Monday, 25 December 2017

Review Movie Pitch Perfect 3 Di Pawagam 28 December 2017 Ini

Assalamualaikum & Hi Semua!

Review Movie Pitch Perfect 3 Di Pawagam 28 December 2017 Ini


Baru-baru ini saya telah mendapat jemputan untuk menghadiri tayangan perdana filem Pitch Perfect 3 anjuran SushiVid dan United International Pictures Malaysia yang bertempat di TGV 1 Utama, Bandar Utama. Sekejapan dapat lah escape dari 'zombie life' dan lari dengan kesibukan kerja dan study. 

Seawal jam 7.50pm saya telah hadir di TGV 1 Utama dan sempat menyaksikan suasana yang pada awalnya lengang menjadi begitu meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu yang hadir dari bermacam tempat. Okay, sejujurnya saya tak pernah layan sequel yang pertama, tetapi bila dapat jemputan begini, memang rasa patut saya keluar dari genre yang sudah menjadi kebiasaan seperti seram, action dan fantasi. So apa cer kan Pitch Perfect 3 ni? Best ke tak? Kena citarasa ke tak kan bila ia bukan genre kebiasaan kita?



Review Movie Pitch Perfect 3

Review Movie Pitch Perfect 3
Genre:  Comedy
Cast:  Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee
Steinfeld,
Brittany Snow, Anna Camp, John Lithgow, DJ Khaled,
Hana Mae Lee, Ruby Rose, Alexis Knapp, Chrissie Fit,
Ester Dean, Shelley Regner, Kelley Jakle with John
Michael Higgins and
Elizabeth Banks
Directed by:  Trish Sie
Screenplay by:  Kay Cannon and Mike White
Story by:  Kay Cannon
Based on the Book by: Mickey Rapkin
Produced by:  Paul Brooks, Max Handelman, Elizabeth Banks
Executive Producers:  Jason Moore, Scott Niemeyer, David Nicksay



Secara ringkasnya Pitch Perfect 3 merupakan kesinambungan dari Pitch Perfect sequel filem yang pernah mengutip keuntungan sebanyak lebih 400 Million box office. Ia mengisahkan liku-liku sekumpulan remaja perempuan yang menamakan group mereka Bella. Bella akhirnya telah bergraduasi dan membawa jalan hidup masing-masing. Dan mereka jua menghadapi situasi di mana susah untuk mendapatkan pekerjaan yang mengikuti bakat mereka . Namun, mereka masih selalu keep in touch sehinggalah sebauh reunion membuatkan mereka bercadang untuk mengikuti sebuah tour bersama di mana dari situ bermulalah sebuah perjalanan yang penuh suka duka.


Sekumpulan Bella yang punyai kelebihan masing-masing

Jalan cerita bermula apabila penonton tiba-tiba di bawa menyelusuri ke pedalaman laut sehinggalah melintasi ke dalam sebuah kapal persendirian di mana sekumpulan gadis sedang membuat persembahan dan menyanyi di atas kapal. Efek dan kesan khas yang dikenakan membuatkan saya seolah-olah berada di situ. Menarik! Tambahan lagi banyak part-part menarik dan adegan kelakar , terutamanya dengan perangai selamba dan happy go lucky si Amy ni. Memang tak kering gusi dibuatnya. 

Geram je tengok perangai si Amy ni , gila-gila dan lawak-lawak je dia.
Karakter dia buatkan aku rasa dia ni seorang yang comel dan special :)


Namun, bila awal-awal start menunjukkan beberapa orang gadis sedang rancak menyanyi di atas sebuah boat mewah, sangka saya disebabkan ini merupakan sequel ketiga Pitch Perfect 3, mungkin kumpulan tersebut telah menjadi terkenal dan praktis menyanyi pun dalam kapal mewah kan. Dan mungkin juga mereka sedang bercuti di situ? Owh tidak rupanya. Ada kisah disebalik itu sebenarnya. Nak tahu apa yang berlaku? Dan kenapa mereka boleh tiba-tiba berada di situ? Kenalah saksikan sendiri Pitch Perfect 3 di pawagam berhampiran korang pada 28 December 2017 ini!

Tak rugi dan memang terbaiklah jalan ceritanya. Pendek kata takda part yang boring. Ada sahaja adegan-adegan yang mencuit hati dan membuatkan kita tak kering gusi bila tengok. Okay happy Watching!


Di Pawagam 28 December 2017 Ini

PITCH PERFECT 3 IN  CINEMA 28 DECEMBER 2017





13 comments:

  1. Anna kendrick punya pasal,maka ke panggung wayanglah kite... hohoho

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat jemputan tengok wayang, hee
    husniey kena aktif bersushi vid jugak la ni nampaknyaa

    Macam best je movie ni.. Nanti nak try tonton di wayang jugaklaa

    ReplyDelete
  3. Alaaa bestnya nak tengok jugaaa T_T
    #teamfatamy hahaha

    ReplyDelete
  4. Wah sempat lagi tu g event dlm sibuk2 study tu. Hehe. Menarik cerita ni. Kak ana pun x tgk siri2 sebelum ni. Bila baca review dkt sini rasa nk tgk pula movie ni.

    ReplyDelete
  5. bestnya nad.. tak tertengok la akak haa. review cerita pun menarik

    ReplyDelete
  6. MENARIK REVIEW YG DITULIS YG BACANYA MSTI MENGGELITIK NK GI TONTON

    ReplyDelete
  7. nmpk menarik...tapi first filem x tengok..

    ReplyDelete
  8. sy belum tgk lg cuma aritu tertgk skjap kat melodi sbb ada interview para pelakonnya... nmpk menarik tp lg menarik kalu ikuti sequelnya

    ReplyDelete
  9. Macam best je cerita ni.... pelakon pun hebat-hebat... tapi tak tengok sekuel lama lagi...

    ReplyDelete
  10. best tu citer nie... cuma yg PP 3 ni je blum ada kesempatan nk pegi tengok tu.. hehe..

    ReplyDelete
  11. Malam ni malam ni Siqah nak tengok. Lambat gila tengok. Hehe

    ReplyDelete
  12. anyone who interest to watch pitch perfect 3 for free : http://downloadmovie4freeonline.blogspot.my/2018/01/pitch-perfect-3-2017-movie-download.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@Way2themes

Follow Me