Skip to main content

Review Filem: Mamma Mia! Here We Go Again





Baru-baru ini sis sempat menyaksikan tayangan perdana filem Muzikal Mamma Mia 2 atau Mamma Mia! Here We Go Again yang bertempat di TGV 1Utama pada 17 July 2017. 

Suasana pada malam itu sungguh meriah dengan kehadiran penonton-penonton yang rata-rata memenangi tayangan ticket premier Mama Mia2 dan beberapa orang artis popular tanah air seperti Pak Nil, Sherry Al Hadad dan lain-lain lagi yang turut menyaksikan tayangan perdana filem tersebut.

So, dipendekkan cerita.. pasal apakah Mamma Mia! Here We Go Again ni kan? Okay begini ceritanya...


Sinopsis Mamma Mia!Here We Go Again



Cerita ini mengisahkan tentang Sophie Sheridan yang ingin membuka dan merasmikan hotel ibunya yang telah meninggal setahun lalu, iaitu Donna. Sophie agak bersedih kerana kedua orang bapanya memberitahu tidak dapat hadir pada hari tersebut dan dalam masa yang sama dia juga mempunyai masalah dengan perkahwinannya dan Sky yang masih berada di New York sempena mengingati kematian ibunya.

Dan seterusnya cerita ini menyelusuri dan mengimbau kembali kisah hidup Donna ketika muda sebelum dia melahirkan Sophie. Permulaannya adalah apabila Donna menamatkan pengajiannya bersama Tanya dan Rosie. Donna yang menyatakan bahawa ibunya tidak pernah mempedulikannya lantas membuat keputusan untuk meneroka Paris bagi menemui kebahagiaan yang dicari.

Di situ dia mula mengenali Harry, Bill dan Sam yang akhirnya ketiga-tiganya menjadi bapa kepada Sophie. Kisah itu turut mengimbau kembali ribut yang melanda pada zaman lampau turut melanda pada masa kini , di mana ia mengganggu persiapan dan pembukaan hotel Sophie. Berjayakan Sophie untuk menjayakan hari pembukaan hotel buat ibunya? Tercapaikah impian Sophie? Semuanya di Mamma Mia 2 atau Mamma Mia! Here We Go Again.





Review Sis Mamma Mia! Here We Go Again




Pada sis cerita ini sememangnya memaparkan elemen-elemen kekeluargaan, kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, kerinduan seorang anak terhadap ibunya dan kasih sayang antara anak dan bapa-bapanya. 

Sememangnya nilai itulah yang kita mahu bukan buat keluarga kita? So far so good. Apapun, pada yang membawa anak kecil, masih memerlukan pengawasan kedua orang tuanya. Okay, setakat ini sahaja review sis tentang Mamma Mia! Here We Go Again. Happy watching semua!


Bubye!









Comments

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda