Skip to main content

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Semua! - Dari Nadhie Wueen





Salam aidilfitri maaf zahir dan batin semua! Sekelip mata ramadhan sudah pun meninggalkan kita, kini hari raya pun menjelma tiba. Semoga ramadhan  yang telah berlalu ini dapat memberi banyak manfaat buat semua dan setiap amalan kita diterima oleh Allah swt dan mendapat redha darinya. Amin. Sis juga berharap agar kita jua sama-sama dapat beristiqamah dengan setiap penghijrahan yang dilakukan dan mendapat keberkatan darinya.

Teruskan usaha dan perbanyakkan ibadah serta sentiasa meletakkan target untuk berhijrah ke arah lebih baik. Semoga dengan beristiqamah pada bulan ramadhan yang telah pun berlalu seketika ini, setiap kebaikan itu akan berkekalan pada bulan-bulan seterusnya dan untuk selamanya. amin.

Masuk hari ini merupakan hari raya ke-enam kita menyambut syawal. Mungkin boleh disusuli dengan berpuasa enam pula kan? Okay takpa ikut kemampuan masing-masing. 


Foto: https://puasa8.blogspot.com/2018/04/puasa-enam-bulan-syawal.html


Bercakap tentang hari raya, bagaimana sambutan raya korang pada tahun ini? Meriah? Ada yang kena bekerja tak pada waktu raya? Kalau ya samalah kita! Tiap tahun kerja waktu raya, tetapi raya 1st je belum. So, sengaja lah nak merasa kan. Tahun-tahun seterusnya tak perlu dah. InsyaAllah.

Tema raya pula warna apa? Ada tema yang tertentu? Pada tahun ini, sis dan keluarga pakai tema ungu. Alhamdulillah baju raya sis dua helai pada tahun ini adalah dari Butik Haqqi. Sis memakai baju raya jenama Amira Othman.

Apa yang sis suka sangat dengan baju-baju dari Butik Haqqi ini adalah kerana material kainnya yang lembut, tak panas dan sangat selesa dipakai. Kain dia pun cantik je rasa tersarung dekat pinggang. Cara jahitan kemas je. Takda rasa macam ada yang tak kena. So, bila bekerja pun rasa selesa je. 


Baju Raya Amira Othman dari Butik Haqqi. Selesa dipakai di mana-mana.


Selain daripada baju raya dari Butik Haqqi, sis juga telah memilih baju melayu dari Jakel untuk dihadiahkan pada keluarga mahupun insan tersayang. Kedua-duanya adalah baju jenama Aaron Aziz. Antara feedback yang sis terima, katanya materialnya memang sangat selesa dipakai. Sememangnya dari dulu pun seperti kita tahu, Jakel tidak pernah mengecewakan customer nya. Alhamdulillah mereka suka.

Baju melayu Aaron Aziz dengan sampin songket


Ya, itulah antara baju raya- baju raya pilihan hati kami pada tahun ini. Anda pula bagaimana? Okay sekian sahaja dari saya. Sekali lagi ingi saya ucapkan Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali. Serta terima kasih Haqqi dan Jakel untuk baju raya -baju raya yang cantik ini. Sekian sahaja dari saya. Semoga ketemu lagi. Bubye!



Comments

  1. Selamat hari raya Aidilfitri Nadhie.
    Mohon maaf zahir dan batin juga ya...
    Cantik color tu sesuai dengan pemakainya ;-)

    ReplyDelete
  2. Selamat petang Mama ucapkan. Selamat hari raya sis nadhie. Wah cantik bebeno baju coklat tu

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya dear <3 meriahnya banyak baju baru. Cici tak beli baju raya pun tahun ni. cuma beli baju jalan je. boleh pakai ke office sekali

    ReplyDelete
  4. Ibu singgah bertamu di petang hari. Harap sis sihat di melaka. Ibu pun baru balik kampung. TU yang singgah blogwalking

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum selamat pagi. Mama singgah lawat blog sis di pagi khamis

    ReplyDelete
  6. Selamat malam Ibu ucapkan, singgah blog walking blog sis nadhie.

    ReplyDelete
  7. Happy eid mubarak! :)

    https://messarah.blogspot.com/2018/06/raya-2018.html

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu ibu ucapkan. Sambung raya hari cuti ni.

    ReplyDelete
  9. Mama singgah raya petang ahad ni. Semoga sis nadhie wueen. Seronok raya lepas habis exam ni kan

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya sis! cantik berseri dan makin comel adik ku yang seorang ni. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  11. Baju melayu tu untuk siapa? Ehem Ehem....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda