Skip to main content

Lirik Lagu Ya Rasulullah Raihan






اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad . 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. 
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Bait-bait kata yang indah, merinduinya, membuatkan hati turut merindu. Begitu syahdunya bait-bait lagu yang pernah dinyanyikan kumpulan Raihan, merupakan kumpulan nasyid popular tanah air suatu ketika dulu. Ya, suatu ketika dulu. Tenggelam sudah kah kumpulan nasyid itu seiring dengan tenggelamnya irama nasyid tanah air? Ke mana perginya kumpulan tersebut ketika ini? 

Jangan bimbang kerana meskipun kumpulan Raihan kini sepi ditanah air, namun mereka punyai ramai peminat di Luar Negara dan masih disambut baik sehingga kini. Jom imbas kembali bait-bait lagu yang indah, dendangan kumpulan Raihan suatu ketika dahulu. 


Lirik Lagu Ya Rasulullah Raihan



Lirik Lagu Ya Rasulullah Raihan
(credit image : Dr Fathul Bari)


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim
Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu

Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu


Comments

  1. Banyak banyak lah kita berselawat ke atas nabi untuk dapat syaaf dari Rasulullah SAW di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  2. Hana pun suka lagu ni! heeee :D salam jumaat!!! ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda