Senarai 11 Skim Perumahan Mampu Milik Di Malaysia Buat Pembeli Rumah Pertama - Nadhie Wueen

Wednesday, 21 February 2018

Senarai 11 Skim Perumahan Mampu Milik Di Malaysia Buat Pembeli Rumah Pertama

Assalamualaikum & Hi Semua!

Senarai 11 Skim Perumahan Mampu Milik Di Malaysia Buat Pembeli Rumah Pertama
credit image : kaki property

Anda tercari-cari rumah untuk dibeli? Ingin membeli rumah buat pertama kali? Kalau begitu, samalah kita. Semakin meningkat usia ni, barulah terfikir nak settle down banyak benda. Sebelum ni endah tak endah je bila ada seorang akak ni selalu nasihat saya. 

"Kau muda lagi , baik kau beli rumah cecepat," 
" Kau muda lagi..." 
".. Beli rumah.."  
"Cuba sis tengok banyak tau skim rumah pertama.." 


Itulah antara nasihat beliau setiap kali kami berjumpa. Tapi, kita acuh tak acuh pula. haha. Thank you Kak Z atas peringatan & sorry tak amik port sangat sebelum ni. HEHE :)

Alang-alang sedang mencari rumah mampu milik, akan saya kongsikan pada semua pembaca SENARAI 11 Skim Perumahan Mampu Milik di Malaysia ini yang patut anda tahu. Mana tahu anda pun sedang mencari rumah kan? Dan semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memudahkan urusan seharian anda. 





Senarai 11 Skim Perumahan Mampu Milik Di Malaysia Yang Patut Anda Tahu



1. PR1MA


Merupakan antara Skim Perumahan paling popular di Malaysia, perumahan PR1MA dibuat dibeberapa kawasan strategik dan mensasarkan golongan pertengahan di mana unit jualan pada setiap rumah diletakkan dalam kadar dari RM100 ribu ke RM400 ribu. Setelah memiliki rumah, pemilik diwajibkan untuk tinggal dikediaman tersebut tanpa menyewakannya dan tidak dibenarkan untuk menjual semula rumah dalam tempoh 10 tahun. 



Kriteria Kelayakan Pemohon Yang Layak

  • Anda mestilah warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga/suami isteri haruslah antara RM2500 - RM15000 sebulan.
  • Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja. Tapi bagi can lah kan untuk yang baru pertama kali nak beli rumah.

Document Wajib:

  • Penyata EPF
  • Nombor LHDN
  • Maklumat Majikan
  • Butiran Pemilikan Rumah (Jika ada)
  • Penyata Gaji Terkini


SUMBER : Perbadanan PR1MA Malaysia https://www.pr1ma.my/




2.Rumah Idaman Rakyat (RIR)

Menyediakan rumah mampu milik untuik golongan berpendapatan sederhana dimana pendapatan bulanan adalah bawah RM10,000 dan pendapatan peribadi sebulan adalah bawah RM7500.

Kriteria Kelayakan Pemohon Yang Layak


  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Keutamaan kepada pembeli rumah pertama, Orang Kurang Upaya (OKU), dan ibu tunggal


Dokumen Diperlukan :
  • Kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Sijil kahwin (kalau masih bujang, abaikan yang ini)
  • Penyata gaji atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah
  • Akuan berkanun (statutory declaration)
  • Penyata EPF
  • Salinan bil utilit

SUMBER : https://www.spnbidaman.com.my/




3. Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)


Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia adalah Istimewa untuk penjawat awam yang memohon pinjaman pembelian rumah melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

PPA1M adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.
Skim perumahan ini ditujukan khas kepada penjawat awam yang mempunyai gred jawatan di bawah JUSA C serta mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM10 ribu ringgit. Pemohon perlu membuat permohonan secara atas talian yang kemudian akan disaring sebelum proses undian dilakukan bagi menentukan permohonan berjaya atau tidak. Setiap unit PPA1M diletakkan pada harga RM150 ribu ke RM300 ribu 

Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
Presint 2, No 18, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA
Telefon : 603-88805118
Faks:603-88805119
email: support.ppa1m@jpm.gov.my
https://www.ppa1m.gov.my

SUMBER : https://www.ppa1m.gov.my




4.Rumah Selangorku

Kerajaan Negeri Selangor telah mengkhaskan skim perumahan ini kepada penduduk Negeri Selangor bagi yang berpendapatan RM3000 ke RM10,000 isi rumah sebulan. Dengan syarat mereka haruslah menetap di Negeri Selangor. Selain itu rumah Selangorku ini juga tidak dibenarkan dijual dalam tempoh 5 tahun pertama serta dilarang untuk disewakan. Range harga setiap unit rumah Selangorku adalah dari RM42,000 hingga RM250,000 sahaja.


Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau "Affordable Homes" yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Document Wajib:

  • Kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Sijil kahwin (kalau masih bujang, abaikan yang ini)
  • Penyata gaji atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah
  • Akuan berkanun (statutory declaration)
  • Penyata EPF
  •  Salinan bil utiliti

http://ehartanah.lphs.gov.my dan http://lphs.selangor.gov.my


5.Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)


Skim Perumahan ini dikhaskan buat mereka yang berpendapatan rendah iaitu antara RM750 hingga RM3000, namun mempunyai tanah sendiri.


Kriteria Kelayakan Pemohon Yang Layak



  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 60 tahun
  • Pendapatan isi rumah bermula RM750 hingga RM3,000
  • Belum memiliki rumah
  • Mempunyai keluasan tanah kosong tak kurang daripada 2,800 kaki persegi
Document Wajib:
  • Borang lengkap RMR1M
  • Akuan berkanun (statutory declaration)
  • Sijil Pejabat Tanah


SUMBER : http://www.spnbmesra.com.my/




6.RUMAWIP

Skim perumahan RUMAWIP ini dikhaskan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (bawah RM15000) di kawasan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Di mana harga rumah bermula dari RM52,000 hingga RM300,000 dan cara pemilihan adalah berdasarkan cabutan undi ketika memohon secara online. Selain itu rumah tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh disewakan.


Kriteria Kelayakan Pemohon Yang Layak

  • Kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Slip gaji terkini pemohon dan pasangan
  • Penyata EPF
  • Salinan bil utility
  • Akuan berkanun (statutory declaration)

Document Wajib:
  • Kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Slip gaji terkini pemohon dan pasangan
  • Penyata EPF
  • Salinan bil utility
  • Akuan berkanun (statutory declaration)
SUMBER : Kementerian Wilayah Persekutuan https://rumawip.kwp.gov.my/




7. Skim Rent To Own

"Rent-to-Own" (RTO) adalah program Sewa Milik kediaman selama 10 tahun bagi pemohon yang berjaya dalam pengundian untuk Kediaman PR1MA tetapi gagal mendapatkan kelulusan pinjaman daripada bank panel PR1MA. 
Di bawah skim RTO, pemohon perlu menyewa kediaman PR1MA sehingga 10 tahun. Pemohon diberi pilihan untuk membeli kediaman tersebut pada akhir tahun ke-5 atau ke-10 pada harga yang ditetapkan oleh PR1MA.

Syarat kelayakan adalah sama dengan pemohon Rumah PR1MA.

SUMBER : https://www.pr1ma.my/




8. BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)


Skim BSN MyHome ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pekerja di sektor swasta untuk mempunyai rumah. Dua kategori MyHome ditawarkan iaiatu MyHome1(Bagi yang berpendapatan RM3000 hingga RM4000 ) dan MyHome2 (Bagi yang berpendapatan RM4001 hingga RM6000. Dan tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun.


Anggaran Harga Rumah


Semenanjung
  • MyHome1: RM50,000 hingga RM90,000
  • MyHome2: RM90,001 hingga RM170,000


Sabah & Sarawak
  • MyHome1: RM60,000 hingga RM90,000
  • MyHome2: RM90,001 hingga RM220,000

Kriteria Kelayakan Pemohon Yang Layak
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas.
  • Pendapatan si rumah diantara RM3,000 hingga RM6,000.
  • Pembeli rumah pertama.

SUMBER : https://www.mybsn.com.my


9.PPR


Merupakan inisiatif pihak kerajaan bagi menyediakan rumah berkos rendah bagi golongan yang kurang berkemampuan di Malaysia.Skim ini bertujuan untuk menambah kualiti hidup kepada mereka yang berpendapatan rendah. Rumah PPR ni sesuai untuk yang benar-benar miskin. Yang berpendapatan tinggi tu tak usahlah mohon.


Kriteria Kelayakan Pemohon Yang Layak


  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun.
  • Pembeli berkeluarga (diutamakan).
  • Pembeli rumah pertama.
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500.
Dokumen Diperlukan :
  • Salinan slip gaji terkini.
  • Salinan kad pengenalan semua ahli keluarga.
  • Borang PPR

https://sprn.kpkt.gov.my/

10. Rumah Transit Belia 1Malaysia

Rumah Transit Belia 1Malaysia adalah bertujuan membantu golongan muda B40 untuk memiliki rumah, dimana 2010 unit perumahan akan dibina di tanah milik kerajaan di Mukim Batu, Kuala Lumpur. Antara keistimewaan nya adalah kadar sewaan jauh lebih rendah, dilengkapi perabot, kemudahan wifi, gym dan sebagainya 



SUMBER : http://www.kpkt.gov.my




11. Skim Rumah Pertamaku (SRP)


Skim Rumah Pertamaku ini adalah dikhaskan untuk kakitangan swasta, terutamanya bagi yang berpendapatan RM5000 sebulan. Dan nilai maksima hartanah adalah RM500 ribu.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi- institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Kriteria Kelayakan Pemohon Yang Layak


  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
  • Individu berumur tidak lebih daripada 40 tahun
  • Pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
  • Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah


Keperluan Pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan



Harta Yang Layak

  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)




Okay setakat ini sahaja perkongsian sis. Jika ada sebarang penambahan sis akan tambah. Semoga bermanfaat. Bubye!

5 comments:

  1. Beli rumah ni tanggungjawab panjang, sampai tua kerja nak bayar rumah

    ReplyDelete
  2. dah apply dah rumah mampu milik tapi takde rezeki lagi.. yang dapat alhamdulillah rumah yang tak sangka mampu milik.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Banyak skim perumahan yang ada untuk rakyat jelata

    ReplyDelete
  4. Wahh, menarik nii. Nad suka baca entry entry macamni. Masih dalam proses mengumpul lagi since baru bekerja hehe.

    ReplyDelete
  5. boleh beli bg yg mampu dan berkelayakan.kena cepat sbb harga rumah makin naik

    ReplyDelete