Skip to main content

Review Filem: Jumanji Welcome to the Jungle





Agak lambat baru sempat menyaksikan filem Jumanji, seperti yang saya kongsikan dekat sini sebelum ini, iaitu menebus dua ticket wayang menggunakan Birthday Voucher. Tak semestinya pergi time birthday kan, bila-bila free pun boleh.

Apapun bagi sesiapa yang meminati cerita bergenre action, comedy, fantasy dan sains fiksyen, pasti akan meminati Jumanji disebabkan jalan ceritanya yang memenuhi citarasa korang.




Sinopsis filem Jumanji : Welcome to the Jungle


Segalanya bermula apabila sekumpulan 4 orang pelajar bermasalah di Brantford High School akhirnya didenda untuk membersihkan sebuah bilik di sekolah mereka. Sedang melakukan aktiviti pembersihan, mereka terjumpa set permainan jumanji dan memutuskan untuk berhibur buat seketika. 

Spencer si lembik memilih watak Dr.Bravestone, Anthony memilih watak Franklyn Mouse, Martha memilih watak Ruby Roundhouse dan Bethany memilih watak Prof Shelly Oberon. Namun, siapa sangka akhirnya seorang demi seorang dari mereka yang telah memilih watak, tiba-tiba 'disedut' ke dunia game dan hilang dari dunia realiti. 

Disitu, pelbagai dugaan harus ditempuhi untuk menamatkan game tersebut. Selagi tidak ditamatkan mereka akan kekal terperangkap di dalam dunia game buat selama-lamanya. Dan mereka jua diberi tiga nyawa. Jika nyawa tersebut habis, maka game over dan mereka juga akan menghilang begitu sahaja. 

Disitu mereka juga dipertemukan dengan Alex. Lelaki dunia nyata yang tidak diketahui sudah berapa lama terperangkap di dalam game tersebut. Jadi, apakah yang akan berlaku? Berjayakah mereka untuk menyelamatkan diri dan kembali ke dunia nyata?



Review Filem Jumanji : Welcome to the Jungle


Berdasarkan sinopsis yang telah saya karang di atas, jalan cerita ni seriously menarik dan takda part bosan pun. Pendek kata sentiasa ada adegan yang mendebarkan, membuatkan kita ternanti-nanti dan tertanya-tanya dan paling penting babak-babak yang melucukan hati.  Soo, saya bagi 4.8 bintang! Yang dah tengok pulak korang bagi berapa bintang? hee

Okay setakat ini sahaja! Bubye!


Comments

  1. Salam sis nadhie, salam selasa lama ibu tak blog walking. Demam seminggu. haha

    Cerita ni memang dapat sambutan hangat, dan pecah rekod banyak cerita di wayang untuk tahun lepas

    ReplyDelete
  2. cerita ni memang lawak gilaaaaaaa hahahaha. seronok

    ReplyDelete
  3. sebab ada the rock...saya bagi 5 bintang
    memang best
    hehehe

    ReplyDelete
  4. tak tengok lagi filem Jumanji yang latest ni huu.. jalan cerita menarikkk

    ReplyDelete
  5. Tak tengok lagi, tapi haritu terbaca review dekat surat khabar kalau tak silap ramai cakap takleh challenge yang asal punya. Hehe

    ReplyDelete
  6. Suka tengok watak The Rock dalam citer ni buat zumal tersenyum ja dalam beberapa babaknya...

    ReplyDelete
  7. yang first dulu tengok..mmg best, mendebarkan, terjerit-jerit..yg ni belum tgk lg...

    ReplyDelete
  8. Mrs. A dah tengok memang menarik habis.
    Seriously takde part boring nak pergi ladiz pun tahan sayang nanti terlepas mana-mana part ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
  9. Best movie ni, penat gelak dekat cinema tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda