Skip to main content

Geng Study Group UKM






Lama sis tak menyinggah blog. Seriously hujung tahun ni masa agak pax.  Masuk bulan 12 ni memang tersangat busy dengan task, assignment, midterm exam, lab,  presentation dan sebagainya. Kadang-kala, sampai dah terlelap mata pun, mulut still bercakap sebab tengah menghafal sesuatu ke apa. Kadangkala, tangan masih lagi menaip. Sedar-sedar je. Eh aku cakap apa tadi? Eh aku taip apa tadi? Sampai gitu sekali jadinya. Seriously memang takda masa ikutkan nak jenguk blog. Nak pergi event ke function ke apa lagi lah. Harapan jelah. Even beberapa servis & voucher spa treatment yang akan berkakhir hujung tahun ni pun, terpaksalah diucapkan bubye setelah lama diperam.


Apapun saya sangat berterima-kasih dan bersyukur kerana sentiasa ada tetamu yang datang berkunjung ke blog yang tak seberapa ni. Bila sesekali bukak dan tengok trafik semua masih maintain, alhamdulillah sangat. Terima kasih pada yang datang berkunjung baik dikalangan blogger mahupun reader.  Seriously saya sangat berterima-kasih pada korang yang sudi berkunjung ke blog ini. 


Bila sesekali datang jenguk. Then tengok ada visitor blog, rasa terharu :')





Study Group Atau Individu Mana Satu Lebih Baik?

Study Group Atau Individu Mana Satu Lebih Baik?

Btw, memandangkan sis masih dalam mood study, nak tanyalah pendapat korang. Antara study group atau individu, mana satu yang menjadi pilihan korang? Ada orang selesa study sendiri kerana merasakan jauh lebih fokus. Tetapi ada juga yang lebih gemarkan study group kerana baginya senang nak berkongsi ilmu. Bagi saya pula dua-dua okay. Dua-dua ada pro dan kontranya. Kerana ada subject yang kita selesa bila study sendiri, contohnya bila buat coding, system dan yang seumpama dengannya. Memang kita memerlukan fokus yang tinggi. Jadi lebih baik siapkan yang tu sendiri. Dan bertanya bila perlu sahaja. 


Tetapi lain pula bagi subject yang melibatkan teori yang banyak , pengiraan seperti mathematic, calculus, theory of computer science dan sebagainya. Untuk subject seperti itu, kita memerlukan kawan untuk memberi tunjuk ajar, untuk sama-sama sharing ilmu, bertukar-tukar pengetahuan masing-masing, pendapat dan sebagainya. Dan ya,  saya akui study group sangat membantu untuk subject seperti ini. 

Ahli tetap kami. :) Bertukar-tukar ilmu dan pengetahuan masing-masing 
merupakan salah satu benefit dari study group.



Antara Pro Dan Kontra Study Group Atau Individu


Tak Faham Boleh Terus Tanya

Time tu sis sedar yang sis perlukan study group sejak sisberitahu masalah tersebut dengan salah seorang classmate, bahawa sis tak boleh fokus study sensorang. Takda mood. Sekejap kang studi, sekejap kang golek-golek, dan sekejap lagi main social media, games, stalk crush dsb. Ada beberapa kali jugaklah sis try ajak dia dan ada seorang akak ni study sesama, tetapi mereka berdua tak nak disebabkan masing-masing jenis yang suka study individu. So, that guy pun galakkan saya untuk join study group dengan ada beberapa orang classmate kami yang aktif dengan aktiviti study group.


Lebih Bermotivasi Bila Ada Geng Study Sama-Sama

So bermula dari situ, ya kami pun jadi geng study group yang tetap. Biasa kami study time-time nak final exam. Dan pada sis ia sangat membantu untuk lebih fokus disebabkan perasaan sis lebih motivated bila tengok orang lain study sekali. Baru rasa semangat dan ada persaingan di situ kan. hahaha. Selain itu bila study group ni, secara tak langsung kita boleh memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sekiranya membincangkan sesuatu isu atau permasalahan. Lagi-lagi apabila masing-masing bertukar fikiran mahupun pendapat. So, kita boleh lihat sesuatu perkara dari perspektif berbeza.


Kadang-kadang Asik Menyembang Je Kerja

Tetapi, kadang-kadang, bila dah study group ni, menyembang memang tak sah kan. XD. Macam-macam topik ada. Daripada studi, kerja (ya , kami kerja sambil belajar), gosip, soal jodoh menjodohkan :P , kutuk mengutuk antara satu sama lain (Dah biasa kena ada sorang ni selalu cakap design sis buruk - Okay fine), bahan-membahan dan macam-macam lagi.  Semua keluar. Part membahan ni bila kita sorang je perempuan di situ dan mereka bersatu dengan kaum sejenisnya, memang bengang je rasa.


Susah Nak Cari Tempat Berkumpul

Antara perkara lain yang menjadi kontranya, bila nak cari tempat sesuai untuk study dan berkumpul kat mana. Memandangkan kami student luar. Dan bila nak study ni, beberapa element ni sangat penting bagi saya antaranya tempat bersih, tandas bersih, plug banyak , ada wifi, dekat dengan surau dan sebagainya. Mujurlah mereka selalu je beralah dan ikut pilihan sis. hehe *Padahal sebenarnya memang sekepala & ada kimia-kimia di situ XD *


Kadang-kadang cengginilah yang kontranya, fokus hilang.
 Yang dua orang tengah rancak berbual pasal masa depan, yang lagi sorang pergi main social media,
& sorang lagi terkulat-kulat sendirian. Haha. Ada pembaziran masa di situ. XD 


Pentingnya Give And Take

Nama pun study group, jadi sangat penting ada give and take. Mungkin hari ni si A yang sharing ilmu dekat kita, esok lusa si B pula share pengetahuannya dalam subject yang lain. Yelah tak semua orang ada kepandaian dan kefahaman yang sama. Disebabkan itu pentingnya study group untuk melengkapkan mana yang kurang. Yang penting tak kedekut ilmu. Dan usahlah orang yang sama je dok mengajar kita kan, tuh dah jadi macam tenaga pengajar dah tu XD Sebab tu give and take dan tolak ansur tu penting bila studi group.

Yang penting, kita rasa selesa di samping mereka, takda rasa awkward, takda rasa macam outsider or stranger. Baru rasa selamat dan senang hati nak study kan? Ye tak?

Mendengar ceramah motibasi sambil tak fokus. hahaha.
*tu nampak tu yang tangan buat gaya tu, sebenarnya tgah ceramahkan sis* XD


So, antara study group atau individu yang mana satu pilihan korang? Dan kenapa korang rasa ianya lebih baik? hehe. Okay setakat ini sahaja. Jumpa lagi dikemudian hari.Babai!

Comments

  1. Bagus ada group study ni... banyak idea... jangan yang jenis banyak borak sudahlah... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. pernah ada sorang akak tu call, "eh korang dah study sampai mana?" then saya jawab "entahlah kak ktorang banyak borak je. haha" Then sorang member study group tu yg baru tadi borak dgn saya bengang je dengar. haha

      Delete
  2. Hana lebih suka belajar sendiri.Confirm meresap ke otak.Lain orang lain cara study.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Setuju Hana. Dua tiga orang member pun camtu gak. Ajak study group takmau sebab katanya mereka lebih ingat dan fokus bila study sensorang. :) Memang setiap org ada cara yg berbeza :)

      Delete
  3. Kak ana masa study dulu selalu juga study in group. Senang nak tanya kalau tak tahu apa2 subjek kan. Rindu pula zaman study dulu.

    ReplyDelete
  4. Haha kenangan betul bila ingat zaman belajar dulu tambah lagi bila study group. Acah je "study group" padahal bergossip sampai tengah malam. Study nya 5min je hehe

    ReplyDelete
  5. seronok jg study ramai-ramai, saling share ilmu...
    huhu..study kt starbuck...

    ReplyDelete
  6. bgus study group ni tp cuma sy ni xbpe nk suka study group lg suka individu maybe sbb subjek bnyk tidak perlu untuk study group ni.. lebih more kepada fokus subjek.. biasala tu kalau study group tu 10 minit je study lg 20 minit tu borak.. :D :D :D gudluck nad.. get first class okay.. bila convo tu??

    ReplyDelete
  7. Ada masa kena stadi sorang

    ada masa kena stadi sama sama

    ReplyDelete
  8. yup ada pro n conts.. macam sis dulu buat study gruop then balik bilik study sensorang. hehehe.. Dalam study group kdg2 explanation kawan kawan yg simple n padat buat lg senang faham & kita boleh ingat point penting nya =)

    ReplyDelete
  9. Siqah boleh kedua-duanya. Study group bagus juga untuk berkongsi ilmu. Kadang2 kefahaman kita dan kawan lain2. Study sendiri itu pasti untuk fokus dan lebih memahami setiap topik yang ada.

    ReplyDelete
  10. Utamakan pelajaran dulu nadhie. Apapun terpulanglah kpd individu Cara mana yg dia selesa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda