Skip to main content

Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 | Tour Sejarah dan Warisan Melayu - Hari Kedua


Mentari pagi mula berarak di ufuk timur. Akhirnya hari kedua mengikuti Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 pun menjelang tiba. Syukur kami dapat tidur dengan nyenyaknya pada malam itu. Ternyata servis yang diberikan oleh pihak Treasures Hotel & Suites memang terbaik. 

Usai mandi dan bersiap, aku dan roommate sama-sama turun untuk bersarapan di bawah. Hidangan lazat berkonsepkan buffet dari pihak hotel sangat mengecurkan liur. Tanpa berlengah lagi kami mengambil beberapa hidangan yang ingin dicuba.





Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 Tour Mendekati Sejarah dan Warisan Melayu


Sarapan Pagi di Treasures Hotel & Suites

Merupakan hotel bertaraf 5 bintang, Treasures Hotel & Suites memang tidak pernah mengecewakan kami dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat tetamu yang hadir. Dari perkhidmatan bilik yang selesa, mewah dan layanan yang mesra, makanan-makanan yang disediakan di sini juga sungguh memikat selera.






Muzium Kesultanan Melayu, Melaka

Dari jauh lagi sudah kedengaran bunyi muzik gamelan yang beralun lembut di pendengaran kami. Bunyi muzik gamelan atau dipanggil jua sebagai Barongan membuatkan kakiku tertarik untuk terus melangkah ke hadapan. Apatah lagi kelihatan sekumpulan pemuzik dan persilat yang lengkap berbusana melayu tradisional benar-benar mencuri tumpuanku.

Seorang lelaki yang agak berusia meminta izin untuk diberi laluan memulakan persembahan silatnya. Langkah yang disusun kelihatan cantik dan teratur. Sejurus itu, persembahan silat diteruskan dengan beberapa orang yang lain dari kumpulan yang dikenali sebagai Persatuan Cahaya Delima. 

Ternyata gerak langkah mereka yang cantik dan tersusun itu membuatkan aku terhibur. Sejurus itu, kami terus masuk ke istana kesultanan melayu melaka untuk aktiviti seterusnya. Sedikit taklimat mengenai sejarah dan warisan Negeri Melaka, sebelum aktiviti Media Challenge 2.0 berlansung. Seperti biasa, quiz mahupun teka teki diberi untuk menguji minda dan tumpuan kami. Namun kali ini aktiviti ditambahkan lagi dengan challenge yang lain iaitu dengan bermain permainan tradisi Melaka. Antaranya Sepak raga, baling tin dengan selipar dan congkak.

Ternyata aktiviti-aktviti ini bukan sahaja menghiburkan, malah dapat mengingatkan kembali kami pada sejarah-sejarah, warisan dan kesultanan melayu Melaka. Untuk pengetahuan anda, Muzium ini dibina berdasarkan sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah. Selain itu, kami juga dapat menambah pengetahuan tentang pelbagai ukiran & susun atur, insititusi kesultanana Melayu Melaka, Balairong Seri, delegasi pedang-pedagang , hang tuah dan hang jebat dan banyak lagi!








Muzium Seni Bina Malaysia

Selesai aktiviti kami di Muzium Kesultanan Melayu Melaka, kami mengorak langkah dan berjalan kaki sehingga ke Muzium Seni Bina Malaysia. Di mana di sini kami diberi sedikit penerangan dan dapat mempelajari tentang asal usul, keunikan dan ketinggian mutu warisan seni bina di Malaysia. Muzium ini juga bukan sahaja sesuai untuk dijadikan antara destinasi pelancongan, malah menjadi sumber rujukan mengenai warisan seni bina yang terdapat di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, bagunan yang dijadikan muzium ini telah dibina pada abad ke-18 oleh pemerintah Belanda bagi menempatkan pegawai-pegawainya, kemudian dijadikan pejabat pentadbiran sebelum diambil alih oleh Jabatan Muzium Malaysia untuk dijadikan muzium pada tahun 2000.

Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 aktiviti yang dijalankan bukan sahaja membuatkan kami berasa seronok mencari jawapan yang betul, namun turut menambah ilmu pengetahuan. Dan sekali lagi aku berasa happy kerana terpilih untuk bersama ahli-ahli group yang sangat sporting dan mudah memberi kerjasama. Sambil menyelesaikan challenge, kami enjoy-enjoy sahaja. Again, group kami terdiri daripada Kak Hanis, Marc dan Nik. Thank you guys!You are the best!





Makan Tengahari di Restoren Lot Lapan Lima Melaka

Dikenali sebagai antara restoren asam pedas yang terbaik di Melaka, kami di bawa ke Restoren Lot Lapan Lima bagi menjamu selera dan mengisi perut. Ya, aktiviti apa yang menarik kan kalau bukan makan-makan?

Antara hidangan yang dihidangkan pada kami pada ketika itu adalah Asam Pedas, Ayam Goreng Rempah, Lauk Sayur, Telur Dadar, Ulam-ulaman, Sambal Sotong dan banyak lagi. Memang sedap dan kena pada citarasa kami.

Untuk pengetahuan anda restoren ini bertempat di Kampung Durian Daun Dalam Melaka dan dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 5.00petang kecuali hari Ahad.

 

 

 




Kembali ke Treasures Hotel & Suites

Selesai beraktiviti dan mengisi perut, kami dibawa kembali semula ke Treasures Hotel & Suites oleh pihak Tourism Malaysia bagi merehatkan badan. Aktiviti seterusnya menanti kami. Saat itu, aku tidak melepaskan peluang untuk berehat & mandi sepuasnya, menggosok baju dan makan lagi sebelum bergerak dan solat jamak Asar dan Zohor.





Encore Melaka Kota Syahbandar

Destinasi seterusnya adalah Encore Melaka yang terletak di Kota Syahbandar. Usai tiba di situ, masing-masing terpegun melihat keunikan dan keindahan pembinaan di Encore Melaka yang menggabungkan teknologi dan alam sekitar. Bentuk luar bangunan yang lain dari lain dan unik serta dalaman yang punyai teknologi tersendiri. Manakala di luar bangunan pula suasananya bertentangan dengan pantai. Indah sekali.

Kemudian, kami dijemput untuk menjamu selera terlebih dahulu di mana makan malam kami pada malam itu adalah tajaan Encore Melaka sendiri. Seterusnya kami diberi taklimat dan serba sedikit pembentangan tentang Encore Melaka yang baru sahaja mula beroperasi pada 1 Julai yang lalu.

Usai pembentangan kami di bawa pula untuk menyaksikan pertunjukan impression series yang mana ia banyak menceritakan tentang sejarah-sejarah pembukaan Melaka, tradisi, adat budaya dan kasih sayang dengan cara yang kreatif, menarik dan sampai ke hati penonton.










Kembali ke Treasures Hotel & Suites

Usai segala aktiviti kami di Encore Melaka, kami dibawa semula ke Treasures Hotel & Suites bagi merehatkan badan dan bermalam di situ. Tilam dan bantal empuk di Treasures Hotel & Suites menemani lena ku pada malam itu.



Sebelum tidur aku sempat reflect semula aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia. Sambil menimba ilmu dan mengimbau kembali sejarah warisan melayu, kami dapat berhibur. Mungkin sudah lama kita terlupa mengenai warisan dan sejarah melayu, mungkin kita sudah tidak lagi mengamalkan adat-adat yang semakin pupus, namun melalui program ini secara tak langsung ia memberi kesedaran tentang betapa istimewanya sejarah dan tinggalan warisan melayu kita yang sepatutnya sentiasa diamalkan. 

Esok, merupakan hari last day kami untuk mengikuti program ini. Cepatnya masa berlalu...










Comments

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda