Skip to main content

Fit & Foodie Carnival Bakal Diadakan Di Seremban 2 Pada 19 November 2017 Ini



Ni kali kedua iolss jumpa Chef Dato Fazley dekat event.
Nak selpie dengan beliau? Datang lah pada 19 Nov ini. Beliau ada. 



Makanan yang sedap, namun dalam masa yang sama masih mengekalkan gaya hidup yang sihat. Siapa yang tidak mahu bukan? Beruntung warga Seremban apabila pihak IJM Land bakal mengadakan karnival Fit & Foodie sebagai karnival tahunan mereka yang bakal diadakan di IJM Land S2, Sales Office, di Seremban 2 pada 19 November 2017, dari 9am hingga 6pm ini.

Btw, ni kali kedua sis jumpa Chef  Dato Fazley dalam event. Nak tahu pasal event yang sebelum ni boleh baca dekat SINI





ANTARA AKTIVITI MENARIK DI FIT & FOODIE?

Fit & Foodie Carnival Bakal Diadakan Di Seremban 2 Pada 19 November 2017 Ini
Dari kiri : Goh Liu Ying, Chef Dato Fazley & Dato' Hoo Kim See

Apa yang menariknya karnival Fit & Foodie ini bukan sahaja mengabungkan makanan dan elemen kesihatan, malah turut mengadakan bermacam aktiviti-aktiviti berfaedah kepada komuniti seperti hidangan yang sedap dan menyihatkan, free gift, bermacam-macam contest (seperti pertandingan mewarna, fitness dance & sebagainya) , balloon clowns, lucky draw, games stalls, derma darah, derma rambut dan banyak lagi!

Di mana tujuan aktiviti-aktiviti tersebut sebenarnya lebih untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat seperti mempunyai balanced lifestyle, motivations, memenuhi aktiviti dengan perkara yang berfaedah, memandang sesuatu dari sudut yang positif , menghindari stress dan sebagainya.

“This year, the theme for our carnival well reflects the personality of most Malaysians, who enjoys the occasional good food with their friends and family, yet fully accepts the importance of living healthily,” kata Dato’ Hoo ketika sesi press conference yang diadakan di Seremban 2 ‘Fit & Foodie Carnival 2017’ baru-baru ini.

Dato’ Hoo Kim See, yang juga merupakan Senior General Manager (Central Region) di IJM Land Berhad percaya bahawa amalan gaya hidup yang seimbang sangat penting dan merupakan pucuk pangkal seseorang untuk kekal sihat, gembira dan seterusnya menjamin kesihatan yang berpanjangan. 


Sekitar press conference Fit & Foodie Event

Sekitar press conference Fit & Foodie Event


CHEF DATO' FAZLEY & GOH LIU YING 

TURUT HADIR 


Turut memeriahkan Karnival Fit & Foodie ini adalah Chef Dato Fazley yang merupakan artis yang cukup dikenali dan juga Masterchef selebriti Malaysia. Lebih menarik adalah kehadiran Chef Dato Fazley bertujuan untuk mengajar cara penyediaan makanan yang sedap, tetapi sihat dan berkhasiat. 

Manakala Goh Liu Ying, selaku atlet Malaysia yang telah memenangi Silver Medal pada Rio Olympics yang lalu hadir bertujuan untuk berkongsi amalan gaya hidup sihatnya, cara menangani stress dan cara untuk merelakskan diri dalam kesuntukan masa kita.

Goh Liu Ying & Chef Dato Fazley bersama Dato' Hoo




TERDAPAT BANYAK CONTEST MENARIK 

UNTUK DIMENANGI!


Antara aktiviti-aktiviti menarik yang lain yang boleh dibuat di sini adalah pencarian Ms. & Mr. Fit fesyen ikon,  the Best Jazzercise Dance Contest, pertandingan mewarna, Recipe Corner Contest, dan games stalls , di mana bermacam-macam kontest turut  diadakan di games stalls tersebut. Paling penting ada LUCKY DRAW! Dan menariknya, ada lebih kurang 30 hadiah untuk dimenangi!

So, apa tunggu lagi kan? Lets save the date! Buat warga Seremban mahupun bukan, jom sama-sama memeriahkan lagi karnival Fit & Foodie 2017 ini yang bakal diadakan pada 19 November 2017 ini. Untuk maklumat lanjut , sila hubungi IJM Land Seremban 2 Sales Office di talian 1800 222 456. 

Jumpa di sana! Bye!


Comments

  1. Wahh..menarik ni. Confirm dapat sambutan ramai.

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak carnival camni fit and foodiee idok la asyik ingat makan jerr hii.. Duh.. jauh2 plak setiap kali ada event,, nak selfiee x dapat dah haa..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan Selamat Pagi Sis Nadhie

    Pergi jalan lagi ya

    Makan makan jalan jalan

    Salam Jumaat Maznee ucapkan

    ReplyDelete
  4. Dekat dengan tempat saya.. Hopefully dapat join sama..

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya selfies dgn fazley..

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat selfie ngan fazley, jauhhh nk pergi. hee

    ReplyDelete
  7. Menariknya, yang best dapat bergambar dengan selebriti... dapat tumpang glemer...

    ReplyDelete
  8. Gandingan yang menarik FIT dan Healthy Food.

    ReplyDelete
  9. Banyak terlibat dengan event sekarang ni sis

    ReplyDelete
  10. Wau bestnyer awak...siap bergambar dengan dato fazley...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda