Review Movie: A Quiet Place - Nadhie Wueen

Monday, 2 April 2018

Review Movie: A Quiet Place

Assalamualaikum & Hi Semua!



Apabila seorang ibu mengesyaki 'kehadiran sesuatu' di rumah mereka


Apa khabar? Sihat? Baru-baru ini saya sempat menghadiri private screening "A Quiet Place" yang berlangsung di TGV 1Utama sambil ditemani adik. Disebabkan suasana pun tak berapa sesak (tidak sama seperti suasana ketika di Premier Screening seperti sebelum ni), maka tidaklah wujud adegan tak jumpa adik dan sebagainya. hahaha. Beratur nak beli makanan pun agak selesa sambil sis lekat pelekat tersebut di bajunya, dan dia tiba-tiba terkejut.


Neway, pada yang nak tahu A Quiet Place ni cerita apa, jangan risau sebab ianya bukanlah cerita hantu mahupun cerita seram at all. Bak kata adik sis, sains fiksyen. ahaha. Tetapi, apapun ia sangat mendebarkan kerana sesuatu yang wujud dalam cerita ini. Nak tahu apakah sesuatu itu? Jom baca review ni.



 A Quiet Place

Antara detik-detik mendebarkan dan pengorbanan seorang bapa

Paramount Pictures Presents
In association with Michael Bay
A Platinum Dunes Production
“A Quiet Place”

Executive Producers Celia Costas  John Krasinski  Allyson Seeger  Aaron Janus
Produced by Michael Bay, p.g.a. Andrew Form, p.g.a. Brad Fuller, p.g.a.
Story by Bryan Woods & Scott Beck
Screenplay by Bryan Woods & Scott Beck and John Krasinski
Directed by John Krasinski

Cast: Emily Blunt, John Krasinski, Noah Jupe & Millicent Simmonds  

Genre: Horror thriller 
Release: [5 April], 2018



Synopsis Movie A Quiet Place :

Review Movie : A Quiet Place

Cerita bermula apabila sebuah family yang pada asalnya berjumlah 5 orang termasuklah seorang kanak-kanak kecil berumur 3 tahun berada di sebuah kedai/farmasi yang sunyi untuk mencari bekalan ubat kepada anak lelakinya yang sedang sakit. Suasana pada ketika itu seolah-olah seperti selepas perang dunia ketiga. Memang hairan apabila melihat sebuah keluarga tersebut saling berbicara menggunakan bahasa isyarat dan bercakap berbisik-bisik. Rupa-rupanya ada sesuatu yang memburu manusia menggunakan deria telinga mereka.




Sedang berjalan keluar mencari tempat untuk menetap, tanpa disangka budak lelaki kecil berumur 3 tahun itu, rupanya telah mengambil mainan yang mengeluarkan bunyi yang bising. Dengan selamba je dia bukak dan main mainan tersebut. Dan korang mesti boleh agak kan apa yang akan jadi selepas itu? Adakah budak lelaki itu selamat atau tidak? Apakah yang akan terjadi selepas itu? Dan bagaimana caranya untuk mereka sekeluarga terus survive?

Semua itu korang kena saksikan sendiri di pawagam berhampiran bermula 5 April 2018 ini. Have fun and enjoy the movie!


Review Movie A Quiet Place :


Part mendebarkan. Time tu lah nak terberanak, time tu lah makluk tu 'ada'. Then kalau beranak nanti mesti akan terjerit kan? acaner tu?


Daripada apa yang saya tonton, pada saya jalan cerita ini memang sangat menarik untuk ditonton dan sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Pendek kata ada sahaja part yang mendebarkan yang akan membuatkan kita tidak berpeluang untuk merasa bosan sepanjang di pawagam. 

Sangat sesuai untuk seisi keluarga kerana jalan ceritanya sememangnya memaparkan kasih sayang, konflik kekeluargaan yang berlaku, kasih sayang dan pengorbanan sepanjang mereka cuba untuk survive daripada menjadi mangsa makhluk misteri tersebut.

Part horror pun tidak keterlaluan, tiada scene yang kelihatan terlampau ganas atau menjijikan sehingga sis terpaksa tutup mata adik (ya, tiada scene sebegitu). Iolsss relax je tengok tanpa perlu risaukan adik. Phew~

Usai tengok cerita, memang rasa tak puas hati. Tak puas hati sebab nak tengok lagi apa yang akan berlaku seterusnnya. Iolss pun taknak jadi spoiler.Yang pasti usai tengok, satu tepukan gemuruh bergema di pawagam. Rata-rata ramai penonton yang datang ke private screening pada ketika itu, berpuas hati dengan keseluruhan jalan cerita. 

So apa lagi jangan lupa saksikan di pawagam bermula 


5 April 2018 ini!



 Selamat Menonton!

7 comments:

  1. yeeeehaaaaa.. nanti akak tengok.. hee~

    ReplyDelete
  2. Okay, esok~! Saya tengok dua movie sebelah malam. dukun dan yang ini.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Nadhie! Nad pun dah up movie review ni :) Thank you tau bagi invitation hehe.

    ReplyDelete
  4. Siqah tak tengok movie ni. Walau aksi horror tak banyak tapi genre movie ni tak menepati citarasa Siqah yang penakut ni. Hihi.

    Siqah dah tengok Dukun dan Ready Player One :D

    ReplyDelete
  5. I have read so many articles on the topic of the blogger lovers except this post
    is genuinely a fastidious post, keep it up.

    ReplyDelete