Skip to main content

Kecewa Dengan Seseorang?




Kecewa Dengan Seseorang? Jika ya, bacalah. Hari ni saya ingin sekadar berkongsi tentang perasaan kecewa terhadap seseorang dan bagaimana kita boleh memandang ia dari perspektif yang berbeza. First of all, bagaimana perasaan kecewa itu berlaku? Seringkali rasa kecewa itu timbul apabila apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan. Kadang-kala kita berharap agar seseorang itu menjadi seperti apa yang kita nak, kadangkala kita harapkan yang dia akan faham perasaan kita dan kadangkala kita mengharapkan agar dia boleh terima diri kita seadanya dan bermacam-macam lagi sebab. 

Satu je yang saya ingin katakan, perasaan itu timbul kerana kita terlalu mengharapkan kesempurnaan. Tetapi, hakikatnya tiada siapa yang sempurna. Tak semua orang faham perasaan kita, tak semua orang boleh baca isi hati kita dan tak semua orang boleh jadi seperti apa yang kita nak. 

Yes, itu hakikatnya. Teruknya aku suatu ketika dahulu apabila care pasal seseorang, aku jua akan memikirkan dosa pahala dia. Nak dia jadi seperti apa yang aku nak. Nak dia jadi baik sebaik-baiknya. Nak masuk syurga sama-sama dan macam-macam lagi. Then, it hurts.

Sekali lagi aku teralpa bahawa "Manusia tak sempurna"

Sekali lagi aku mengharapkan keajaiban berlaku. 

Namun aku kecewa bila keajaiban itu still tidak berlaku.


Until someone said this to me...




"You can't hope to change people, but you can influence people with positivity"



& I really thank him for that. 

Membuatkan aku tersedar buat seketika.

Daripada mengharapkan seseorang berubah, kenapa tidak kita yang membawa aura-aura positif itu? Mungkin dari kebaikan yang kita buat akan menyentuh hati dia untuk sama-sama berbuat baik dan mendekati kebaikan itu. Disebabkan itulah Nabi Muhammad SAW sentiasa membalas kejahatan dengan kebaikan. Teringat cerita mengenai seorang nenek yang akhirnya memeluk islam selepas kewafatan baginda :)


Dan sekali lagi, sebelum mengharapkan yang terbaik terlebih dahulu, jadilah yang terbaik. Bawa aura-aura positif disekeliling kita. Jadi seorang yang bahagia dan berhenti mengharap seseorang akan jadi seperti apa yang kita nak. Redha. Cukup kita mendoakan dan sentiasa membawa aura-aura positif itu. 


Rasa susah? Then fikir balik bilamana kau jua mengharap seseorang berubah seperti apa yang kau nak dan itu sukar buat mereka. Dan bilamana kau juga harus berubah, tetapi kau jua merasa sukar. Tak mengapa. Aku tahu, ia susah. Tetapi kita usaha.


Dan sentiasalah berpegang dengan kata-kata ini 

"Cakap yang baik-baik, mintak yang baik-baik, moga yang datang nanti semua yang baik-baik."

credit image = me.me

Happy holiday & Bubye!



Comments

  1. Assalamualaikum Wrmbth, Salam blog walking dari Maznee sis nadhie.

    Tapi sangka baik pada Allah setiap masa sebab sangkaan Allah bergantung pada sangkaan kita

    ReplyDelete
  2. Hana tak pernah kecewa sangat dengan someone hehe kecewa dengan diri sendiri lagi banyak huhuhu T^T
    .
    Thank you for the nice sharing!!! ^_^

    ReplyDelete
  3. salam nad, k.wani singgah sini.. betul tu .. deep sungguh sharing :)

    ReplyDelete
  4. Well said NW.
    Betullah tu jangan mengharap terlalu tinggi sebab kalau tak tercapai jatuhnya nanti sakit tak tertanggung. Biarlah bersederhana dan berpada-pada dalam segala hal.

    ReplyDelete
  5. tiap orang ada lebih dan kurangnya... anyway, sis singgah dan follow sini. salam kenal

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda