Lirik Lagu Insan Bernama Kekasih - Unic

Assalamualaikum & Hi Semua!

Lirik Lagu Insan Bernama Kekasih - Unic


Bait-bait kata yang lembut dan indah.... cinta yang berlandaskan islam, membuatkan saya terpaku ketika pertama kali mendengarnya. Sungguh siapa yang tidak mendambakan cinta seperti itu? Indahnya bila cinta dan mencintai kerana Allah dan indahnya bila ianya mengikut syariat islam. :) Dari form 3 saya layan lagu ini sehinggalah sekarang masih menyukainya. 

Pun begitu, beberapa tahun kebelakangan ini, industri nasyid tanah air semakin tenggelam, sedangkan bakat-bakat yang ada pada mereka sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Lagu-lagu berunsur islamik semakin dilupakan membuatkan kita semakin layu.

Pun begitu, syukur rasanya apabila adanya program seperti Gema Gegar Vaganza yang merupakan platform yang boleh mengangkat semula industri nasyid tanah air. :) Ya, kerana temanya yang menginginkan lagu berunsur positif dan motivasi. Cayalah. So, jom hayati lirik lagu insan bernama kekasih nyanyian kumpulan Unic suatu ketika dulu.





Lirik Lagu Insan Bernama Kekasih - Unic


Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Ku sampakan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa
Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih


Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Lirik Lagu Insan Bernama Kekasih - Unic Lirik Lagu Insan Bernama Kekasih - Unic Reviewed by nadhie wueen on December 17, 2017 Rating: 5

13 comments:

  1. lama tak dengar lagu ni...lagu unic ada satu lagu irda suka,tapi lupa tajuk dia apa..huhu..zaman tu dah berlalu kot..zaman berangan sampai tumbuh jerawat..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. lama dah rupanya lagu ni kan. kejap je masa berlalu

      Delete
  2. Fav nasyid group ni selain inteam. Masa belajar dulu gigih turun pekan nak beli kaset dorang. Sambil study dkt library sambil dgr melalui walkman. Hehe. Nostalgia sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkeh. sama kita kak Ana. Tiap kali penat-penat balik sekolah , terus buka cd depa, then berangan depan tv. hehe. memang nostalgia ;D

      Delete
  3. Masih ada lagi yang melayan lagu unic ya

    Hehe

    ReplyDelete
  4. Nice song with the nice lyrics! Thanks for sharing!! ^^

    ReplyDelete
  5. Kumpulan unic memang dah lama bertapak

    ahli nya pun sampai sekarang silih tukar berganti

    tapi semuanya boleh bawa diri

    ReplyDelete
  6. jarang dgr nasyid tp kalau layan sesekali mmg best... harap2 UNIC berjaya dgn misi mereka di syria

    ReplyDelete
  7. kadang2 layan lagu nasyid ni tenang je jiwa.. btw lagu ni best =)

    ReplyDelete
  8. Siqah tak pernah dengar lagu ni. Tak pernah keluar radio atau Siqah yang tak tahu.

    Siqah suka satu lagu UNIC. Lagu cinta lah kira, hehe, tapi tak ingat tajuknya. Lama sangat dah kan.

    Inteam pun suka juga.

    ReplyDelete
  9. Suka semua lagu UNIC!
    mengimbau kenangan zaman remaja sangat 😍

    Tak luput ditelan zaman lagu2 UNIC

    ReplyDelete
  10. rindu pulak nak dengar lagu unic ni.. ada satu lagu akak minat tak ingat dah tajuk lagu XD

    ReplyDelete

Powered by Blogger.