Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Pakaian Muslim Muslimah dan Kelengkapan Haji serta Umrah Kini Boleh Didapati di Butik Haqqi Shah Alam

Pakaian Muslim Muslimah dan Kelengkapan Haji dan Umrah Kini Boleh Didapati di Butik Haqqi Shah Alam Credit Image :Dboystudio Butik Haqqi Shah Alam. Merupakan pertama kali saya singgah ke sana apabila ke Jakel Shah Alam baru-baru ini. Saat melangkah masuk sahaja ke butik Haqqi, hati sudah terpaut melihat rekaan-rekaan pakaian muslimah yang terkini, namun masih dengan harga yang berpatutan.  Murah! Siapa sangka design yang kelihatan classy dan ekslusif itu rupanya tidak mahal harganya? Dalam hati sudah cop, lepas ni butik Haqqi akan menjadi destinasi tetap saya untuk mencari pakaian yang patuh syariah, namun bergaya. Teruja melihat pakaian yang cantik-cantik dengan harga yang berpatutan, lantas saya melangkah masuk lagi ke dalam. Betapa terujanya saya apabila melihat bukan sahaja telekung, malah pelbagai jenis pakaian dan kelengkapan haji dan umrah turut di jual di sini! Pakaian Muslim Muslimah dan Kelengkapan Haji dan Umrah Kini Boleh Didapati di Butik H

Warung MakCik Kiah Sri Petaling Sediakan Set Ramadhan Murah dan Sedap Ketika Berbuka Puasa

Warung MakCik Kiah Sri Petaling Sediakan Set Ramadhan Murah dan Sedap Ketika Berbuka Puasa Salam ramadhan semua! Hari ini sudah masuk 4 hari kita berpuasa. Alhamdulillah. Biasanya bila berbuka puasa, korang makan apa ya? Ada tak terasa bagai teringin mencuba sesuatu yang berbeza? Tercari-cari masakan yang lazat, sedap dan murah? Serta punyai rasa seperti masakan di rumah? Atau teringin nak makan masakan ala-ala Thai seperti tomyam dan sebagainya? Namun dalam kuantiti banyak? Ya, memang ada. Iaitu di Warung MakCik Kiah yang terletak di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Btw, untuk pengetahuan anda, The MCK Restaurant atau dikenali sebagai Warung MakCik Kiah diasaskan oleh Y.Bhg. Dato 'Paduka Syed Alwi, merupakan managing director Premia International Sdn Bhd. Masakan di Warung MakCik kiah sebenarnya adalah berinspirasikan masakan ibunya, Cik Kiah, yang dikenali kerana masakannya di Kuantan 4 dekad yang lalu. Warung MakCik Kiah Sediakan Menu Sedap dan Murah Ketika Be

Tak Tahu Nak Berurut Dekat Mana? Anda Mungkin Boleh Mencuba di Eco Wellness Sanctuary Spa Klang

Badan terasa lenguh-lenguh? Keletihan? Sesekali teringin untuk dimanjakan. Teringin untuk berurut dan melepaskan segala ketegangan. Nak refresh semula dan nak rasa lebih bertenaga. Tetapi tak tahu nak pergi mana? Maybe korang boleh try di sini, iaitu di Eco Wellness Sanctuary Spa yang terletak di Klang, Selangor.  Di sini, saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman best ketika berurut di sana.  Seperti biasa, seeloknya sebelum ke Spa, buatlah appointment terlebih dahulu. Boleh call terus no Eco Wellness Sanctuary Spa di talian 019-9592033 untuk membuat sebarang appoinment. Selesai membuat appoinment, akhirnya tibalah hari untuk berurut. yeayy!  Pengalaman Mendapatkan Rawatan di  Eco Wellness Sanctuary Spa Klang Suasana Yang Selesa dan Urusan Yang Cepat Sampai-sampai sahaja di Eco Wellness Sanctuary Spa dalam pukul 3 petang, yang bestnya kawasan sini tak susah nak carik parking. Parking memang luas dan banyak berdekatan Spa, just diingat

Safi Shayla Kekal Aktif dan Segar Walaupun Berhijab!

AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA  - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG Kekal Aktif Bersama SAFI SHAYLA walaupun berhijab | Hijab kini bukan penghalang apabila ingin melakukan aktiviti lasak. Gadis berhijab kini tidak perlu risau jika mengalami kekeringan kulit kepala, kegatalan, ketidakselesaan , habuk dan sebagainya apabila menggunakan produk terbaru SAFI SHAYLA. SAFI SHAYLA RELAUNCH , DISTRICT 21 IOI CITY MALL Pada 3 Mei yang lalu saya berkesempatan menghadiri relaunch product terbaru SAFI SHAYLA yang yang berlansung di District21, IOI City Mall Putrajaya. Pelbagai aktiviti lasak yang diadakan secara berkumpulan turut dijalankan, di mana pemilihan kumpulan adalah secara rawak. Sejujurnya aktiviti seperti ini sebenarnya bertujuan untuk menggalakkan lagi penglibatan kaum wanita secara aktif di dalam sebarang aktiviti. Selain itu, ia bertujuan untuk membuktikan bahawa kaum wanita kini adalah setanding dengan lelaki-lelaki di luar sana. Untuk memastikan perg

Dorsett Putrajaya #Bismillah Buka Puasa Feast @ Citra Rasa

Ekslusif. Itu yang saya rasai apabila kaki melangkah masuk ke Bismillah Berbuka Puasa sempena Buffet Ramadhan Media Preview, yang bertempat di Restaurant Citra Rasa, Dorsett Hotel Putrajaya. Setiap meja sudah siap dengan nama jemputan yang hadir. Usai bertegur sapa, tanpa perlu risau, saya terus mengambil makanan terlebih dahulu sebelum duduk di meja bersama seorang lagi rakan media yang kebetulan sama meja. Dalam masa yang sama, suasana sungguh meriah dengan persembahan nyanyian dari sebuah band bagi menghiburkan tetamu. Perasaan untuk menyambut ramadhan dan syawal semakin dirasai. DORSETT PUTRAJAYA #BISMILLAH BUKA PUASA FEAST @ CITRA RASA Lebih 500 Jenis hidangan Traditional dan Antarabangsa Buffet ramadhan di Dorsett Putrajaya ini pasti tidak akan mengecewakan tekak anda apabila menyajikan hidangan yang lazat dan sedap baik traditional mahupun antarabangsa. Sungguh, sentuhan tangan Chef Shamsul Rizal dan pasukannya tidak sesekali mengecewakan tekak saya. U