelete
  8. Setuju point Nad tu... memang betul lah, lelaki memang suka menyakat... kena pulak perempuan yang dia sakat tu respons baik, lagi suka dia sakatnya..

    ReplyDelete
  9. kemarahan godzilla tu kelakar..habis terbang kerusi meja...
    kalau selalu kena sakat, rimas & sakit hati jg kan..

    ReplyDelete
  10. memang sifat lelaki akan menyakat perempuan. x reti usik pompuan bukan lelaki la namanya dik?

    ReplyDelete
  11. USIK2 BAWA BHGIA CERIAKAN MURAM SUASANA

    ReplyDelete
  12. hahaha saya pernah baling pen sebab geram sangat dan nasiblah pen tu tercucuk mata budak laki tu. Padahal yang menyakat tu pensyarah. Tapi orang lain jadi sasaran. Hahaha

    ReplyDelete
  13. Lama dah x mengusik perempuan.... Berminat nak jadi mangsa seterusnya hahahaha

    ReplyDelete
  14. Hmmm dh selalu kene... aku rse sebab.. aku okay kot bile kene sakat.. x kuat sentap.. lepas marah..Then okay balik .sbb tulah dorg kuat menyakat.. huh #mangsa

    ReplyDelete
  15. Sy selalu kena sakat kt pejabat, stress pn ad sebab tak tahu nak hndle. Dorg prgkat abang dan suami org. Igt dorg dh matured rupanya tidak. Lau sehari tak menyakat sy tak sah, nk kata buli pun ad. Siap mari gurau ltk ssuatu kt depan pntu. Nasib baik tak kena. Diorg siap gelak lg bila sy terkena. Aduhai...kdg2 dorg xde suci jgk tp lebih senang lau dorg tgh buzy sebab dorg akn serius.

    ReplyDelete
  16. saye kene sakat dngn sorang hamba Allah nie. punye la smpi ak meraju xnak ckap ngn die dah sebab truk snagt die menyakat :P rupe-rupenya ad maksud kenape die suke sakat ak. katenye supaye x jatuh cinta. tapi skarang ni gagah pulak die nak tackle saye...>_<

    ReplyDelete
  17. cik nad ni comey tu sbb kna sakat

    ReplyDelete
  18. Entah lah betul ke tak even aq byk kali kene sakat.adelah haritu aq pergi lawatan kat mane ntah pasti laki kat belakang kerusi aq asyik menyakat je aq dari mule ii pergi sampai lah ke hari ni.sakit jiwa tau tak?tapi an,skarang aq Ngan laki tu dah ok lah...kalau die sakat pon aq balas je tapi xdelah nk cover ii macam dulu��

    ReplyDelete
  19. Saya ada sorang laki ni yg sgt mnyakitkan hati..klu sehari x ganggu n mnyakitkan hati org x sah..pastu bole plak suka tgok org marah dia..menyampah betul >_<

    ReplyDelete
  20. HAHAHAHA SAYA TAK TAHU MANA BETUL SEBAB DARI ZAMAN SEKOLAH SAMPAILAH KEJE KAWAN DENGAN LELAKI MESTI SALAH SEORANG TU SUKA BUAT SAYA MARAH HARI² HAHAHAHA SAYA APA LAGI SELALU MARAH JE SETIAP KALI DIA KACAU HAHAHAHAHA KALAU DATANG KEJE MEMANG TAK BOLEH DUDUK SEBELAH DIA KALAU DUDUK MESTI GADUH JE HAHAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda