Buffet Ramadhan di Kota Seriemas Golf & Country Club - Nadhie Wueen

Monday, 23 April 2018

Buffet Ramadhan di Kota Seriemas Golf & Country Club

Assalamualaikum & Hi Semua!



Apa khabar? Sihat? Memandangkan ramadhan semakin menghampiri , tertanya-tanya pula korang dah fikir ke nak berbuka puasa dekat mana nanti?

Bagi yang teringin untuk bergambar kenangan berlatar belakangkan padang golf yang menghijau sambil menikmati juadah buffet, maybe anda boleh try dekat Kota Seriemas Golf & Country Club.

Bermacam-macam hidangan di sediakan daripada masakan kampung, sampailah ke bakar-bakar dimana turut menyajikan menu-menu istimewa seperti Shuwa Rosted Whole Lamb "Kambing", ayam pasu syukoor, manok pansuh dan sebagainya. So, apa je yang ada dekat sini? Jom tengok!




Masakan Kampung


Pelbagai masakan kampung yang dihidangkan seperti nasi goreng, ikan masin, telur masin, udang, daging kari, ulam-ulaman, jeruk dan sebagainya.







Menu Istimewa


Menu istimewa? Sudah tentu kambing panggang kan? Pergi mana-mana buffet je, kambing panggang harus ada.

Hidangan wajib yang semestinya membuka selera. Untuk pengetahuan korang, saya sememangnya suka dengan kambing panggang di sini sebab dagingnya memang empuk dan lembut. Kira yang jenis tak makan kambing macam saya ni pun akan tergoda jugaklah.

Selain daripada shuwa whole lamb, terdapat jugak manok pansuh dan ayam pasu syukoor yang semestinya dimasak di dalam pasu.






Bakar-bakar

Terdapat juga ikan bakar, udang bakar, sotong bakar bersama kuah pencicah air asam. Yang rasa nak berdiet takmo makan goreng-goreng tu boleh lah try yang bakar-bakar pulak. ye tak?




Buffet Ramadhan di Kota Seriemas Golf & Country Club


Okay itulah antara menu-menu yang terdapat di Kota Seriemas Golf & Country Club. Dari hidangan kampung yang pelbagai, sehinggalah bakar-bakar. Harga bermula RM70 nett (Dewasa) dan RM35 nett (Kanak-kanak). Untuk maklumat lanjut sila kunjungi:-


Okay bubye!



13 comments:

  1. Cepatnye dah nk puasa...
    Sedap menu2 buffet nyer..tp perut sis kecik.selalu x berbaloi mkn buffet

    ReplyDelete
  2. aiks tak makan nasi ke :D... shedappp2 menu... nak kambing golek

    ReplyDelete
  3. Berbuka sambil menikmati view yang menarik jangan sampai terlajak waktu maghrib sudah hiks!
    Oppsss... gurau aje

    ReplyDelete
  4. Best2nya.. makin ramai yg buat review pasal buffet ramadan ni.
    tapi akak dah lama sgt tak join mana2 buffet.

    ReplyDelete
  5. Ibu singgah blog walking hari isnin sis nadhie. Hehe belum ramadhan lagi dah banyak bufet

    ReplyDelete
  6. Mama datang singgah blog walking blog sis nadhiewueen. Lepas ni boleh belajar main golf.

    ReplyDelete
  7. Maznee datang blog walking petang selasa ni sis. Bulan ramadhan kaki golf beoleh berhenti main golf

    ReplyDelete
  8. Selamat petang puan. Saya singgah blog walking. Banyak menu grill kan.

    ReplyDelete
  9. wah siap ada lemang tu. menarikk

    ReplyDelete
  10. bakar2 mmg fav...esp kambing..

    ReplyDelete
  11. Ibu zaid singgah lalu blogwalking di blog sis yang suka jalan dan makan makan.

    ReplyDelete
  12. Esok hari Jumaat penuh berkat,
    Hari ni khamis hujan gerimis,
    Kunjung mengunjung mengundang rahmat,
    Mama singgah blogwalking blog sis


    Menyelerakan betul lauk pauknya

    ReplyDelete
  13. Selamat berpuasa.. *counting days*

    ReplyDelete