Pakaian Muslim Muslimah dan Kelengkapan Haji serta Umrah Kini Boleh Didapati di Butik Haqqi Shah Alam - Nadhie Wueen

Thursday, 24 May 2018

Pakaian Muslim Muslimah dan Kelengkapan Haji serta Umrah Kini Boleh Didapati di Butik Haqqi Shah Alam

Assalamualaikum & Hi Semua,
Pakaian Muslim Muslimah dan Kelengkapan Haji dan Umrah Kini Boleh Didapati di Butik Haqqi Shah Alam
Credit Image :Dboystudio

Butik Haqqi Shah Alam. Merupakan pertama kali saya singgah ke sana apabila ke Jakel Shah Alam baru-baru ini. Saat melangkah masuk sahaja ke butik Haqqi, hati sudah terpaut melihat rekaan-rekaan pakaian muslimah yang terkini, namun masih dengan harga yang berpatutan. 

Murah! Siapa sangka design yang kelihatan classy dan ekslusif itu rupanya tidak mahal harganya? Dalam hati sudah cop, lepas ni butik Haqqi akan menjadi destinasi tetap saya untuk mencari pakaian yang patuh syariah, namun bergaya.

Teruja melihat pakaian yang cantik-cantik dengan harga yang berpatutan, lantas saya melangkah masuk lagi ke dalam. Betapa terujanya saya apabila melihat bukan sahaja telekung, malah pelbagai jenis pakaian dan kelengkapan haji dan umrah turut di jual di sini!




Pakaian Muslim Muslimah dan Kelengkapan Haji dan Umrah Kini Boleh Didapati di Butik Haqqi Shah Alam



Trend Terkini Yang Pasti Menepati Pilihan 

Tidak dinafikan seperti yang saya sebutkan di atas, pakaian-pakaian samada muslim mahupun muslimah di Butik Haqqi ini adalah sangat cantik dan mengikuti perkembangan fesyen terkini. Pakaian lelaki yang terdiri dari jubah, baju melayu, kurta dengan design-design terbaru dan sebagainya. 

Manakala pakaian wanita yang pelbagai terdiri dari blaus, jubah, baju kurung, palazzo dan banyak lagi.Warna-warna yang digunakan juga adalah warna-warna popular yang sudah tentu mendapat tempat di mata peminat fesyen tanahair.









Kelengkapan Pakaian Haji dan Umrah Bagi Lelaki & Wanita

Nak pergi umrah mahupun haji? Tak tahu kat mana nak cari kelengkapan haji dan umrah? Meh datang je sini. Banyak pakaian mahupun persiapan haji dan umrah yang boleh didapati di sini. Bermacam jenis dan pasti memenuhi keperluan anda. 

Daripada kepelbagaian jenis seluar, baju sehinggalah ke kasut semuanya ada. Pilih sahaja mana yang tiada. Pilih sahaja mana yang berkenan. Dan semoga dipermudahkan semua urusan bagi yang ingin menunaikan ibadah haji dan umrah. 






Usah Risau Kerana Harga Mampu Milik dan Berpatutan!

Meskipun lengkap dengan pelbagai jenis pakaian berserta fesyen-fesyen terkini, namun Butik Haqqi masih lagi mengekalkan harga yang berpatutan dan mampu milik buat seluruh rakyat Malaysia. Tidak membebankan dan sudah tentu mengikut harga pasaran setempat.

Oleh itu, tiada kerisauan samada anda ingin mencari pakaian yang cantik-cantik dan lawa-lawa bagi aidilfitri menjelang tiba ini mahupun mencari kelengkapan umrah dan haji anda. Moga mendapat haji yang mabrur. hehe. Dan bagi yang mencari persiapan raya, semoga dipermudahkan. Amin!









Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi :

Website : https://haqqi.com.my/
Alamat : Butik Haqqi Shah Alam,
No.13 & 15 Jalan Plumbum S7/S,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel:  +603 55234798

4 comments:

  1. Senang one stop centre semua ada

    ReplyDelete
  2. Alaa bestnya. Ada khimar and abaya murah2 tak? Hihihi

    ReplyDelete
  3. cantik2 design...mmg nmpk classy..

    ReplyDelete
  4. Berkenan pula Mrs.A tengok baju kurung yang gambar no 2 tu hehehe... (199-159).

    ReplyDelete