Skip to main content

Kun Faya Kun. This is Where & When Magic Happens.



Sudah lama rasanya sis tidak membicarakan tentang perkongsian ilmu. Di sini sis ingin mengulas sedikit tentang suatu ayat. Kun Faya Kun. Bilamana Allah mengatakan "Jadi, maka jadilah ia"- Surah An-Nahl, ayat 40. Apa yang sis ingin ulaskan di sini adalah tentang perancangan Allah. Perancangan Allah itu indah. Dia menciptakan sesuatu itu mengikut apa yang dikehendaki dan apa yang terbaik bagiNya. Namun, adakah kita sedar tentang itu?

Kadang-kala seringkali kita memperlekehkan aturanNya, seringkali kita mempertikaikan perancangannya dan seringkali kita menganggap sesuatu yang mustahil bagi kita adalah turut mustahil bagiNya. Samada kita memperlekehkan aturan Allah terhadap diri kita atau terhadap kehidupan orang lain.

Siapa kita untuk menidakkan janji Allah? Siapa kita untuk memperlekehkan aturanNya?

Kita bukan Tuhan.

Kita tidak berkuasa. 

Kita tidak mampu melakukan apa-apa tanpa kuasa Allah.

Bagi sis, apabila kita terdetik seperti "Mustahil aku boleh dapat benda ni" "Mustahil aku boleh berjaya.." "Mustahil jodoh aku..." "Mustahil Allah makbulkan permintaan... " Nauzubillah. Ia sama seperti kita sudah bersangka buruk pada Allah. Moga dijauhkan dari sifat-sifat seperti ini. Tanya pada diri, adakah kita sudah berusaha? Adakah kita sudah berdoa? Berdoa sungguh-sungguh kepadaNya? Jika tidak muhasabah diri kembali. 


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ 
 “Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.” -(Surah Ghofir / Al Mu’min : 60)


Jika kita merasa kita belum mendapat sesuatu, berusahalah dulu. Berusahalah dengan cara yang baik dan mengikut jalan yang diredhai Allah. Diikuti doa bersungguh-sungguh dan tawakal kepadaNya. Namun, apabila kita sudah berusaha berdoa dsb, tetapi belum lagi mendapat apa yang kita mahukan, itu tandanya apa yang kita minta itu tidak baik untuk kita dan Allah telah sediakan sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang kita minta itu untuk kita. 


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padalah ia amat buruk bagimu; allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah [2]:216 )


Sama juga konsepnya apabila orang lain memperlekehkan sesuatu terhadap orang lain. Contohnya dengan mengatakan "Mustahil kau akan dapat benda ni..." "Sampai bila-bila pun kau takkan dapat.." Astagfirullah Al'Azim. Siapa dia untuk menidakkan janji Allah? Siapa dia untuk mempertikaikan masa hadapan seseorang? Sedangkan masa hadapannya sendiri pun dia tidak tahu, apatah lagi masa hadapan seseorang.

Dia mungkin hanya menggunakan 'kuasa mulut' untuk membuat seseorang berasa lemah (down), namun dia tidak akan mampu mengatur masa hadapan seseorang. Pada yang menghadapai orang-orang seperti ini, usahlah berasa lemah mahupun bersedih, sebaliknya jauhilah orang-orang yang bersikap negatif tersebut dan berusahalah. Berusaha lah , yakin dan meminta bersungguh-sungguh pada Allah. Dan amalkan konsep suka bersangka baik pada Allah. 

Kerana pernahkah anda mendengar ayat ini? "Allah adalah mengikut sangkaan hambaNya terhadapNya."


Aku bertindak menurut sangkaan hambaKu kepadaKu. Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika mereka mengingatiKu dalam dirinya, nescaya Aku menyebutnya dalam diriKu. Apabila mereka menyebut namaKu dalam kumpulan nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka.”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sentiasalah bersangka baik dan berfikiran positif. Samada pada diri kita mahupun pada Allah swt. Sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah, yakinlah pada diri dan yakinlah  pada Allah. Percayalah apabila Allah mengkehendaki sesuatu, maka jadilah ia.  Di dalam Al-Quran sendiri terdapat begitu banyak ayat tentang "Kun Faya Kun". Antaranya ialah :-


Firman Allah swt dalam Al-Quran :


Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia."Al Baqarah:117
  
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia" - An Nahl:40

Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah! maka jadilah ia". Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan." - Surah Yassin : 81-83  

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. - Surah Al An'aam:73  

Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".Al Mu'min:68

Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".Maryam:35

Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.Ali 'Imran:47

Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya:"Jadilah", maka jadilah dia.Ali 'Imran:59

Kun Faya Kun. Ayat Magik dan ajaib. Yang mungkin seringkali kita terlepas pandang. Percayalah yang janji Allah itu pasti. Bersangka baiklah pada Allah selalu. Dan bila Dia berkehendak sesuatu, tiada siapa yang mampu menghalangNya. Begitu jua disebaliknya. 

Comments

  1. Ray sentiasa ingatkan diri sendiri untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dia adalah sebaik-baik perancang. Ada la tu hikmahnya disebalik setiap kejadian.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. Instead of disbelieving Allah's power, pray for it.. :D

    ReplyDelete
  3. kun faya kun.
    baru mlm tadi inform anak aida, time ulangkaji utk UPKK.
    Allah yg tetapkan. Allah yg menjadikan.
    kena percaya qada' dan qadar.
    Allah sebaik-baik perancang dan pelaksana.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda