credit image
Snek. Siapa sahaja yang tidak suka snek bukan? Biasanya snek akan dimakan apabila kita kebosanan, sedang menonton TV, lapar tengah malam dan sebagainya. Namun, sihat kah snek itu? Adakah ia tidak memudaratkan tubuh badan? Ya, sudah tentu ia boleh memudaratkan tubuh badan apabila kita memilih snek yang salah. Oleh itu, apakah jenis-jenis makanan yang sesuai untuk dijadikan snek? Yang sedap dan berkhasiat? Ada ke? Di bawah ini saya nilaikkan jenis-jenis makanan berkhasiat yang sesuai untuk dijadikan snek.
12 Jenis Snek Yang Sihat Untuk Diet Anda
1. Epal
Ada kajian mendapati 3 biji epal setiap hari boleh mengelakkan peningkatan berat badan dan juga berpotensi menurunkan berat badan. (Sumber: Women's Health)
2. Almond
Selain baik untuk kulit, almond juga snek yang bagus untuk golomgan yang sedang cuba mengawal pemakanan. Kunyah almond sebanyak 40 kali. Nanti tentu cepat rasa kenyang. (Sumber: Eating Well)
3. Kacang Gajus
Kacang gajus bukan sahaja sedap dikunyah, namun merupakan salah satu snek berkhasiat yang nyata dapat memberi manfaat kepada tubuh badan anda.
4. Kacang Pea, Anggur dan Jagung yang Dibekukan
Selain itu, anda juga mungkin boleh mencuba Kacang Pea, Anggur dan Jagung yang telah dibekukan kerana rasanya yang jauh lebih enak. Kemanisan sayuran seperti ini masih lagi ada dan membuatkan ia bukan sahaja snek yang sedap malah berkhasiat.
5. Aiskrim Homemade Dari Buah-buahan Segar
Dalam cuaca panas sekarang, rasa sedap pula tekak jika dapat makan ais krim, bukan? Tapi apa kata anda buat sendiri. Buah just buah dan sejuk bekukannya. Kemudidan bolehlah anda memakannya tanpa rasa bersalah. (Sumber: Women's Health)
6. Kerepek Kacang Soya
Kajian di Jepun mendapati, kacang soya mampu membantu dalam mengurangkan berat badan. Malah, berat yang hilang adalah daripada berat lemak dan bukannya berat otot. (Sumber: Women's Health)
7. Oatmeal
Selain daripada rendah lemak, oatmeal juga kaya dengan serat, dapat mengurangkan kolestrol dalam darah dan juga mengenyangkan. Untuk tidak menjadikan hidangkan oatmeal kita agak bosan, tambahlah ia dengan susu, buah-buahan mahupun kekacang.
8. Cendawan
Merupakan makanan yang rendah kalori dan punyai serat (fibre) yang banyak, cendawan menjadikan kita cepat untuk merasa kenyang. Selain itu, cendawan juga dapat mengurangkan paras kolestrol, tekanan darah. dan dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan anda.
9. Yogurt
Yogurt atau dikenali jua sebagai susu masam merupakan salah satu snek yang punyai pelbagai khasiat dan boleh di makan begitu sahaja. ini kerana yogurt mengandungi zat besi, kalium, niasin, vitamin A, tiamina, riboflavin dan fosforus. Di mana ia boleh mengelakkan dari osteoporosis.
10. Daging Ayam
Percaya atau tidak ayam jua merupakan salah satu snek berkhasiat. Namun, haruslah kena dengan cara masakkannya. Pilihlah bahagian tanpa lemak. Kerana protein tanpa lemak yang dipanggang (grill) akan membuatkan kita mudah kenyang sehingga ke esok harinya.
11. Avokado
Avokado boleh mengurangkan paras kolestrol dan membantu seseorang menguruskan badan kerana ia mengandungi lemak dan tidak tepu. Antara hidangan snek yang boleh dimakan dengan avokado ialah sandwich, sushi, salad mahupun dibuat jus.
12. Telur
Benarkah telur boleh menjadi snek yang sihat? Ya, jika ia kena dengan cara masakannya. Contohnya telur tidak sesuai untuk digoreng, sebaliknya rebuslah ia. Telur jua merupakan snek yang berkhasiat kerana ia bukan sahaja tinggi protein dan mineral, malah mampu membuatkan kita kenyang dengan lebih lama.
SUMBER
SUMBER II
thank you for the tips!
ReplyDeleteBANYAK PILIHAN MAKANAN SHT TAPI YG DISUKAI JAJAN RINGAN BERMSG
ReplyDeletesalah satu snek aida is kurma :)
ReplyDeletetiap kali 3 biji.