Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Le French Festival 2018 Bakal Berlansung di Malaysia Bermula 12 April hingga 20 Mei 2018 ini!

Pada 20 Mac 2018 yang lalu, saya berkesempatan menghadiri press conference Le French Festival 2018 yang bakal berlangsung di Malaysia bermula 12 April hingga 20 Mei 2018 ini. Buat peminat seni filem dan kebudayaan anda boleh lah marking tarikh ni awal-awal ya dalam kalender anda.  Bukan sahaja kerana acara ini merupakan acara kebudayaan Perancis yang terbesar dan paling meluas di Malaysia, malah pelbagai aktiviti-aktiviti menarik juga bakal menanti anda . Antaranya ialah  film screenings, musical concerts, theater  & live shows, foodie gatherings (me love it XD) dan banyak lagi.  Untuk pengetahuan anda, festival anjuran Alliance Française (AF) dan Kedutaan Perancis di Malaysia ini bertemakan  “Be Curious”   -  yang bermaksud untuk melampaui sempadan dan meneroka pelbagai aspek yang ditawarkan oleh budaya Perancis. Malah ia juga pernah diadakan di sekitar  Lembah Klang  dan  Pulau Pinang  sebelum ni. Tetapi tahun ni akan turut diadakan di  Johor Bahr

Kecewa Dengan Seseorang?

Kecewa Dengan Seseorang? Jika ya, bacalah. Hari ni saya ingin sekadar berkongsi tentang perasaan kecewa terhadap seseorang dan bagaimana kita boleh memandang ia dari perspektif yang berbeza. First of all, bagaimana perasaan kecewa itu berlaku? Seringkali rasa kecewa itu timbul apabila apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan. Kadang-kala kita berharap agar seseorang itu menjadi seperti apa yang kita nak, kadangkala kita harapkan yang dia akan faham perasaan kita dan kadangkala kita mengharapkan agar dia boleh terima diri kita seadanya dan bermacam-macam lagi sebab.  Satu je yang saya ingin katakan, perasaan itu timbul kerana kita terlalu mengharapkan kesempurnaan. Tetapi, hakikatnya tiada siapa yang sempurna. Tak semua orang faham perasaan kita, tak semua orang boleh baca isi hati kita dan tak semua orang boleh jadi seperti apa yang kita nak.  Yes, itu hakikatnya. Teruknya aku suatu ketika dahulu apabila care pasal seseorang, aku jua akan memikirkan dosa pahala