17 Jenis Keyboard Shortcuts Yang Patut Anda Tahu - Nadhie Wueen

Wednesday, 24 January 2018

17 Jenis Keyboard Shortcuts Yang Patut Anda Tahu

Assalamualaikum & Hi Semua!

17 Jenis Keyboard Shortcuts Yang Patut Anda Tahu (credit image : Courtesy of Google)

Keyboard shortcuts. Tujuannya adalah untuk memudahkan urusan, mempercepatkan proses menaip dan sebagainya. Tetapi betulkah mudah?  Semestinya ramai yang dah tahu fungsi paling basic sekali seperti Ctrl+C, Ctrl+V dan Ctrl+X kan? Pun begitu diingatkan bahawa jangan tersalah guna, tersalah tekan, takut tak boleh nak Undo balik pulak. Apapun, di sini saya akan kongsikan 17 Jenis Keyboard Shortcuts yang sepatutnya anda tahu bagi memudahkan urusan seharian anda, terutamanya ketika menaip thesis, assignment, coding , dan sebagainya.




17 Jenis Keyboard Shortcuts Yang Patut Anda Tahu





1. Ctrl+A, Ctrl+C, Ctrl+Insert dan Ctrl+X atau Shift+Delete


Okay yang ni basic. Sama seperti yang saya sebutkan di atas. Ctrl+C dan Ctrl+Insert adalah bertujuan untuk Copy sebarang text, manakala Ctrl+X pada keyboard laptop mahupun desktop anda adalah bertujuan untuk Cut sebarang text yang telah di highlightkan. Highlight kesemua text adalah dengan menggunakan Ctrl+A


2. Ctrl+Z, Ctrl+Y


Undo dan Redo. Berhati-hati guna yang ni. Dok undo-undo jangan sampai hilang terus kesemua text yang telah anda karang. Ctrl+Z adalah untuk undo, manakala Ctrl+Y pula adalah untuk redo apa yang telah kita undo sebentar tadi.


3. Ctrl+V, Shift+Insert


Ctrl+V dan Shift Insert bertujuan untuk paste sebarang text yang telah kita cut/copy. Click sahaja button Ctrl sambil hold, dan kemudiannya button V untuk terus paste. Yang ni pasti ramai yang dah tahu. Cara lain boleh guna keyboard button Shift dan Insert untuk paste.


4. Ctrl+F


Bila anda membuat thesis, assignment dan sebagainya, untuk memudahkan pencarian dan pembetulan ayat. Contoh nak cari satu ayat yang sama, tekan je Ctrl+F dan kemudian tetingkap search akan keluar. Dari situ tulis sahaja apa jua perkataan yang ingin anda cari.


5. Ctrl+Fn/Alt+prtSc


Rasa rumit nak bukak 'Snipping Tools' mahupun sebarang aplikasi untuk screenshot paparan di skrin laptop anda? Jangan runsing. Ada je cara mudah kan dengan menggunakan keyboard shortcuts. Tekan sahaja button Ctrl, Alt dan PrtSc serentak, automatik ia akan screenshot sebarang paparan yang anda mahukan. Then boleh paste (Ctrl+V) dekat document anda.


6. Ctrl+S


Save. Cara cepat nak save data anda. Tak perlu susah payah dah sekarang. Guna kekunci di keyboard je kan. Yang ni memang wajib, semua orang harus tahu.


7.Alt+Tab, Ctrl+Alt+Tab


Cara paling cepat untuk switch ke apa-apa sahaja program yang sedang dibuka anda. Contohnya dari program A, nak ke B. Tak perlu nak minimise kan. Gunakan sahaja shortcuts key ini, maka akan secara automatik ia akan switch ke program yang lain.


8.Ctrl+Backspace


Cara mudah untuk delete keseluruhan text korang. Dengan hanya satu click sahaja. Berhati-hati gunakan yang ni okees.


9.  Ctrl+P


Semudah ABC untuk print document korang. Just click je Ctrl+P . Automatik bahagian printer properties akan terbuka.


10. Ctrl+Home dan Ctrl+End


Cara mudah untuk ke content bahagian atas sekali dan bahagian bawah sekali. Terutamanya bagi yang menulis thesis, assignment, novel panjang-panjang. Malas nak scroll ke muka pertama, Click je Ctrl+Home okay untuk ke atas, dan Ctrl+End untuk ke pengakhiran.


11. Ctrl+N


Semudah ABC untuk create document/program yang baru. Contohnya anda tengah menaip menggunakan ms word. Rasa nak create baru, clicked je Ctrl+N okay. Automatik document yang baru akan tercipta.


12. Ctrl+O


Katakan anda sedang menaip di word, tiba-tiba nak bukak doc word yang lain. Click je Ctrl+O. Akan keluar paparan menu membolehkan anda membuka nya dengan mudah.


13. Ctrl+B, Ctrl+I, Ctrl+U


Bold. Ini adalah cara mudah untuk menukar text yang telah anda higlight kepada Bold. Manakala Ctrl+I adalah untuk menukar text kepada Ittalic dan Ctrl+U adalah untuk menukar text kepada underlined. Tak caya cubalah try!


14. Ctrl+K


Yang ni pula adalah cara mudah untuk insert apa-apa link pada text yang anda telah highlighkan tadi. Semudah ABC je kan.


15. Ctrl+Esc


Cara mudah untuk membuka start menu. Nak tutup balik click Esc je. Senang kan.


16. Ctrl+Shift+Esc dan Ctrl+Alt+Del


Cara mudah untuk buka task manager anda. Agak-agak ada program yang hang, ha, bukak je yang ni dan close kan program tersebut.


17. Alt+F4


Yang ni pula adalah cara mudah untuk menutup aplikasi yang sedang anda gunakan. So hati-hati apabila menggunakan yang ni okayy.



Sis tak bertanggungjawab if ada yang ikut tutorial ni, tetapi berlaku kesilapan. Kesilapan tanggung sendiri. Okay bubye & Have a nice day ahead!



12 comments:

  1. hahaha sy tau No 3, 4, 6, 9 saja .. thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. terima kasih memang bermanfaat (^_^).

    ReplyDelete
  3. banyaknya shortcut yang tak tahu sebelum ni.. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  4. Kalau power shortcut baru boleh jadi hackers. Hackers dalam filem tkdapun guna mouse hehe

    ReplyDelete
  5. Dah lama pakai short cut ni. ada juga yang belum pernah pakai

    ReplyDelete
  6. Rajin benar nak menghafal semua kod ni.

    ReplyDelete
  7. terbaik
    thanks for the info

    ReplyDelete
  8. Jangan di lupakan keyboard warrior

    Haha

    ReplyDelete
  9. pening akak tengok semua ni haaa.. otak x mampu nak ingat hii

    ReplyDelete
  10. Siqah tahu yang no 7 pun sebab diajar masa kerja. Kalau tak, tahu yang copy paste jela. Hehe

    ReplyDelete
  11. Wahhh banyak nya. Thanks for sharing dik.

    ReplyDelete