Berbuka Puasa di Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang

Assalamualaikum & Hi Semua!


Berbuka Puasa di Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang

Sekelip mata bulan ramadhan yang mulia semakin menghampiri. Syahdunya bila teringat kenangan bersahur bersama, berbuka puasa dan bertarawikh bersama diiringi suasana yang kelihatan pelita-pelita menerangi jalan dan menghiasi rumah-rumah di sepanjang jalan. Dan sekelip mata, ramadhan kini semakin menghampiri semula.

Bila bercakap tentang berbuka puasa, makanan-makanan yang lazat dan berkhasiat bukan sahaja mampu untuk menyegarkan semula tubuh yang lesu, malah menceriakan hari dan mencipta kenangan indah buat kita semua. Pada yang teringin untuk berbuka puasa bersama keluarga, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai juadah dan hidangan lazat di Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang.




Pelbagai Stalls Pelbagai Jenis Juadah


Pelbagai jenis stalls yang menempatkan pelbagai juadah turut disediakan. Dari western sehinggalah ke lauk pauk kampung. Dan semestinya menepati selera! Antaranya ialah:-

Pembuka Selera/Appetizer



Acar Rampai, Kerabu Taugeh, Kerabu ulam, kerabu ayam, kerabu mangga, 
telur masin, puyuh goreng rempah, ulam-ulaman tempatan, 
aneka jenis keropok,
aneka jeruk, ikan masin, 
sambal belacan, sambal ikan bilis, sambal tempoyak, sambal chili hijau, sambal kelapa, air assam, sambal kicap, budu, cencalok


Soup


Sup Tulang Rawan With Condiments
Daun Sup
Bawang Goreng
Cili Kicap
Limau, Serunding Daging
Serunding Ikan
Roti Benggali
Mee Hoon Kuning.


Stall I


Bubur Lambuk With Condiments
Daun Sup,
Bawang Goreng, Cili Kicap, Limau, 
Serunding Daging, Serunding Ikan


Stall II



Pulut Kuning
 Gulai Kawah
Rendang Itik



Stall III



Whole Lamb With Butter Vegetables
Nasi Arab


Main Course

 
Nasi Putih
Nasi Hujan Panas
Ayam Percik
Daging Deng Deng
Ikan Patin Masak Tempoyak
Pajeri Nenas
Udang Masak Lemak Cili Api
Labu Masak Lemak Putih Udang Kering


Dessert


Aneka Biskut Raya, Dodol, Buah Kurma, Rempeyek, Bahulu, 
Fruit tart, Cream puff, Cheese tart, Cream Caramel,
Sago Gula Melaka,
Assorted Pudding, Assorted French Pastries, Assorted Malay Pastries, 
Serawa Durian


Drinks


Sirap, Sirap Bandung, Soya, 
Ice Lemon Tea, Mango Cordial, 
Teh Tarik, Nescafe Tarik




Harga Promosi Buffet Sempena Ramadhan


Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, pihak Royale Chulan Bukit Bintang turut mengadakan Special Ramadhan Promotion iaitu :-

RM78.00 nett (Adult)
RM60.00 (Child & Senior Citizen

Bermula :

16May 2018- 20 May 2018
7.00pm-10.00pm


Lagi Gambar-gambar Menu Menarik















Ramadhan Charity Campaign Ketupat Card



Sambil berbuka puasa, sambil tu boleh menderma! Lebih senang dipanggil Ketupat Card bertujuan untuk membantu Rumah Anak yatim Shifa. Di mana setiap penderma akan menerima ketupat card dan ketupat card tersebut yang cuma berjumlah RM10 akan digantung di sebuah pokok di Royale Chulan Bukit Bintang. Okay sekian sahaja dari saya. Assalamualaikum semua! :)




Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi

Tel : +603 21479898
Fax: +603 21459558

Berbuka Puasa di Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang Berbuka Puasa di Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang Reviewed by nadhie wueen on April 12, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. Wahh main course dengan dessert banyak betul pilihannya.. Terliur pepagi baca entri nadhie ni, hehe

    ReplyDelete
  2. Ibu singgah blog walking. Semoga sihat hari ni sis nadhie.

    Mewah makan sis ni.

    ReplyDelete
  3. Wah! semuanya nampak sedap. suasana pun indah n nyaman.

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. Menu-menu kat situ sangat menggoda nafsu...

    ReplyDelete
  5. sambil baca dah nampak2 yang sungguh dah.. :D... semua menu raya pun dah ada dah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.