Skip to main content

Warung MakCik Kiah Sri Petaling Sediakan Set Ramadhan Murah dan Sedap Ketika Berbuka Puasa




Warung MakCik Kiah Sri Petaling Sediakan Set Ramadhan Murah dan Sedap Ketika Berbuka Puasa


Salam ramadhan semua! Hari ini sudah masuk 4 hari kita berpuasa. Alhamdulillah. Biasanya bila berbuka puasa, korang makan apa ya? Ada tak terasa bagai teringin mencuba sesuatu yang berbeza? Tercari-cari masakan yang lazat, sedap dan murah? Serta punyai rasa seperti masakan di rumah?

Atau teringin nak makan masakan ala-ala Thai seperti tomyam dan sebagainya? Namun dalam kuantiti banyak? Ya, memang ada. Iaitu di Warung MakCik Kiah yang terletak di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Btw, untuk pengetahuan anda, The MCK Restaurant atau dikenali sebagai Warung MakCik Kiah diasaskan oleh Y.Bhg. Dato 'Paduka Syed Alwi, merupakan managing director Premia International Sdn Bhd. Masakan di Warung MakCik kiah sebenarnya adalah berinspirasikan masakan ibunya, Cik Kiah, yang dikenali kerana masakannya di Kuantan 4 dekad yang lalu.



Warung MakCik Kiah Sediakan Menu Sedap dan Murah Ketika Berbuka Puasa



Masakannya Sedap dan Cukup Rasa


Rasa kuah tomyam nya yang pekat, masam-masam dan secukup rasa betul-betul kena pada selera saya. Tak habis rasanya untuk terus menghirup. Ditambah dengan cili tumbuk yang disediakan dan sebagainya, rasa itu menjadi cukup perfect.

Selain daripada tomyam, antara menu lain yang saya tertarik adalah daging masak kicapnya yang dimasak empuk, pekat dan cukup membuka selera rasanya. Terutama apabila dimakan dengan nasi panas.

Selain itu, antara menu best dekat warung MakCik Kiah Sri Petaling adalah ayam goreng kunyit, ni pun sedap, ayam masak paprik- yang ni seriously kena pada tekak. Cukup-cukup sedap bagi penggemar paprik macam saya yang sukakan masakan ala-ala masam dan cukup rasa.

Sambil menulis, terliur pula bila imagine semula. tsk







Harga Pakej Ramadhan Warung MakCik Kiah Yang Murah dan Berbaloi


Murah dan sedap. Siapa yang tak nak kan? Untuk pengetahuan korang, Warung MakCik Kiah menyediakan harga set menu murah yang tak masuk dek akal untuk 2-3 atau 4-5 orang makan. Terdapat dua harga untuk dua pakej menu yang berbeza. Yang pertama adalah:-

Harga Set Menu A

Hidangan : 2-3 orang
Harga Pakej: RM29.90

Menu-menu:
Kurma
Nasi Putih, Daging Padprik, Sayur campur, tomyam ayam
Sirap
Buah-buahan Potong


Harga Set Menu B
Hidangan: 4-5 orang
Harga Pakej: RM59.90

Menu-menu:
Kurma, Kuih-Muih
Nasi Putih, Ayam Padprik, Sayur Campur, Tom Yam Campur, Telur Dadar,
Sirap
Buah-buahan potong







Boleh Buat Tempahan Secara Online


Selain daripada menjamu selera di Warung MakCik Kiah, anda juga boleh membuat tempahan secara online melalui Food Panda. Senang dan mudah kan? Tak perlu risau dah tentang tak cukup tempat dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, McK menerima bayaran samada secara tunai atau online seperti Fave.

Waktu operasi McK adalah dari jam 11am-11pm. Sebarang pertanyaan mahupun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak Mck di talian 017-2767273 atau anda boleh layari sendiri ke Facebook Warung MakCik Kiah. 





Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi :









Comments

  1. Wah.. Menariknya. Harga pakej pun ok. Siap ada tempahan on9 lagi.. Nanti kalau ada kesempatan boleh dtg sini...

    ReplyDelete
  2. Dah rasa best sangat sedap! Terutama ikan patin masak tempoyak dan sup tulang dia. Memang betul-betul ikut citarasa Bonda Dato tu.

    Harga pun not bad memang berbaLoi makan 2-3 orang dengan satu harga.

    ReplyDelete
  3. sedap2 nya menu nad. rasa kalo mai sini tak termakan dah kot ,,tengok kenyang dah :D...

    ReplyDelete
  4. masakan tradisional mmg jadi pilihan ketika berbuka..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda