Skip to main content

Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 | Tour Sempena Hari Muzium Kebangsaan 2018 - Hari Pertama




Angin pagi terasa menghembus ke muka. Sebaik sahaja tiba di situ, aku bersalaman dengan ummi dan ayah yang telah menghantar hingga ke Tourism Malaysia HQ, Putrajaya. Sesekali aku melihat jam di tangan. Risau seandainya kelewatan untuk berkumpul di situ.  Lantas kakiku terus melangkah ke lobi. Kelegaan apabila mendapati aku tiba awal dari jangkaan memandangkan suasana lobi yang masih lengang.

Neway, apa khabar semua? Sihat? Semoga semua yang membaca blog ini sentiasa sihat dan happy selalu. :)

Hari ini sis ingin kongsikan trip yang mana sis berkesempatan untuk mengikuti iaitu Media Challenge 2.0 anjuran Tourism Malaysia sempena sambutan Hari Muzium Kebangsaan 2018. Hari Muzium Kebangsaan 2018 telah berlangsung pada 23 Julai yang lalu. Manakala trip tiga hari ini pula adalah dari 23hb Julai hingga 25hb Julai 2018.

Trip yang berlansung selama 3 Hari 2 Malam ini bermula dengan lawatan dari satu muzium ke satu muzim. Dari Negeri Sembilan ke Melaka. Trip ini adalah bertujuan untuk mengembalikan semula warisan-warisan melayu, jati diri, tradisi dan sejarah melayu yang pernah mencapai zaman kegemilangan suatu ketika dulu.



Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 Tour -  Hari Pertama





Tourism Malaysia HQ, Putrajaya

Perasaan teruja terasa apabila pertama kali mengikuti trip Media Challenge 2.0 bersama Tourism Malaysia. Usai bertegur sapa dengan beberapa orang pihak media dan blogger yang turut mengikuti trip ini, kami terus ke meja pendaftaran untuk berdaftar dan mengambil beg goodies serta Tshirt yang disediakan oleh pihak Tourism Malaysia.




Muzium Adat, Jelebu Negeri Sembilan

Perjalanan kami pun bermula apabila urusetia telah mengesahkan kehadiran semua peserta. Perjalanan yang mengambil masa sejam lebih terus menuju ke Jelebu , Negeri Sembilan dan akhirnya tiba di destinasi pertama , iaitu Muzium Adat, yang terletak di Jelebu Negeri Sembilan. Kehadiran kami disambut mesra oleh pihak Muzium  dan mereka mempelawa kami untuk bersarapan terlebih dahulu. 





Sejurus bersarapan, sedikit taklimat diberikan sebelum kami seramai 24 orang yang terdiri dari pelbagai jenis meda massa dan media cetak dibahagikan kepada 6 group. Di mana aku segroup dengan Kak Hanis, Marc dan Nik. Seterusnya aktiviti Media Challenge 2.0 pun bermula. 



Soalan teka teki diberikan dan kami harus menyiapkan dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, apabila tiba di point-point tertentu, kami juga diharuskan untuk berwefie.Jenuh naik turun tangga untuk cari jawapan. Fuhh.. lega rasanya apabila team kami masing-masing memberikan kerjasama yang terbaik dan siap pada masa yang ditetapkan.






Muzium Negeri Sembilan @ Teratak Perpatih

Perjalanan dari Muzium Adat, Jelebu Negeri Sembilan tidak mengambil masa yang lama untuk ke Muzium Teratak Perpatih. Di sini kami disambut mesra oleh staff-staff muzum. Lalu kami dipersilakan untuk naik ke Istana Ampang Tinggi yang terletak bersebelahan di Teratak Perpatih bagi menjamu selera.




 Terliur rasanya apabila melihat makanan dan lauk pauk sentuhan negori yang sudah siap terhidang di atas dulang. Kemudian, sedikit penerangan mengenai adat-adat pepatih dan warisan Negeri Sembilan diperkenalkan semula kepada kami.



Katanya adat perpatih ni sebenarnya bukanlah bertujuan untuk menyusahkan masyarakat. Sebaliknya menyenangkan dan bertujuan untuk membela nasib kaum wanita. 

Usai taklimat, kami dipersilakan untuk 'makan berselo' beramai-ramai. Lauk ikan sembilang  goreng, ayam masak lemak cili api dan sayur goreng sungguh memikat selera.



Muzium Lukut, Negeri Sembilan

Destinasi seterusnya adalah Muzium Lukut yang juga terletak di Negeri Sembilan. Sedikit penerangan dan pengenalan diberikan oleh ketua muzium. Iaitu mengenai sejarah Lukut, Nassau, Teknologi pembuatan dan sebagainya.




Dan di destinasi ini, sekali lagi Media challenge 2.0 yang kedua dimulakan. Teka teki yang diberikan ternyata memang menyeronokan selain dapat menguji minda. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan lagi sillaturahim antara ahli kumpulan. 


Selesai sahaja challenge, seperti biasa kami terus dibawa bergerak ke Melaka untuk check-in di Treasures Hotel & Suites.


Check-in di Treasures Hotel & Suites , Melaka

Jam sudah menunjukkan ke pukul 6.45 petang apabila kami tiba di Melaka. Sebelum penyerahan kunci berlaku, kami masing-masing di jemput makan diruangan makan Treasures Hotel & Suites. Ternyata, setiap hidangan demi hidangan bufet yang disediakan sungguh memikat selera. Lebih-lebih lagi durian cheese cake nya. Few~ sehingga kini sis teringat-ingat.




Sambil makan penyerahan kunci dilakukan. Aku menerima baik perlawaan seorang rakan media untuk sebilik denganku. Masuk-masuk sahaja ke bilik, heavennya rasa. 

Selain dapat bilik yang sangat-sangat cantik dan selesa, semua kemudahan jua turut berada di sini.





Tiba di Majlis Hari Muzium Kebangsaan 2018, Perkarangan Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, Bandar Hilir

Usai menunaikan solat maghrib, mandi dan membersihkan diri, kami segera turun untuk ke sambutan dan perasmian Majlis Perasmian Hari Muzium Kebangsaan kali ke XXII 2018 yang bertempat di Perkarangan Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan di Bandar Hilir Melaka.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.




Selain itu, terdapat juga booth-booth pameran dari jabatan Muzium Negeri-Negeri yang terlibat. Dimana ia sedang meriah berlangsung dan menempatkan semua muzium dari seluruh Negeri semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. 

Dari situ kita akan dapat melihat dan mempelajari keunikan dan warisan berbeza dari Negeri -Negeri seluruh Malaysia.





Kembali ke Treasures Hotel & Suites

Selesai program, kami kembali semula ke Treasures Hotel & Suites untuk merehatkan badan dan minda. Aktiviti esok hari menanti kami dengan penuh tanda-tanya. Takpalah yang penting, tido dulu & sambung esok......













Comments

  1. jenjalan - makan - jenjalan - makan.. hee~

    ReplyDelete
  2. bestnya jalan2 tengok budaya orang, dapat makan menu kampung yang best pulak tu

    ReplyDelete
  3. Bestnya. I havent been there.

    ReplyDelete
  4. Seronok dapat pengalaman macamni kan.. Bukan selalu

    ReplyDelete
  5. seronok dapat melawat muzium ni nad... sy mmg suka kalo pergi tempat mcm tu.. :D

    ReplyDelete
  6. menarik juga muzium2 kat NS ni, mmg nak kena ajar en hubby la gi buat lawatan

    ReplyDelete
  7. bestnya..dari muzium ke muzium..menarik muzium kat NS..
    senibina Muzium Teratak Pepatih cantik..

    ReplyDelete
  8. Wah! macam best jer... media challenge ni dapat jalan-jalan dan gali-gali semula sejarah silam.
    Walaupun Mrs. A duk kat Seremban ni tapi Muzium Adat tu belum ada jejak lagi huhuhuhu
    Kota lukut dah pernah explore itupun sebab telibat dengan explorehunt office.

    ReplyDelete
  9. bestnyaa ada event cemni.. menarik =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda