Skip to main content

Kembalikan Nostalgia Berbuka Puasa di Kampung Dengan Masakan Bonda Dorsett Hotel Kuala Lumpur





Kadang-kadang time ramadhan ni rindu pada masakan ibu, teringin nak makan sedap-sedap. Tetapi jauh dari kampung? Jangan risau sebab anda mungkin boleh mencubanya di Dorsett Hotel Kuala Lumpur! Bertemakan masakan bonda, Dorsett Hotel KL akan menghidangkan anda dengan menu-menu yang bakal mendatangkan nostalgia ketika sedang berbuka puasa. 



Apa Yang Menarik Masakan Bonda di Dorsett Hotel Kuala Lumpur?



Lebih 100 Hidangan Lazat & 13 Signature Masakan Bonda

Bertempat di Checkers Cafe, Level 1, Dorsett Hotel KL, hidangan yang lazat tersebut boleh dinikmati bermula 17 May - 14 Jun 2018, dari 7.00pm hingga 10.30pm. Selain dari memaparkan lebih 100 hidangan yang lazat-lazat, 13 signature Masakan Bonda boleh anda rasai di situ di mana hidangan tersebut adalah buffet style dan anda bebas untuk merasai apa jua hidangan yang anda inginkan!






Antara Hidangan & Lauk-Pauk Traditional Untuk Dinikmati

Antara hidangan lazat yang pasti membuka selera adalah daging salai masak lemak cili padi negeri sembilan, ikan patin asam pedas tempoyak pahang, kari kepala ikan pulau pinang, rendang ayam minang kuala kedah, ikan bakar siakap & ikan merah dan telur itik gulai belimbimg buluh yang merupakan hidangan yang pasti membuka selera. 

Selain itu terdapat juga hidangan traditional seperti Bubur Lambuk Melaka, di mana bubur tersebut telah dikisar bersama udang kering, ikan masin,  kekacang dan santan segar. Antara hidangan lain  yang merupakan masakan bonda sentuhan tangan Kak Shikin adalah Kashmiri Kambing Beriani.









Minuman Istimewa & Something Special for Dessert Lover!

Selain hidangan yang lazat, memang rugilah jika anda tidak mencuba minuman special yang disediakan di sini, iaitu kurma madu dan badam. Memang sedap dan menyegarkan setiap kali berbuka puasa!

Dan apa yang best buat dessert lover, terdapat banyak kek-kek, kuih muih, pencuci mulut seperti serawa durian, aiskrim potong dan ABC untuk dicuba di sini. Pelbagai jenis bersama rasa yang sungguh lazat. Seriously menepati citarasa saya.




Sejujurnya saya memang suka dengan hampir semua jenis masakan di sini. Serious sedap-sedap belaka. Dessert pun sedap. 

Untuk harga pula, harga buffet bermula dengan RM118 nett per person, 50% off for children aged 4-12 years & senior citizen aged 55 years and above. Dapatkan early bird special purchase before 12 May 2018 for RM20 off! 

Okay sekian sahaja dari saya, Salam ramadhan semua!






Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi :

Tel : +60327161000




Comments

  1. waaaaaaaaaaaaa memang menarik semua menu nya. nostalgia all the time ^_^

    ReplyDelete
  2. banyak pilihan..serawa durian tu yg best..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda