Skip to main content

Lirik Lagu Senandung Al-Fatihah -Nur Irsyad



Sangat tertarik dengan lirik lagu Senandung Al-Fatihah nyanyian kumpulan Nur Irsyad suatu ketika dahulu. Meskipun tidak mengenali kumpulannya, sis sungguh suka dengan dendangan kumpulan ini yang membawakan senandung Al-Fatihah. 

Apa yang istimewanya Senandung Al-Fatihah ni? Bagi sis ia sangat special kerana lirik lagu yang dibawakan oleh kumpulan ini adalah maksud sebenar/ terjemahan Surah Al-Fatihah itu sendiri. Apa yang menarik, bagi sis ini merupakan salah satu cara untuk kita mengingati dan menghafal maksud surah Al-fatihah. Selain itu, ia merupakan sau medium dakwah yang sangat terbaik. HEHE Okay, jom tengok lirik-liriknya. =)


Lirik Lagu Senandung Al-Fatihah -Nur Irsyad



Dengan menyebut nama Mu ya Allah 
Yang Maha Pengasih, Penyayang 
Segala puji bagi Mu ya Allah 
Pemelihara seluruh alam raya 

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang 
Yang menguasai Hari Pembalasan 
Hanyalah kepada Mu kami menyembah 
Dan pada Mu kami mohon pertolongan 

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus 
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat 
Bukan jalan mereka yang Kau murkai 
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat 
Lirik Lagu Senandung Al-Fatihah -Nur Irsyad

Comments

  1. lirik yg sgt menenangkan, yelah udah terjemahan alfatihah kn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda