Skip to main content

Review KDrama: Black



 

'Apabila Grim Reaper (Malaikat Maut) bertentang mata 
dengan seorang manusia yang sedang dilamun cinta, maka sesuatu yang buruk akan berlaku,"



Synopsis Black Korean Drama 


Bagi yang dah mengikuti korean drama Black ini pasti faham akan maksud ayat di atas, dan mengapa tajuk cerita ini adalah "BLACK". Kisah bermula apabila Kang Ha Ram (lakonan Go Ara) yang dilahirkan berkebolehan istimewa, iaitu melihat malaikat maut dan juga berkebolehan melihat bagaimana seseorang itu akan mati akhirnya cuba untuk mengubah takdir dan memastikan yang peristiwa yang dilihatnya itu tidak akan menjadi realiti. Lebih-lebih lagi peristiwa itu turut melibatkan satu kes yang pernah berlaku 20 tahun yang lalu. Namun, mampukah dia mengubah takdir yang telah ditetapkan?

Kehadiran seorang malaikat maut yang menyamar sebagai manusia membuatkan banyak persoalan terbongkar. Dari situ mereka berkenalan dan bertentangan mata. Malaikat maut yang dikenali sebagai 444 itu, bertentangan mata dengan Kang Ha Ram yang sedang dilamun cinta. Seterusnya apakah yang akan berlaku? Benarkah ada akibat yang bakal ditanggung apabila melihat mata seseorang yang sedang dilamun cinta. 




Review Black Korean Drama 


Walaupun ceritanya berunsur-unsur mengarut, namun jalan cerita best. Penuh misteri, persoalan dan tanda-tanya. Kekadang rasa seram pun ada. Just yang kadang-kadang tak berkenan tu dengan sikap Kang Ha Ram yang sangat terburu-buru dan meletakkan diri dia di tempat bahaya. Nak jer kang tercakap 'Cam ha**m je Kang Ha Ram ni." hahaha. * okay gurau je. Biasalah tu kalau tak, camne hero nak datang menyelamatkan dan nak tunjuk hero kan? hehe. 

Ending cerita agak tidak kena di hati aku. Kenapa rupa si 444 tu masih rupa Han Mong Gang padahal dia dah kembali pada diri asal dia? Aku takleh hadam part ni. Mungkin ada misteri disebalik itu? Yang tu korang kenalah tengok sendiri. Sis bagi 3.5 star! Okay done review. Bubye!





Comments

  1. Alaa...drama eh? malas sket nak layan sebab kang keje lain tak jalan. HAhah! kalauy movie sejam dua jam dah settle. Anyway, baca synopsis tuh macam best juga. Kalau akak tengok ni mesti asyik nak tau, what's next and next...tu yang tak leh buat keje lain tuh nanti. Heheh..

    ReplyDelete
  2. REVIEW MNRIK SGT...SEKALI TONTON DITUNGGU SAMBUNGNYA

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth dan Salam Jumaat kepada Nadhie wueen

    Semoga murah rezeku insyaallah

    ReplyDelete
  4. cerita mengarut Korea ni kengkadang so cute lah pulak. tu yg jadi addicted tu.

    ReplyDelete
  5. jalan cerita macam best ni nad.. lama tak tengok cerita korea XD

    ReplyDelete
  6. Hahaha. Saya suka bila you said "tak boleh hadam part tu."

    Kalau pengarah tu dengar, dia marah. Hihihihi. Thnks.

    ReplyDelete
  7. on the waaay drama ni hehe.. selalu tengok lambat sikit dari orang lain =D

    ReplyDelete
  8. tengok episod last je..hero kena denda..

    ReplyDelete
  9. Mungkin grim reaper jadi Han Moo Gang juga sebab hati Joon ada pada Han Moo Gang dan reaper tu tak boleh kluar dari badan Han Moo Gang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda