Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 | Tour Sejarah dan Warisan Melayu - Hari Kedua

Mentari pagi mula berarak di ufuk timur. Akhirnya hari kedua mengikuti Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 pun menjelang tiba. Syukur kami dapat tidur dengan nyenyaknya pada malam itu. Ternyata servis yang diberikan oleh pihak Treasures Hotel & Suites memang terbaik.  Usai mandi dan bersiap, aku dan roommate sama-sama turun untuk bersarapan di bawah. Hidangan lazat berkonsepkan buffet dari pihak hotel sangat mengecurkan liur. Tanpa berlengah lagi kami mengambil beberapa hidangan yang ingin dicuba. BACA :   Tourism Malaysia Media Challenge - Hari Pertama Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 Tour Mendekati Sejarah dan Warisan Melayu Sarapan Pagi di Treasures Hotel & Suites Merupakan hotel bertaraf 5 bintang, Treasures Hotel & Suites memang tidak pernah mengecewakan kami dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat tetamu yang hadir. Dari perkhidmatan bilik yang selesa, mewah dan layanan yang mesra, makanan-makanan yang disediakan di sini ju

Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 | Tour Sempena Hari Muzium Kebangsaan 2018 - Hari Pertama

Angin pagi terasa menghembus ke muka. Sebaik sahaja tiba di situ, aku bersalaman dengan ummi dan ayah yang telah menghantar hingga ke Tourism Malaysia HQ, Putrajaya. Sesekali aku melihat jam di tangan. Risau seandainya kelewatan untuk berkumpul di situ.  Lantas kakiku terus melangkah ke lobi. Kelegaan apabila mendapati aku tiba awal dari jangkaan memandangkan suasana lobi yang masih lengang. Neway, apa khabar semua? Sihat? Semoga semua yang membaca blog ini sentiasa sihat dan happy selalu. :) Hari ini sis ingin kongsikan trip yang mana sis berkesempatan untuk mengikuti iaitu Media Challenge 2.0 anjuran Tourism Malaysia sempena sambutan Hari Muzium Kebangsaan 2018. Hari Muzium Kebangsaan 2018 telah berlangsung pada 23 Julai yang lalu. Manakala trip tiga hari ini pula adalah dari 23hb Julai hingga 25hb Julai 2018. Trip yang berlansung selama 3 Hari 2 Malam ini bermula dengan lawatan dari satu muzium ke satu muzim. Dari Negeri Sembilan ke Melaka. Trip ini adalah bert