Rasai Layanan First Class dan Kemewahan Berbuka Puasa di Cyberview Resort & Spa - Nadhie Wueen

Sunday, 6 May 2018

Rasai Layanan First Class dan Kemewahan Berbuka Puasa di Cyberview Resort & Spa

Assalamualaikum & Hi semua!



Petang itu, awan mendung mula berarak perlahan dan hujan mula turun rintik-rintik. Alhamdulillah kami sampai di Cyberview Resort & Spa pada pukul 6.30 petang untuk memenuhi jemputan Ramadhan ke 20 Media Preview di Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa. Usai memarkir, kami terus menuju ke lobi sebelum di sambut mesra oleh staff- staff di Cyberview Resort & Spa. Payung di tangan diambil, dan disimpan baik oleh salah seorang staff di sana.  Kemudian, kami menuju ke Verandah Restaurant, yang terletak di Cyberview Resort & Spa, di Cyberjaya ini.  Di mana berlangsungnya media preview sempena buffet ramadhan 2018 ini.


Antara Sebab-sebab Kenapa Anda Perlu Merasai

 Pengalaman Berbuka Puasa di Cyberview Resort & Spa




 Layanan Staff Yang First Class dan Sangat Mesra

Selain daripada greeting dan mesra menyambut tetamu, layanan staff di sini juga memang sangat membantu. Selesai sesi pendaftaran bagi mengesahkan kehadiran, seorang staff memimpin kami sehingga ke pintu masuk Verandah restaurant. sambil menyaksikan suasana yang indah dan cantik sepanjang ke Verandah Restaurant.

Staff tersebut kemudian memberitahu untuk mencari tagging media yang terdapat di meja. Tup-tup tak jumpa tempat, saya kembali semula ke kaunter, dan seorang staff  terus memimpin kami ke sebuah tempat duduk yang selesa dan agak ekslusif. Itu membuatkan saya berasa senang untuk berbuka puasa di sini.

Selain itu, setiap kali habis je hidangan, pasti akan ada sahaja staff yang alert dan cepat-cepat mengutip pinggan mangkuk kami. Segelas plain water di meja pasti akan cepat-cepat di refill apabila telah dihabiskan.







Mewah Dengan Makanan , Terdapat Dalam 35 Jenis Station & Masakan Berbeza Untuk dicuba!

Lantas, saya mengambil bahagian untuk mengambil makanan di mana terdapat lebih kurang 35 jenis station/stall berbeza untuk mengambil makanan! Memang wow dan meriah! Pendek kata di sini lah tempat berbuka puasa yang agak mewah dan boleh dikatakan ibarat syurga makanan! Apa sahaja yang korang nak, semua ada! Dari seafood, makanan Perancis, kambing golek, kambing grill , dessert yang pelbagai dan bertukar-tukar jenis dan sebagainya. Pendek kata makanan tak akan habis. Habis je topup! Dan sudah tentu lah sedap-sedap, selain mewah.













Berbuka Puasa Berlatar Belakangkan Suasana Yang Indah & Cantik

Sesiapa sahaja yang pernah ke sini, pasti tahu bahawa Cyberview Resort & Spa tidak akan pernah gagal dalam membentangkan suasana yang indah dan cantik buat tetamu-tetamu yang hadir. Selain daripada makan berlatar belakangkan tasik dan permandangan yang indah dan menenangkan, pabila tiba malam, suasana tersebut akan berganti dengan hiasan lampu-lampu dan pelita yang cantik. Pasti tak puas bergambar dibuatnya :)







Early Bird Voucher Dan Harga Promosi & Affordable!

Bagi yang datang walk in ke iftar buffet ini, harga adalah RM149 nett (dewasa), RM75 nett (kanak-kanak), dan RM100 nett (Senior Citizen). Dapatkan early bird voucher hanya RM120 nett (dewasa), RM45 nett (Kanak-kanak) dan terdapat 20% discount bagi yang membayar menggunakan kredit card! Dan yang penting datang 20 May 2018 ini bagi mendapatkan discount sebanyak 40%. Ha, banyak giler kan promotion. Yang datang segroup 150 pax ke atas akan dapat voucher untuk menaiki HOT AIR Balloon untuk dua orang! So jangan lepaskan peluang ini!

Bagi saya harga sangat-sangat berbaloi dengan apa yang kita akan dapat. Sebab pilihan makanan yang terlalu banyak dan layanan staff yang first class , suasana yang selesa dan permandangan yang indah. Memang berbaloi .








Selain itu boleh juga dapatkan catering untuk berbuka puasa di luar building mahupun mana-mana bahagian di dalam resort, function raya dan sebagainya. Gambar di atas, hanyalah sebahagian sahaja gambar yang dapat saya kongsikan. Banyak lagi station yang best-best seperti Kidz Corner, BBQ Lamb, Assorted dessert, pelbagai jenis buah-buahan , rojak, jeruk, ABC & ice cream corner, Asam Pedas corner dan banyak lagi!



Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi:
Call : 03-83127042/7041



3 comments:

  1. SEDAPNYA BNYK BETUL HIDANGAN YG MNYELERAKAN

    ReplyDelete
  2. Eeeee....I is sooo jeles nengok awak makan macam2. HAHAH! nak jugakkkkk.

    ReplyDelete
  3. Ibu singgah blog walking di petang isnin. Semoga sis nadhie makin murah rezeki. Amin

    ReplyDelete