Skip to main content

Resepi Durian Crepe Yang Mudah Dan Simple





Kali ini sis nak kongsikan resepi ringkas Durian Crepe yang sangat mudah dan senang untuk dibuat. Ukuran bahan pun tidaklah terlalu susah mahupun memeningkan. 

Ha, sesuai sungguh bagi yang mahu mencuba untuk pertama kali seperti sis. 


Bahan-Bahan Untuk Kulit/Crepe :

Air Secawan
40ml/ Suku cawan Susu Segar
1 Biji Telur
1 Sudu besar Gula Kastor
1 sudu kecil Minyak Masak
1 sudu kecil Esen Vanila
Pewarna Makanan

4 Sudu besar Tepung Gandum
2 Sudu besar Tepung Ubi
1 Sudu besar Tepung Kastard
1 Sudu besar Tepung Jagung


Cara-cara Membuat Crepe :


1)  Masukkan air, susu, telur, gula, minyak masak esen vanilla dan pewarna makanan. Kacau sebati.

2) Ayakkan kesemua tepung di atas dan kacau sehingga sebati. Ayakkan menggunakan penapis dan pastikan tiada ketulan tepung yang masuk ke dalam adunan.

3) Panaskan kuali. Angkat sebentar dan tuangkan sesenduk adunan crepe tersebut. Goyangkan kuali sehingga adunan tersebut membentuk bulat dan nipis. 

4) Tidak perlu diterbalikkan. Biarkan sebentar dan angkat apabila permukaan crepe tersebut nampak kering.





Bahan-bahan Inti Durian:

Secawan Susu Segar
Sesudu Kecil Gula
Sesudu Tepung Kastard
Durian ikut suka/citarasa
100ml Krim Putar Bukan Tenusu


Cara-cara Membuat Inti Durian Crepe: 


1) Masukkan susu segar, gula dan tepung kastard di dalam kuali. Kemudian kacau rata.
2) Masak sehingga pekat menggunakan api perlahan.
3) Masukkan gula dan isi durian , kacau hingga sebati.
4) Angkat dan ketepikan
5) Then ambik satu persatu lapisan crepe yang telah disediakan. 
6) Letak whipping cream di tengah-tengah crepe dan masukkan inti.
7) Tutup inti dengan whipping cream
8) Lipat sehingga menjadi bentuk segi empat


Iya, begitulah resepinya. Sangat mudah dan ringkas serta senang untuk diingati. Bagi yang pertama kali ingin mencuba, sis doakan Good Luck! Okay, bubye!







Comments

  1. Wow.. My favourite durian.. Kalau bagi kat my mom, mesti dia yang cepat habiskan. Hehehe.

    Salam pagi http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedapnya! Tapi dulu Nad pernah nak try buat crepe cake tak jadi TT_TT Durian crepe ni macam lebih kurang je cara dia, takut tak jadi lagi je. Sedih nanti T_T Btw durian crepe ni favourite Nad!

    ReplyDelete
  3. walaupun nengok resepi n cara buat nya mudah tp... tak pernah terasa nk bt sndiri hehehhe...

    terasa ke tidak rajinan di situ hehehhe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda