Thursday, 18 January 2018

Makan Steamboat Lebih 160 Menu di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum & Hi Semua!

Makan Steamboat Yang Pelbagai Di Pak John Stamboat IOI City Mall Putrajaya


Pada penghujung bulan 12 yang lalu, saya sempat menghadiri majlis perasmian dan pembukaan cawangan kedua Pak John Steamboat & BBQ yang kini dibuka di IOI City Mall, Putrajaya. Buat penggemar Steamboat dan hidangan jenis Buffet, korang pasti akan terliur apabila melihat kepelbagaian dan aneka jenis hidangan buffet yang ditawarkan di Pak John Steamboat. Yang duduk area berdekatan pasti suka kan, sebab lebih dekat dah dan senang nak pergi.


Majlis sangat meriah dengan kehadiran para blogger, pihak media dan artis jemputan yang hadir, antaranya Kak Maria Tengku Sabri selaku pengacara majlis dan memeriahkan lagi majlis, Datuk Rosyam Nor merasmikan majlis, Dazrin, dan ramai lagi.


Serba sedikit tentang Pak John Steamboat ni, ianya diasaskan oleh Encik David Chong yang selaku Pengarah  Urusan Pak John Steamboat. Minat beliau terhadap perniagaan dan masakan akhirnya melahirkan restaurant ini tau. Beliau suka steamboat ni sebab bak kata dia sesuai untuk dijadikan tempat berkumpul keluarga, kawan-kawan dan sanak-saudara tau :)


Pada hari perasmian Pak John Steamboat



Apa Yang Best Dekat Pak John Steamboat & BBQ?


 Lebih 160 Jenis Menu Panggang dan Rebus

Antara menu rebus dan panggang yang disediakan, banyak lagi. Ada yang slice-slice kena order dekat kaunter.

160 Jenis Menu panggang dan rebus dengan hanya berharga RM42.90! Memang wow! Telan liur dibuatnya. Kiranya siapa yang tengah diet, dan nak cheatday boleh datang sini terus untuk balas dendam makan. Memang puas nak makan banyak-banyak. Hehe. Selain daripada lazat, ia berkhasiat okayy.

Antara sayur-sayuran cendawan dan sebagainya

Yang bestnya, selain daripada menawarkan lebih 160 jenis menu untuk rebus dan panggang, terdapat beberapa jenis menu lain seperti nasi goreng belacan, mee goreng mamak, nasi goreng cina, nugget goreng, bebola goreng cheese, dan sebagainya.


nugget, berbola, cheezy-cheezy inside semuanya. bila kunyah meleleh cheese. hihi
Ramen dan Udon

Nyumms

Telur goreng sambal pun ada. 

Masakan melayu
Pelbagai jenis Meee

20 Jenis Sambal Dan Sos Yang Pasti Mengecurkan Liur


Phew~ Dah ada steamboat mesti lah nak cecah sana, cecah sini kan. Memang tak lengkap ah kalau takda sambal, dressing, sos dan sebagainya ni. Dan buat pengetahuan korang, kat sini disediakan hampir 20 jenis sos dan sambal. Yang kuat pedas memang puas lah kan dapat cuba semua. Then boleh dipadan-padankan mengikut selera dan citarasa masing-masing.

Nampak tak tu dekat bekas petak-petak 4 segi tu semua sambal/sos yang kami amik.

Pelbagai Jenis Menu Pencuci Mulut Malay Style


Dah makan tak sah lah kan kalau takda pencuci mulut. Untuk pengetahuan korang, pelbagai jenis pencuci mulut yang disediakan di sini tau. Antaranya buah-buahan segar,  sagu gula melaka, dadih, tembikai susu cair,  cendol, aiskrim pelbagai perisa, waffle boleh order dekat kaunter (harga sekali bayar je tadi), ais kacang, ABC dan aneka jenis minuman yang sedap macam lemon juice, ice lemon tea, soft drinks, orange juice dan sebagainya.


Yang ni memang sedap. Sementara nak tunggu makanan siap masak. makan ni dulu

Waffle kena order kat kaunter n tunggu giliran

Siapa cepat dia dapat. Yang ni kena beratur


Hidangan Yang Segar Dan Berkualiti Tinggi


Menurut Encik David Chong, mereka memang sangat mementingkan kualiti dan kesegaran dan kualiti hidangan yang disediakan. Pelabagai jenis hidangan dan pilihan makanan segar dan berkualiti tinggi seperi DimSum, kepingan daging lembu, itik dan abalone.Memang sesuai lah dengan TAGLINE mereka iaitu "WE ONLY SERVE QUALITY & FRESH" Dah rasa haritu. Memang sedap-sedap.


Hanya yang berkualiti sahaja


Restoren Yang Luas Dan Selesa


Ni part yang paling saya suka. Luas, bersih dan selesa. Even ada aktiviti panggang-panggang, tetapi keselesaan tetap terjamin. Itu yang penting. Me amor memang cerewet sikit kalau carik tempat makan. So far sini memang menepati isi hati ai keh.

Luas dan selesa

Pendek kata, pada yang berniat nak berkumpul sekeluarga, dengan kawan-kawan jejak kasih atau buat reunion , sini memang tempat yang sesuai dan selesa. Sambil berbual dari hati ke hati, sambil tu buat lemak, memang sesuai. Lepastu sila hashtag #kauhado haha. Gurau je k. 


With Kak Maria. Sangat peramah orangnya. Sempat lagi dia tanya.
"Time awak sempat tak tengok akak mengacara kat TV?"
"Sempat kak" Saya dah lahir dah time tu.kihkih

Sekitar hari perasmian Pak John Steamboat & BBQ
 Okay babai!



11 comments:

  1. Byk pilihan tu..sedapnya tgk... Eh jumpa maria tunku sabri lg

    ReplyDelete
  2. lepas ni naik badan sis. Makan sana sini. Hehe. Makan sampai kenyang sementara muda lagi kan sis

    ReplyDelete
  3. Bestnya~ akak suka juga steamboat gini. Selalu makan di Johny's and Seoul Garden. Tapi jarang lah di Seoul Garden sebab agak mahal juga harganya. Heheh..

    ReplyDelete
  4. Sampai 160 pilihan menu kan, tapi jumlah sos pun di kira sama kan. hehe. Sos pun sampai berpuluh jenis

    ReplyDelete
  5. waa banyak betul pilihan makanan dia tu.. hehe.. time sy pun sempat lagi tgk kak maria ni mengacara dkt tv..

    ReplyDelete
  6. Rasa teruja mendengar pelbagai hidangan dan menu yang banyak tu,mesti jadi ular sawa lepas makan...

    ReplyDelete
  7. Mak aih beratus menu rm42.90 je? Mahu berjam jam kat dlm tu..sis JM sukaaa...hujung mggu nk try x kira..murah tu

    ReplyDelete
  8. As the data in regards to this office spreads through different channels including web and different techniques eatery proprietors have understood the need to get creative. steak and shake pittsburgh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@Way2themes

Follow Me