Liriknya terasa syahdu. Tentang perasaan berterima-kasih kepada Ilahi. Kesyukuran kerana sebagai hamba yang lemah kita masih diberi pelbagai nikmat selagi boleh bernafas di atas muka bumi ini.
Sis suka dengar lagu nasyid ni. Lebih-lebih lagi nasyid pada zaman dahulu ini. Kira-kira tahun 2000 ke atas, ketika industri nasyid kian meningkat naik bersama persaingan yang positif. Zaman tu kalau korang ingat lagi sangat popular dengan nasyid dari kumpulan Raihan, Hijjaz, Rabbani, In-team, Unic, Nowseeheart dan banyak lagi.
Zaman tu memang merupakan zaman era kegemilangan lagu nasyid tanahair dan lagu-lagu yang berunsurkan dakwah. Tetapi sekarang, ke mana pergi semua itu agaknya?
Kumpulan Unic masih ada, tetapi tidak sama seperti dulu dengan hampir 100% ahlinya bertukar kan dan sudah tidak menyengat lagi. Kali ini ingin sis kongsikan lirik lagu nasyid Terima Kasih Tuhan, nyanyian kumpulan Mawaddah. Best tau lagu ni, sampai sekarang jadi ost drama, cerekarama dekat tv.
Lirik Lagu Terima Kasih Tuhan - Mawaddah
Album : Terima kasih Tuhan
Munsyid : Mawaddah
Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi
Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi
Tapi aku khwatir ketika menhadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rohmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Yup kinah pun suka dengan nasyid yang dulu. Siap hafal lagi semua lirik salah satunya lagu Terima kasih Tuhan dari Mawaddah. Merdu sangat suaranya.
ReplyDeleteZaman nashid dulu mama pun sukandgr nashid semoga nashid kembali gemilang
ReplyDelete