Sebelum ini saya pernah terbaca sebuah perkongsian yang bertajuk "Dosa Suami Kesan kepada Isteri," Dosa apakah? Adakah tentang pengabaian tanggungjawab? Masalah rumah tangga dan sebagainya? Umum mengetahui bahawa kisah ini memang selalu 'famous'. Pun begitu, pada ketika itu, saya sedikit kabur apabila membaca tajuknya. Tentang apakah? Perasaan ingin tahu mengatasi segalanya, lantas saya memulakan pembacaan. Buat kaum lelaki yang punyai anak isteri yang anda sayang dan ingin lindungi, bacalah kisah ini dan ambil lah iktibar darinya. Moga terhindar dari situasi yang sama. Dan sama-sama kita berdoa moga Allah jauhkan kita dan seisi keluarga kita daripada terlibat dengan sikap-sikap negatif yang seperti ini. Amin.
Dosa Suami, Kesan Kepada Anak & Isterinya
Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala.
Isterinya juga seorang yang bertaqwa.
Suatu hari, apabila dia pulang ke rumah dia melihat air muka isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan.
Dia sangat terkejut dengan keadaan tersebut. Lalu, si suami bertanya kepada isterinya perkara yang telah berlaku, tetapi isterinya enggan menceritakannya.
Apabila dia berterusan meminta isterinya menceritakan apa yang berlaku, isterinya bertanya : “ Adakah kamu mengenali pengisi air itu? ”
– Pengisi air yang dimaksudkan adalah seorang lelaki yang mengisikan air ke dalam tempayan untuk diminum oleh tuan rumah.
Suaminya menjawab : “ Ya ”
Isterinya meneruskan kata-katanya : “ Berapa lamakah dia telah berkhidmat dengan kita? ”
Suaminya menjawab “ Lebih dari 30 tahun ” Isterinya bertanya lagi : “ Adakah kamu mengetahui kejahatan atau keburukan pada dirinya? ”
Jawab suaminya : “ Tidak ”
Isterinya pun berkata : “ Hari ini dia telah melakukan satu perbuatan yang buruk ”
Lelaki itu bertanya : “ Apakah yang telah dia lakukan? ”
Isterinya pun menjawab : “ Ketika dia datang untuk mengisi air ke dalam tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaannya, aku pun membuka tempayan tersebut.
Apabila aku menutup kembali tudung tempayan tersebut, tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggengam pergelangan tanganku kuat sedikit ”
Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia menangis sepuas hatinya.
Kemudian, suaminya bangun solat taubat sebanyak dua rakaat meminta pengampunan dengan Tuhannya.
Si isteri bertanya : “ Mengapa dengan kamu? Mengapa kamu tidak pergi kepadanya dan menghukumnya? ” Si suami menjawab : “ Tidak, apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”
Perhatikan maksud kata-kata ini ; “ Apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”
Isteri bertanya : “ Bagaimana begitu ”
Jawab lelaki tersebut: “ Telah datang kepadaku seorang wanita hari ini, dia meminta aku membaiki gelang tangannya yang diperbuat daripada emas.
Ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk ditunjukkan kepadaku untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan pandanganku.
Aku melihat tangannya melebihi had yang sepatutnya.
Nafsu menguasai diriku dan aku meletakkan tanganku pada gelangnya dan menggengam sedikit tangannya seperti lelaki tersebut menggengam tanganmu ”
Ketika mereka tidur, datanglah seorang dalam mimpi si suami lalu dia berkata: “ Gengaman dibalas gengaman. Sekiranya kamu melakukan lebih daripada itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan melakukan lebih dari itu kepada isterimu ”
MORAL OF THE STORY…
SUMBER : kataustaz.com
Lama tak singgah sini....
ReplyDeletelelaki patut ambil serius hal macam ni. apa yg diorg buat akan kena balik kat isteri atau anak2 diorg ;(
Lama tak singgah sini..
ReplyDeletemm diorg kena ambil serius ttg hal2 begini sebab apa yg diorg buat, bakal kena balik kat isteri atau anak2 diorg :(
Nice sharing! ^^ teruskan bagi entri yang bermanfaat :D
ReplyDeletePerkongsian yg baik nadhie. Semoga kita sentiasa berusaha perbaiki diri kita. Yg penting jaga pandangan mata.
ReplyDeletebetul tu nad. lelaki ramai yang terlepas pandang. tapi tak diri kita sendiri pun kena perbaiki jugak ke arah yang lebih baik
ReplyDelete