Cara-cara Memeriksa EMEI Nombor dan Status Original Telefon Bimbit Anda

Assalamualaikum & Hi Semua,

Cara-cara Untuk Memeriksa EMEI Nombor
credit image : https://support.apple.com


Apa khabar? Sihat? Bercakap tentang telefon baru, apa perkara pertama yang akan anda lakukan setiap kali membeli telefon bimbit baru? Sudah pasti mahu memeriksa dan memastikan sejauh mana originalnya telefon bimbit tersebut bukan? Dan salah satu cara untuk memeriksa adalah melalui EMEI nombor (yang ni semua orang wajib tahu) atau lebih dikenali sebagai International Mobile Equipment Identity. Di mana maklumat yang terdapat padanya akan membuktikan sejauh mana kesahihan buatan telefon bimbit anda.





Cara-cara Untuk Memeriksa EMEI Nombor Dan Status Original Telefon Bimbit Anda

credit image : https://support.apple.com


1. Check IMEI Nombor Bagi Android



  • Check Melalui Code #06#* - Buka telefon bimbit anda dan dail #06#*, maka akan tertera Emei nombor telefon bimbit korang.
  • Check di bahagian setting>>About Phone>>Status
  • Check Secara Manual di kotak kerana kadang-kala dikotak juga terdapat info mengenai IMEI No pada telefon bimbit anda.
  • Check Secara Manual di bawah Battery- dimana di bawah battery biasanya terdapat info mahupun nombor siri berkenaan telefon bimbit anda.




2. Cara Check IMEI No Bagi iPhone


  • Check Melalui Code #06#*
  • Settings - Mula-mula settings>>General>>About>>IMEI
  • Sim card tray - Mula-mula bukak simcard tray tersebut dan perhatikan, ada maklumat mengenai EMEI nombor di situ. Dan ambik nombor tu untuk diperiksa.

contoh kadsim tray pada iPhone
credit image : https://support.apple.com




3. Manakala boleh check EMEI nombor di Website Ini Pula Bagi Huawei Sahaja.

4.  Melalui step di atas, selain bertujuan untuk mendapatkan 15 digit EMEI telefon bimbit anda ia juga boleh memastikan samada betul ke tidak EMEI nombor yang tertera, adakah ia sama meskipun telah menggunakan cara yang berbeza.

5.  Dah dapat 15 digit EMEI nombor tersebut, kemudiann Check Di Website Ini Bagi Hampir Kesemua Jenama Telefon Bimbit Anda termasuk iPhone.

6. Setelah memasukkan EMEI nombor, jika telefon bimbit anda adalah original, maka akan keluar segala details mengenai telefon anda di situ.

7. Jika sebaliknya, perhatikan nombor ke 7 dan ke 8 pada EMEI nombor tersebut. Contohnya nombor IMEI anda adalah 234571037480371. Yang di bold kan tu adalah nombor ke 7 dan ke 8 yang punyai maksud tertentu.



08 or 80: dari Germany – FAIR QUALITY
00/01 or 10: dari Finland – HIGH QUALITY
05/50: dari Brazil/Finland/USA -BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan – TOO BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH
02 or 20 : dari Emirates – POOR QUALITY
03/30/04/40 : dari China - But GOOD QUALITY not as good as 00,01,10
06/60 : dari Hong Kong/China/Mexico



Apapun ingin saya ingatkan bahawa tak semestinya maklumat di atas (berkenaan no siri emei ) adalah tepat 100% kerana terdapat perubahan dari semasa ke semasa , dan dari bermacam tempat. Perkongsian ini sekadar panduan untuk anda. Untuk maklumat lanjut, check aje website www.imei.info/. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Sekian daripada saya. Bubye!



SUMBER: www.imei.info/.
Cara-cara Memeriksa EMEI Nombor dan Status Original Telefon Bimbit Anda Cara-cara Memeriksa EMEI Nombor dan Status Original Telefon Bimbit Anda Reviewed by nadhie wueen on February 15, 2018 Rating: 5

3 comments:

  1. tips yang terbaik...dah lama tak check EMEI lat masa zaman nokia

    ReplyDelete
  2. baru tahu boleh check sendiri

    https://thoughtsbytila.blogspot.com/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.