Le French Festival 2018 Bakal Berlansung di Malaysia Bermula 12 April hingga 20 Mei 2018 ini! - Nadhie Wueen

Sunday, 25 March 2018

Le French Festival 2018 Bakal Berlansung di Malaysia Bermula 12 April hingga 20 Mei 2018 ini!


Assalamualaikum & Hi Semua!

Le French Festival 2018 Bakal Berlansung di Malaysia Bermula 12 April hingga 20 Mei 2018 ini!



Pada 20 Mac 2018 yang lalu, saya berkesempatan menghadiri press conference Le French Festival 2018 yang bakal berlangsung di Malaysia bermula 12 April hingga 20 Mei 2018 ini. Buat peminat seni filem dan kebudayaan anda boleh lah marking tarikh ni awal-awal ya dalam kalender anda. 

Bukan sahaja kerana acara ini merupakan acara kebudayaan Perancis yang terbesar dan paling meluas di Malaysia, malah pelbagai aktiviti-aktiviti menarik juga bakal menanti anda . Antaranya ialah film screenings, musical concerts, theater & live shows, foodie gatherings (me love it XD) dan banyak lagi. 

Untuk pengetahuan anda, festival anjuran Alliance Française (AF) dan Kedutaan Perancis di Malaysia ini bertemakan “Be Curious”  -  yang bermaksud untuk melampaui sempadan dan meneroka pelbagai aspek yang ditawarkan oleh budaya Perancis. Malah ia juga pernah diadakan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sebelum ni. Tetapi tahun ni akan turut diadakan di Johor Bahru buat kali pertama.


Suasana sekitar Press Conference Le French Festival yang diadakan di GSC Mid Valley baru-baru ini.

LFF 2018 juga akan berlangsung selama tempoh 5 minggu dari 12 April hingga 20 Mei. Dan akan menampilkan - untuk kali pertama - program yang lebih padat dengan warisan dan pemodenan Perancis. Bak kata Mr. Jacques Bounin:

“There is an increasing advantage in having the ability to speak French, as more and more companies are having a real need to hire people who are capable in that regard. In light of this we hope to provide Malaysians with an immersive French experience to encourage the exploration of new ventures,” kata Mr. Bounin ketika sesi press conference. 


Antara orang-orang kuat LFF2018
Di sekitar press Conference Le French Festival yang diadakan di Mid Valley Megamal baru-baru ini.

LFF 2018 akan membawakan hanya trend terbaru dan segar antaranya :-

·         16 tayangan movie terbaru di Film Festival (dengan English Subtitle),
·         Kehadiran ramai artis dari Perancis termasuk yang memenangi anugerah
·         Live theatre dan pameran fotografi
·          Dan terdapat banyak acara Art de Vivre  yang terdiri daripada food & drink tastings, cooking classes (sis teruja :'D), and more.



Antara yang menarik yang ditawarkan oleh LFF2018 termasuk:-

  • Amok’ – French theatre adaptasi daripada Stefan Zweig’s novel (set in Malaysia, berkisahkan abad  ke20th
  • Rock-power trio Lysistrata – Merupakan band yang telah memenangi beberapa anugerah dan merupakan band yang regular di France’s biggest festivals
  • With 2 grand pianos and 4 hands, Duo Jatekok  menjanjikan classical and jazz piano duos dari generasi mereka.
  • Bagpipes dan gendang - Bagad de Lann Bihoué adalah aksi muzik angkatan laut Perancis dari wilayah Brittany Perancis yang terdiri daripada 30 pemuzik.



Ada Pastry workshop . Siapa yang tak suka kan?
Apatah lagi French memang terkenal dengan Pastry mereka yang sedap.
Bonjour!

Sebelum tayangan filem Back to Burgundy ,di GSC Mid Valley baru-baru ini. 
Percaya atau tidak, ni pertama kali sis datang Mid Valley. hehe


Untuk pengetahuan korang, bak kata Miss Fanny Surzur yang merupakan penyelaras kebudayaan Alliance Française Kuala Lumpur, dan berkata buat kali pertama, LFF2018 mempunyai hari yang yang dikhaskan untuk kanak-kanak.

“This year we will be bringing in fresh new faces and youthful programmes to cater to the younger crowd,” kata Ms Fanny.
 
“The festival has always acted as a prestigious and privileged platform for expression of the French arts and aims to boost momentum for cultural exchanges. The French culture is certainly one that transcends all ages and backgrounds, and we’re excited to bring to Malaysian shores new cultural experiences to whet their senses.” 


Pada Press Conference tersebut juga, Siti Saleha turut hadir sebagai artis jemputan dan berkongsi minatnya terhadap kebudayaan Perancis dan perfileman Perancis yang semakin meluas. Usai sesi Press Conference, kami sama-sama sempat menyaksikan tayangan filem dari Perancis iaitu "Back to Burgundy" atau dikenali juga sebagai Ce Qui Nous Lie.




Pada yang teringin nak merasa menonton filem-filem popular dari Perancis, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke sini. So lets save the date dan jom datang beramai-ramai ke Le French Festival 2018! 


Last but not least, with Siti Saleha. Flawless & cantik sungguh dia.
credit image : ig @sallywho


Tarikh-tarikh Festival Mengikut Negeri:-

Kuala Lumpur - 12 Apr-29 Apr
Georgetown - 03-13 May
Johor Bahru - 10-13 May
Kota Kinabalu -17-20 May

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi:-

 Website:

Facebook page :



11 comments:

  1. waaaa bestnyaaa kak nadhieee :D

    ReplyDelete
  2. Sekali pandang macam kembar pulak kak Nadhie dengan artis kat sebelah tu heheh :3 Thanks for sharing!! ^_^

    ReplyDelete
  3. waaa mcm syok je ni.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  4. Menarik ni. Siapa suka Kebudayaan kena g sini.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum salam isnin dari saya. Singgah blog walking :) Rajin singgah ke festival ya

    ReplyDelete
  6. Festivel folem perancis dah sampai ke Malaysia. {eminat filem mesti suka

    ReplyDelete
  7. Cantiknyaaa dia dgn Sallywho! Heheh <33 Kita pun jarang pergi Mid Valley hahah.

    ReplyDelete
  8. Selamat pagi rabu sis, kurang minat cerita perancis.

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak pergi Mid Vallye sebab dah jauh tempat kerja dulu dengan sekarang

    ReplyDelete
  10. Nad dengan saleha 2-2 nampak cantik... kim salam dekat akak ek

    ReplyDelete
  11. Salam jumaat, semoga Allah turunkan berkat dan rahmat. Insyaallah selamat dunia akhirat

    ReplyDelete