Skip to main content

Review Filem: Johnny English Strikes Again (2018)



 Johnny English Strikes Again (2018)



Baru-baru ini sis dan suami berkesempatan untuk menghadiri tayangan perdana filem Johnny English Strikes Again atau Johnny English 3 2018 pada 12 September 2018 yang lalu. Di mana sis telah menerima jemputan dari pihak UIP Malaysia untuk ke premiere screening tersebut yang bertempat di TGV 1Utama. Terima kasih UIP Malaysia atas jemputan!

Johnny English Strikes Again 2018 atau Johnny English 3 2018 adalah lakonan hebat Rowan Atkinson dan merupakan siri ke3 untuk filem Johnny English yang pernah ditayangkan sebelum ini. Di antara siri Johnny English Strikes Again adalah Johnny English (2003) dan Johnny English Reborn (2011). 







Review Movie & Sinopsis: Johnny English Strikes Again (2018)



Sinopsis : Suasana tenang dan kelihatan Johnny English kini telah menjadi tenaga pengajar di sebuah sekolah dengan mengajar subjek Geografi dan Sejarah. Namun saat cuti semester menjelang, pengembaraan baru Johnny English kembali bermula apabila serangan siber berlaku di British dan turut mendedahkan identiti semua ejen penyamar aktif di Britain. Menjadikan Johnny English satu-satunya agent dan harapan untuk menyelesaikan masalah itu. 

Dipanggil dari persaraan, Johnny English, memulakan langkah dan membuat perancangan sebagai seorang lelaki yang mempunyai sedikit kemahiran dan kaedah analog. Johnny English berpendapat bahawa dia mesti mengatasi cabaran teknologi moden untuk membuat misi ini berjaya. Iaitu dengan cara menyahkan sebarang technology dari hidupnya.

Namun, tanpa disangka terlalu banyak 'kecuaian tanpa sedar' yang dilakukannya membuatkan keadaan menjadi agak kecoh. Seriously memang kelakar. Sekian lama sudah sis gelak tak hingat macam ni. Boleh kata takda part yang membosankan. Memang terbaik jalan ceritanya. Puas hati tengok! Jadi, adakah Johnny berjaya menyelesaikan misi nya? Mampukah Johnny mengangkat namanya semula? 

Ha, kalau nak tahu kenalah tengok sendiri keenn. Lagi best kan. Okay, sekian sahaja reviews dari sis. Happy watching!



Comments

  1. i've never really watched johnny english but i do love sir rowan

    ReplyDelete
  2. Husniey dah tengok, kelakar movie ni.. Dari awal sampai akhir ada part kelakar 😂

    ReplyDelete
  3. anak-anak Amy suka citer johnny english ni tapi ntah bilalah dapat bawa diorang gi tengok

    ReplyDelete
  4. tak sabar nk pegi tgk ni nad.. waa nad dah kahwen ke? tahniah..

    ReplyDelete
  5. now x dpt tgk.
    next week syuhada exam. sian plak dgn dia.
    hopefully, masih ada la lepas 4 oktober :)
    anak-anak minat mr.bean ni.

    ReplyDelete
  6. syoknya dapat tengok premier... dah tengok dah.. bagi saya yang sebelum ni best lagi..

    ReplyDelete
  7. tak pernah tengok movie Johnny English...mcm best suka accent British..

    ReplyDelete
  8. lama dah tak nampak dia berlakon

    ReplyDelete
  9. akak jenis yg tak pandai tgk cerita lawak. sebab susah nak gelak. esp tgk dia ni. hehehehee.

    ReplyDelete
  10. weihh, nk tgk jugakkk. tgu netflix aci tak. hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda